TT, kalau dah ambil loan ni akan ada perubahan x tentang bayaran, maksud saya adakah berkemungkinan bayaran bulanan akan meningkat? kemungkinan disebabkan kegawatan ekonomi, ataupun apa-2 yg sebabkan bank naikkan interest rate, atau mungkin blr naik?
contoh saya ambil Rm 100k, lebih kurang RM 555 sebulan, maka akan fix RM 555 sebulan sehingga 25 tahun?
soalan kedua, berapa saya akan dapat kalau surrender loan easy semasa 5 tahun, dan berapa pada 10 tahun. (utk loan 25 tahun)
dan berapa pula saya akan dapat jika loan biasa pada 5 tahun, dan berapa jika pada 10 tahun? (utk 25 tahun juga)
soalan ke 3, berapa limit umur utk buat loan 25 tahun? abg saya dah umur 45 tahun, adakah masih layak?
saya dapat tahu lock period utk easy rhb adalah 3 tahun, selepas 3 tahun kita boleh cancel loan dan ambil jumlah loan yg sekadarnya, utk plan biasa berapa tahun locking period?