jgn lupa sediakan duit kecemasan 3% drp nilai pinjaman + RM200 apabila dah lulus easy asb ni.. CEO MBB pun dah jangka, BLR akan naik..dlm lingkungan 6%.
tuk berkongsi..
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka terus mengekalkan dasar semalaman (OPR) pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari untuk tahun ini yang dijadualkan Selasa ini.
Para penganalisis tempatan berpendapat, sekarang bukanlah masa terbaik untuk melakukan kenaikan kerana persekitaran ekonomi yang belum stabil.
Pakar Ekonomi Kanan AmInvestment Bank Bhd., Manokaran Mottain berkata, tiada petunjuk positif yang boleh mendorong BNM menaikkan kadar faedah.
Malah, pelbagai petunjuk yang berbeza-beza berhubung ekonomi dunia menyebabkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk menaikkan kadar faedah.
''Kadar faedah akan kekal kepada dua peratus,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau meramalkan BNM akan menaikkan OPR pada separuh kedua dengan kenaikan 50 mata asas. OPR merupakan penunjuk utama Kadar Asas Pinjaman (BLR) bank-bank tempatan.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng juga yakin BNM tidak akan menaikkan kadar faedah untuk meningkatkan permintaan domestik.
Katanya, kenaikan kadar faedah bukanlah langkah terbaik memandangkan ekonomi global tidak stabil, meskipun Malaysia disahkan berada dalam zon selamat pada Disember lalu.
''Saya menjangkakan (kemungkinan) kadar faedah dinaikkan pada separuh kedua, tetapi ia masih bergantung kepada tahap pemulihan ekonomi di negara-negara maju, sama ada berkekalan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam, Azrul Azwa percaya bank pusat akan mengekalkan OPR sehingga tahun ini.
Menurut beliau, pemulihan ekonomi global masih lagi rapuh dan situasi Malaysia juga goyah.
''Kalau kita tengok data eksport pada Oktober mula menunjukkan kenaikan tetapi bulan berikutnya jatuh kembali.
''BNM perlukan masa untuk menyaksikan pertumbuhan ekonomi jangka pendek sebelum membuat sebarang keputusan,'' ujar beliau.
Mengulas mengenai inflasi, Azrul berkata, kenaikan inflasi baru bermula dan ia tidak akan menjejaskan proses pemulihan.
info di sini