bigwallet
Fun Poster
- Messages
- 522
- Joined
- Sep 8, 2010
- Messages
- 522
- Reaction score
- 21
- Points
- 15
Salam warga cg sekalian. MOD mohon delete kalau thread ni dah ada. Cari-cari macam tak ada lagi 

Saya sebenarnya terpanggil mengenai pertanyaan tentang pewaris untuk ASB.
Seperti sedia maklum,ramai antara kita ada simpanan di ASB samada simpanan sendiri ataupun pinjaman. Tapi tahukah kita, prosuder apabila kita meninggal dunia kelak segala nilai asset simpanan kita di ASB kepada pewaris akan menjadi lambat dan panjang dek kerana prosuder-prosuder yang kita semua sedia maklum penuh dengan birokrasi.
Di ASB, diperkenalkan kaedah Hibah. Yang mana Hibah ini adalah hadiah dari simati kepada sesiapa yang ingin diberikannya. Saya tidak tahu. apakah kaedah Hibah ini mudah dari segi prosudernya untuk si penerima hibah? Sesiapa yang ada pengalaman tentang Hibah bolehlah berkongsi ye.
Pelik juga, dan mungkin bagi mereka yang dalam bidang ini boleh berkongsi pendapat. Mengapa PNB tidak mengenalkan kaedah Penama sepertimana KWSP dan Tabung Haji buat. Kalau tidak ikut, kenapa? Inilah persoalan yang bermain di fikiran saya.
Lagi sekali,siapa ada pendapat dan pengalaman marilah kita berkongsi agar sama-sama kita dapat manfaat. Yelah, simpanan di ASB untuk kita dan pewaris kita juga, tetapi apabila kita mati kelak ingin juga kita anggap pewaris kita mendapat yang sepatutnya.
Kaedah sistem Hibah yang diperkenalkan oleh ASB ini juga sebenarnya akan ke Amanah Raya, dan barulah dibahagikan kepada pewaris mengikut faraid. So?
Rujuk di sini http://www.asnb.com.my/Hibah/WebHibahFinal.pdf
berikut adalah serba ringkas tentang hibah ASB.
(i) Harta Si Mati Berjumlah RM10,000 dan ke bawah
Sekiranya si mati meninggalkan harta pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB
keseluruhan bernilai RM10,000 dan kurang, waris simati yang dibenarkan boleh menuntut pelaburan tersebut dengan menghadirkan diri ke pejabat ASNB dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan
Maknanya, bawah RM10k, prosudernya amat mudah , akan ditransfer ke akaun pewaris atau cek dalam 35hari. Dan pewaris membahagikan harta tersebut. Mohon kongsi pengalam jika ada.
(ii) Harta Si Mati Melebihi RM10,000
Sebelum membuat tuntutan di Pejabat ASNB, waris/pentadbir perlu mendapatkan salah
satu dokumen pembahagian harta pusaka mengikut klasifikasi harta dan jumlah harta seperti
berikut:
1.Geran Probet dari Mahkamah Tinggi – untuk harta yang berwasiat
2.Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil dari Pejabat Tanah dan Daerah –
untuk kesemua atau sebahagian harta tidak alih dan harta alih sekiranya ada,
berjumlah kurang daripada RM2 juta.
3.Perintah Arahan/Akuan dari Amanah Raya Berhad – untuk harta alih berjumlah kurang daripada RM600 ribu.
4.Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi – untuk harta alih dan/atau harta tidak alih melebihi RM2 juta.
Fuuh…
Proses untuk mendapatkan dokumen pembahagian harta pusaka ini biasanya mengambil
masa yang panjang, kecuali sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat, proses pembahagian
harta pusaka akan mengambil masa lebih singkat.
Maknanya disini proses nya panjang kecuali dengan adanya WASIAT. Pernahkah kita duduk berbincang dengan isteri/suami kita tentang wasiat segala harta kita?
Pentingnya Wasiat ini , dan eloknya buat wasiat ini di Amanah Raya. Ada sistem online untuk wasiat. Seingat saya kena bayar dalam RM300. Sudah tentu wasiat amat berguna kemudian apabila kita mati. Ya semua akan mati. Betul tu.
Rujuk sini tentang wasiat amanah raya http://www.amanahraya.com.my/arbwos/default.asp
Saya terpanggil untuk menulis ini kerana pengalaman sendiri. Yang mana ibu dan bapa saya meninggal dunia di hari raya pertama baru-baru ini. Tetapi bukan kemalangan.
Jadi, pengalaman saya sedikit sebanyak dapat tahu dari kakak saya yang uruskan hal pusaka ini.
Boleh dikatakan kesemuanya mudah, kecuali ASB. Bukan susah,Cuma banyak masa dan tenaga diperlukan. Kami dapat ilham untuk keluarkan semua amaun asb ibu dan bapa kami sebulan sebelum mereka pergi. Alhamdulillah..Cuma ada tinggal seribu sahaja, kerana masalah teknikal.
Yang lain seperti Tabung Haji amat mudah.
Jadi disini , saja saya berkongsi untuk bersama-sama mendapat manfaat. Cuma agak rasa pelik kenapalah PNB tidak buat penama di ASB.
Lagi satu, apa yang saya dapat tahu Hibah hanya untuk simpanan tunai sahaja, tidak melibatkan pinjaman. Maknanya bagi pinjaman ASB hibah tiada. Betulkah? Dan sebab itu insurans yang akan cover pinjaman ASB tersebut. Bagaimana pula dengan pembahagian kepada pewaris bila kita mati kelak?. Siapa ada pengalaman boleh kongsi ya.
Sekadar sembang petang. :-?