saya dah ambil easy rhb ni, tapi saya kene bayar 460 sebulan, utk tahun pertama, tahun kedua dah boleh guna duit bonus asb utk bayar, setahun boleh untung lebih satu ribu, bergantung kepada berapa bonus asb la,
staff bank tu cakap lepas 3 tahun dah boleh jual balik, tapi kalau kita surrender dlm masa kurang 5 tahun, kita hanya dapat bonus je, duit seratus ribu tu dia tarik balik.
kalau ikut perkiraan, boleh dapat minimum RM 6000 utk 4 tahun. kalau bonus lebih boleh dpt lebih lagi,
tapi lebih baik ambil plan biasa je, sebulan lebih kurang RM550 utk 25 tahun utk jumlah RM 100,000
purata bonus asb boleh dpt RM 600, ada la save RM50 kat situ, kalau mati sebelum 25 tahun tu, automatik insuran cover, dan waris akan dapat full payment RM 100,000. kalau easy pun ada insuran gak. tapi kalau ambil easy utk long term, rugi, sebab lepas 5 tahun bayran bulanan meningkat jadi RM 700 sebulan.
saya buat senang je lulus, kalau blacklist x tau la. x perlu slip gaji. saya gaji rm 1500 sebulan je dia lulus gak, bank x kisah pun sape yg amik loan ni, andaikata kita x dpt bayar, dia x rugi ape-2 pun, sebab duit RM 100,000 tu bukannya dia bagi pada kita, selepas 25 tahun tu dia bagi. andai kata ada yg x bayar bulanan, dia hanya tarik RM 100,000 tu je, sebab dah memang kat tangan dia.
tapi kene pastikan ada duit utk bayar tahun pertama tu.
kalau nak duit dlm masa 3 - 5 tahun ambil yg easy. dapatle beberapa ribu, tapi kalau nak full RM 100,000 selepas 25 tahun, amik yg biasa je, masih dapat lagi untung lebih kurang RM 500 setahun. sekarang maybank ada promosi, kalau amik Rm 100,000 bayar kurang dari RM 450 sebulan, leh jimat lagi dari plan biasa rhb. walaupun jimat RM 20 - rm 30 je sebulan, duit tetap duit, dah boleh wat cover duit minyak gak tu.