BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB Hibah - Bagaimana Ia Berfungsi?

bigwallet

Fun Poster
Messages
522
Joined
Sep 8, 2010
Messages
522
Reaction score
21
Points
15
Salam warga cg sekalian. MOD mohon delete kalau thread ni dah ada. Cari-cari macam tak ada lagi :D

:)cgrock

Saya sebenarnya terpanggil mengenai pertanyaan tentang pewaris untuk ASB.

Seperti sedia maklum,ramai antara kita ada simpanan di ASB samada simpanan sendiri ataupun pinjaman. Tapi tahukah kita, prosuder apabila kita meninggal dunia kelak segala nilai asset simpanan kita di ASB kepada pewaris akan menjadi lambat dan panjang dek kerana prosuder-prosuder yang kita semua sedia maklum penuh dengan birokrasi.

Di ASB, diperkenalkan kaedah Hibah. Yang mana Hibah ini adalah hadiah dari simati kepada sesiapa yang ingin diberikannya. Saya tidak tahu. apakah kaedah Hibah ini mudah dari segi prosudernya untuk si penerima hibah? Sesiapa yang ada pengalaman tentang Hibah bolehlah berkongsi ye.

Pelik juga, dan mungkin bagi mereka yang dalam bidang ini boleh berkongsi pendapat. Mengapa PNB tidak mengenalkan kaedah Penama sepertimana KWSP dan Tabung Haji buat. Kalau tidak ikut, kenapa? Inilah persoalan yang bermain di fikiran saya.

Lagi sekali,siapa ada pendapat dan pengalaman marilah kita berkongsi agar sama-sama kita dapat manfaat. Yelah, simpanan di ASB untuk kita dan pewaris kita juga, tetapi apabila kita mati kelak ingin juga kita anggap pewaris kita mendapat yang sepatutnya.

Kaedah sistem Hibah yang diperkenalkan oleh ASB ini juga sebenarnya akan ke Amanah Raya, dan barulah dibahagikan kepada pewaris mengikut faraid. So?

Rujuk di sini http://www.asnb.com.my/Hibah/WebHibahFinal.pdf

berikut adalah serba ringkas tentang hibah ASB.

(i) Harta Si Mati Berjumlah RM10,000 dan ke bawah
Sekiranya si mati meninggalkan harta pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB
keseluruhan bernilai RM10,000 dan kurang, waris simati yang dibenarkan boleh menuntut pelaburan tersebut dengan menghadirkan diri ke pejabat ASNB dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

Maknanya, bawah RM10k, prosudernya amat mudah , akan ditransfer ke akaun pewaris atau cek dalam 35hari. Dan pewaris membahagikan harta tersebut. Mohon kongsi pengalam jika ada.

(ii) Harta Si Mati Melebihi RM10,000
Sebelum membuat tuntutan di Pejabat ASNB, waris/pentadbir perlu mendapatkan salah
satu dokumen pembahagian harta pusaka mengikut klasifikasi harta dan jumlah harta seperti
berikut:
1.Geran Probet dari Mahkamah Tinggi – untuk harta yang berwasiat
2.Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil dari Pejabat Tanah dan Daerah –
untuk kesemua atau sebahagian harta tidak alih dan harta alih sekiranya ada,
berjumlah kurang daripada RM2 juta.
3.Perintah Arahan/Akuan dari Amanah Raya Berhad – untuk harta alih berjumlah kurang daripada RM600 ribu.
4.Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi – untuk harta alih dan/atau harta tidak alih melebihi RM2 juta.

Fuuh…

Proses untuk mendapatkan dokumen pembahagian harta pusaka ini biasanya mengambil
masa yang panjang, kecuali sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat, proses pembahagian
harta pusaka akan mengambil masa lebih singkat.

Maknanya disini proses nya panjang kecuali dengan adanya WASIAT. Pernahkah kita duduk berbincang dengan isteri/suami kita tentang wasiat segala harta kita?

Pentingnya Wasiat ini , dan eloknya buat wasiat ini di Amanah Raya. Ada sistem online untuk wasiat. Seingat saya kena bayar dalam RM300. Sudah tentu wasiat amat berguna kemudian apabila kita mati. Ya semua akan mati. Betul tu.

Rujuk sini tentang wasiat amanah raya http://www.amanahraya.com.my/arbwos/default.asp

Saya terpanggil untuk menulis ini kerana pengalaman sendiri. Yang mana ibu dan bapa saya meninggal dunia di hari raya pertama baru-baru ini. Tetapi bukan kemalangan.

Jadi, pengalaman saya sedikit sebanyak dapat tahu dari kakak saya yang uruskan hal pusaka ini.
Boleh dikatakan kesemuanya mudah, kecuali ASB. Bukan susah,Cuma banyak masa dan tenaga diperlukan. Kami dapat ilham untuk keluarkan semua amaun asb ibu dan bapa kami sebulan sebelum mereka pergi. Alhamdulillah..Cuma ada tinggal seribu sahaja, kerana masalah teknikal.
Yang lain seperti Tabung Haji amat mudah.

Jadi disini , saja saya berkongsi untuk bersama-sama mendapat manfaat. Cuma agak rasa pelik kenapalah PNB tidak buat penama di ASB.

Lagi satu, apa yang saya dapat tahu Hibah hanya untuk simpanan tunai sahaja, tidak melibatkan pinjaman. Maknanya bagi pinjaman ASB hibah tiada. Betulkah? Dan sebab itu insurans yang akan cover pinjaman ASB tersebut. Bagaimana pula dengan pembahagian kepada pewaris bila kita mati kelak?. Siapa ada pengalaman boleh kongsi ya.

Sekadar sembang petang. :-?
 
salam.. takziah atas pemergian arwah ibu bapa tt.. alfatihah..

sbnrnye dana asb boleh diagihkan kepada pewaris melalui pemindahan pusaka.. tetapi prosesnya mungkin akan mengambil masa sedikit lama.

untuk loan asb juga bila peminjam meninggal dunia.. baki hutang akan dilunaskan oleh pihak penginsurans.. jadi sijil tersebut akan dipulangkan kpd PNB utk diagihkan kpd pewaris mengikut wasiat yg ada. jika tiada ia akan diadili oleh Amanah Raya yg akan mengambil ms yg lebih panjang dan dibahagikan mengikut faraid.
 
tuan alphaone always prompt action. terima kasih tuan. moga murah rezeki sokmo-sokmo (dgr citer x lama lg nak nikah tu) :D

bagus lasb kerana ada insurans kaver, dan yg macam tuan kata insurans akan membayar baki hutang pinjamana tersebut. apabila selesai, sijil boleh dituntut oleh waris. jadi disini, tentang asb dh setle, cuma nak tuntut sahaja.

inilah yang melambatkan proses sebenarnya. sedangkan wang itu perlu diguna kepada waris dan dibahagikan kepada waris yang berhak.

katakan prosesnya mengambil masa 5-6 bulan. dalam tempoh ini sudah tentu penat lelah kita dan habis wang tenaga untuk setle hal ini. itupun jika tidak ada bantahan dari pihak waris. jika ada,makin bertambah masa untuk selesai. hmmm..

dan simati, masih lagi menanggung tentang wang asb ni selagi mana tidak dimiliki oleh waris. dan sudah tentu zakat asb tidak lagi dibayar diatas nama simati,kerana wang di asb masih tergantung berbulan-bulan.

jika PNB sudah tahu lamanya kes ini, mesti ada jalan untuk singkatkan. terutama bagi aset bernilai lebih dari rm 10,000.00

atau

mungkin disini, PNB mengambil kesempatan lagi untuk mengunakan wang yang tergantung tersebut sebagai dana ? sehinggalah kes tuntutan selesai ianya dikembalikan semula. mungkin juga..

jumlah harta pusaka yang tak dituntut rm 52 bilion (2012) berbanding RM 40 bilion (2007)

fuhh..banyak tu

Rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_17/Harta-pusaka-tertunggak-RM52b
 
Salam warga cg sekalian. MOD mohon delete kalau thread ni dah ada. Cari-cari macam tak ada lagi :D

:)cgrock

Saya sebenarnya terpanggil mengenai pertanyaan tentang pewaris untuk ASB.

Seperti sedia maklum,ramai antara kita ada simpanan di ASB samada simpanan sendiri ataupun pinjaman. Tapi tahukah kita, prosuder apabila kita meninggal dunia kelak segala nilai asset simpanan kita di ASB kepada pewaris akan menjadi lambat dan panjang dek kerana prosuder-prosuder yang kita semua sedia maklum penuh dengan birokrasi.

Di ASB, diperkenalkan kaedah Hibah. Yang mana Hibah ini adalah hadiah dari simati kepada sesiapa yang ingin diberikannya. Saya tidak tahu. apakah kaedah Hibah ini mudah dari segi prosudernya untuk si penerima hibah? Sesiapa yang ada pengalaman tentang Hibah bolehlah berkongsi ye.

Pelik juga, dan mungkin bagi mereka yang dalam bidang ini boleh berkongsi pendapat. Mengapa PNB tidak mengenalkan kaedah Penama sepertimana KWSP dan Tabung Haji buat. Kalau tidak ikut, kenapa? Inilah persoalan yang bermain di fikiran saya.

Lagi sekali,siapa ada pendapat dan pengalaman marilah kita berkongsi agar sama-sama kita dapat manfaat. Yelah, simpanan di ASB untuk kita dan pewaris kita juga, tetapi apabila kita mati kelak ingin juga kita anggap pewaris kita mendapat yang sepatutnya.

Kaedah sistem Hibah yang diperkenalkan oleh ASB ini juga sebenarnya akan ke Amanah Raya, dan barulah dibahagikan kepada pewaris mengikut faraid. So?

Rujuk di sini http://www.asnb.com.my/Hibah/WebHibahFinal.pdf

berikut adalah serba ringkas tentang hibah ASB.

(i) Harta Si Mati Berjumlah RM10,000 dan ke bawah
Sekiranya si mati meninggalkan harta pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB
keseluruhan bernilai RM10,000 dan kurang, waris simati yang dibenarkan boleh menuntut pelaburan tersebut dengan menghadirkan diri ke pejabat ASNB dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

Maknanya, bawah RM10k, prosudernya amat mudah , akan ditransfer ke akaun pewaris atau cek dalam 35hari. Dan pewaris membahagikan harta tersebut. Mohon kongsi pengalam jika ada.

(ii) Harta Si Mati Melebihi RM10,000
Sebelum membuat tuntutan di Pejabat ASNB, waris/pentadbir perlu mendapatkan salah
satu dokumen pembahagian harta pusaka mengikut klasifikasi harta dan jumlah harta seperti
berikut:
1.Geran Probet dari Mahkamah Tinggi – untuk harta yang berwasiat
2.Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil dari Pejabat Tanah dan Daerah –
untuk kesemua atau sebahagian harta tidak alih dan harta alih sekiranya ada,
berjumlah kurang daripada RM2 juta.
3.Perintah Arahan/Akuan dari Amanah Raya Berhad – untuk harta alih berjumlah kurang daripada RM600 ribu.
4.Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi – untuk harta alih dan/atau harta tidak alih melebihi RM2 juta.

Fuuh…

Proses untuk mendapatkan dokumen pembahagian harta pusaka ini biasanya mengambil
masa yang panjang, kecuali sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat, proses pembahagian
harta pusaka akan mengambil masa lebih singkat.

Maknanya disini proses nya panjang kecuali dengan adanya WASIAT. Pernahkah kita duduk berbincang dengan isteri/suami kita tentang wasiat segala harta kita?

Pentingnya Wasiat ini , dan eloknya buat wasiat ini di Amanah Raya. Ada sistem online untuk wasiat. Seingat saya kena bayar dalam RM300. Sudah tentu wasiat amat berguna kemudian apabila kita mati. Ya semua akan mati. Betul tu.

Rujuk sini tentang wasiat amanah raya http://www.amanahraya.com.my/arbwos/default.asp

Saya terpanggil untuk menulis ini kerana pengalaman sendiri. Yang mana ibu dan bapa saya meninggal dunia di hari raya pertama baru-baru ini. Tetapi bukan kemalangan.

Jadi, pengalaman saya sedikit sebanyak dapat tahu dari kakak saya yang uruskan hal pusaka ini.
Boleh dikatakan kesemuanya mudah, kecuali ASB. Bukan susah,Cuma banyak masa dan tenaga diperlukan. Kami dapat ilham untuk keluarkan semua amaun asb ibu dan bapa kami sebulan sebelum mereka pergi. Alhamdulillah..Cuma ada tinggal seribu sahaja, kerana masalah teknikal.
Yang lain seperti Tabung Haji amat mudah.

Jadi disini , saja saya berkongsi untuk bersama-sama mendapat manfaat. Cuma agak rasa pelik kenapalah PNB tidak buat penama di ASB.

Lagi satu, apa yang saya dapat tahu Hibah hanya untuk simpanan tunai sahaja, tidak melibatkan pinjaman. Maknanya bagi pinjaman ASB hibah tiada. Betulkah? Dan sebab itu insurans yang akan cover pinjaman ASB tersebut. Bagaimana pula dengan pembahagian kepada pewaris bila kita mati kelak?. Siapa ada pengalaman boleh kongsi ya.

Sekadar sembang petang. :-?

Saya baru mendapat wang ASB arwah ibu saya yang bernilai RM 3500 aja...proses yang cukup mudah, dilayan secara profesional...terbaik...Yang penting pergi ke pejabat ASNB di negeri masing-masing..bawa salinan Kad PEngenalan, surat mati, buku akaun arwah dan buku ASB kita(jika ada)..cuma yang leceh sikit kena mati setem bernilai RM 10...khairat terus dapat RM 200..baki RM 800 di pos ke rumah tak sampai dua minggu...lebih kurang sebulan lebih dapat surat mengatakan duit baki arwah ibu saya dikreditkan ke dala buku
 
dan apabila dikreditkan ke akaun asb pewaris.. ia secara tdk langsung meningkatkan limit simpanan asb pewaris..
terima kasih atas perkongsian..
 
Sambil pekena pisgor + mentelaah tadi ini antara rumusan...

Mari kita lihat apa itu Hibah ASB

1.Apa itu Hibah
- Pemberian unit pelaburan ASB dari pemegang unit kepada penerima hibah, atas dasar kasih sayang semasa dia hidup. Tuntutan adalah setelah kematian owner ASB tersebut.

2. Kenapa ASB tidak ada penama seperti KWSP dan Tabung Haji?
- Unit amanah adalah harta persendirian seperti saham syarikat. Jadi pewaris tertakluk kepada undang probet. Iaitu pentadbir yang mahkamah lantik sahaja boleh membuat tuntutan. KWSP dan Tabung Haji dibawah akta berlainan dan boleh dikhususkan untuk meletak penama secara terus.

3. Alternatif memilih Hibah
- Tanpa Hibah proses pengagihan harta menjadi rumit dan memakan masa yang lama. Lagi rumit jika ada pertindihan dan perebutan di kalangan waris. Ianya berlandaskan syariah. Pun begitu hokum Faraid masih menjadi tunggak bagi membahagikan harta kepada waris-waris.

4. Kelayakan
- Owner ASB, Islam, 18tahun keatas, unit yang aktif (tiada status digantung atau urusniaga dibekukan)

5. Katakan owner ASB muflis selepas sign perjanjian Hibah.
- Hibah terbatal automatik. Akaun ASB akan dibekukan. Hak orang yang menerima hibah akan ditentukan oleh jabatan Insolvensi Malaysia.

6. Katakan owner ASb yang beri Hibah cacat, gila atau koma
- Perintah mahkamah akan melantik Penjaga dan berhak melakukan urusniaga ASB bagi pihak owner tersebut selagi owner masih hidup.

7. Siapa layak untuk terima Hibah ASB
- Islam, warganegara atau bukan warganegara, tiada had umur, terhad 10 orang sahaja, tiada bankrap, kalau boleh yang ada ASB juga.

8. Penerima Hibah bawah 18 tahun
- Diterima. Tapi kena lantik penjaga dia yang sah (mesti lebih 18thn) seperti ibu/bapa, datuk/nenek/, abang/kakak, atau disahkan mahkamah.

9. Dimana Hibah dibuat
- Semua pejabat dan wawangan ASB

10. Bayaran permohonan
- Ada dikenakan.

11. Tambahan unit dari wang KWSP
- Boleh masuk dari wang KWSP untuk tambah pelaburan walau kita dah buat Hibah.

12. Membuat pinjaman atau cagaran akaun ASB selepas dihibahkan.
- Tidak boleh

13. Baki minima dalam ASB untuk Hibah
-Syarat sah hibah adalah kena ada harta di dalam akaun. Jadi RM 1000.00 adalah minima baki yang menyatakan adanya harta untuk penghibahan.

14. Pembahagian peratusan Hibah
- Hendaklah 100% Contoh:- 30% untuk Sharsya. 70% untuk Mastika

15. Kematian berlaku
- Penerima Hibah berhak mutlak keatas baki ASB owner yang meninggal sepertimana pecahan hibah diterima.
- Owner ASB akan terima semula harta hibah jika penerima hibah yang mati dulu.

16. Pembatalan Hibah
- Ikut hukum syariah, TIDAK BOLEH kecuali hibah kepada anak kandung dan cucu kandung.

p/s: pisgor=pisang goreng daaa..
 
Kebiasaannya, hibah dalam faraid adalah max 1/3 dari harta. Dan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak semestinya waris.

Hibah tidak boleh contest di mana2 court, berbeza dengan wasiat (faraid).
 
salam.. takziah atas pemergian arwah ibu bapa tt.. alfatihah..

sbnrnye dana asb boleh diagihkan kepada pewaris melalui pemindahan pusaka.. tetapi prosesnya mungkin akan mengambil masa sedikit lama.

untuk loan asb juga bila peminjam meninggal dunia.. baki hutang akan dilunaskan oleh pihak penginsurans.. jadi sijil tersebut akan dipulangkan kpd PNB utk diagihkan kpd pewaris mengikut wasiat yg ada. jika tiada ia akan diadili oleh Amanah Raya yg akan mengambil ms yg lebih panjang dan dibahagikan mengikut faraid.

utk lasb, bukanke penama sudah diletakkan melalui insuran masa permohonan, atau stil kena buat wasiat juga
 
So kesimpulannye.. Semua pelabur2 asb n lasb kene wat la hibah ni? Utk memudahkan urusan nnt..
 
i
Saya baru mendapat wang ASB arwah ibu saya yang bernilai RM 3500 aja...proses yang cukup mudah, dilayan secara profesional...terbaik...Yang penting pergi ke pejabat ASNB di negeri masing-masing..bawa salinan Kad PEngenalan, surat mati, buku akaun arwah dan buku ASB kita(jika ada)..cuma yang leceh sikit kena mati setem bernilai RM 10...khairat terus dapat RM 200..baki RM 800 di pos ke rumah tak sampai dua minggu...lebih kurang sebulan lebih dapat surat mengatakan duit baki arwah ibu saya dikreditkan ke dala buku

Owh baki rm800 tu khairat ke?
 
Back
Top
Log in Register