BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB haram??

apa kriteria kaunter syariah?

seingat aku, antara kriteria...kalau syarikat itu produce bahan chemical yg mencemarkan alam sekitar sudah dikira non-syariah compliant (tak ingat, lebih kurang gitu) berdasar dialog saya dgn salah seorang panel syariah. ICI yg produce odorless paint dikatakan non-syariah compliant sbb produk mencemarkan alam sekitar.

begitu jugak BAT.

Bank conventional, sekarang ni....semua major bank mempunyai subsidiary perbankan islam; maybank, public bank, CIMB, bank rakyat, rhb, bank islam etc. Even bank islam pun pemegang saham utama adalah PNB. tanpa PNB, semua bank utama di malaysia tidak akan mempunyai perbankan islam. even sekarang perbankan islam bukanlah 100% syariah compliant; pergilah mana perbankan islam termasuk bank islam; masih banyak "khilaf". persoalannya, mana lagi PNB nak melabur? sedangkan EPF sekalipun mereka terpaksa membenarkan pengeluaran akaun 1 utk pelaburan dana amanah. EPF pun ada melabur dlm BAT (british american tobacco) dan menerima dana/pencarum dari syarikat genting, carlsberg etc. sbb itu kita nampak, syarikat unit2 trust begitu aggresif mencari pelaburan luar negara spt produk global equity, china, japan, korea, asia etc. sebab pelaburan di malaysia terhad.

Semasa mesyuarat MFK dulu, PNB dikatakan mempunyai dana yg sangat banyak 40 billion yg mampu membuka 40 bank lagi. dan dana ini tidak mampu ditanggung oleh Bank Islam secara persendirian. disebabkan itu, MFK mengambil keputusan atas "maslahat" dan PNB tidak boleh melabur yg jelas haram spt carlsberg, genting etc.

saya rasa, kalau bagi kpd mana2 majlis penasihat syariah mana sekalipun, kalau disuruh urus dana yg betul2 100% syariah compliant dan capital preservation; belum tentu mampu dilakukan.

adakah dgn sebb2 spt yg tertera di atas, maka di isytiharkan "harus" atas kerana "maslahat"??

bg aku, sbg seorang pelabur ASB (dulu la :)))...aku tak terima alasan sedemikian. BAT dan Conventional2 Bank juga jelas "tak patuh syariah" tp pegangan mereka more than 2%..

Bila di sebutkan pilihan..byk pilihan yg ada. Kalau syarikat Unit trust memperluaskan portfolio pelaburan mereka shinga ke peringkat global, why not ASB dan EPF...tak semestinya menumpukan 100% kepada ekuities, tp juga bole pergi ke other instrumen cam foreign sukuk dan bond..

Aku dah puas keep sending reminder minta penjelasan ttg current securities hold ke jawatan kuasa pelaburan PNB but no reply until todate. adakah aku perlu tunggu laporan tahunan next yer baru aku nak sedar masih ada unsur "tak patuh syariah" dalam portfolio..?

jgn kita bergantung dan percaya 100% based on kata mufti..tuhan bg kita akal fikiran utk menilai.
 
contoh kaunter2 dibursa

1. Malayan Banking Berhad 7.77
2. Tenaga Nasional Berhad 6.60
3. Bumiputra-Commerce Holdings Berhad 5.48
4. Sime Darby Berhad 4.48
5. PNB Structured Investment Fund 3.25
6. TM International Berhad 3.12
7. MISC Berhad 2.66
8. UMW Holdings Berhad 2.58
9. Petronas Gas Berhad 2.43
10. Digi.Com Berhad 1.95
11. IJM Corporation Berhad 1.76
12. Plus Expressways Berhad 1.62
13. Gamuda Berhad 1.50
14. Public Bank Berhad 1.48
15. MISC Berhad – Foreign Shares 1.47
16. YTL Corporation Berhad 1.41
17. Kuala Lumpur Kepong Berhad 1.41
18. YTL Power International Berhad 1.34
19. Telekom Malaysia Berhad 1.30
20. NCB Holdings Berhad 1.22

========================

kita tgk gamuda dan IJM. developer. pada dasarnya syariah compliant. how sure are IJM atau Gamuda generate untung dan operate business 100% menepati syariah?

Begitu Telekom Malaysia atau Tenaga Nasional. Tapi kita tahu syarikat ni pun provide services to company non-compliant. ada clear seggregation?

Begitu juga pelaburan unit trust yg dikatakan syariah compliant, ada penasihat syariah. Perbankan islam yg ada penasihat syariah. perbankan islam ni 100% syariah compliant? contohnya Fixed deposit yg memberi pulangan tetap 2-3% per year dlm perbankan islam. kalau baling batu ke atas syariah compliant counter, mesti syarikat yg didalamnya ada pegangan PNB.

apa objektif penubuhan PNB?

Apa objektif penubuhan syarikat unit trust?

Dua objektif penubuhan yg berbeza...menyebabkan ia bergantung kpd skop operasi.

org di bandar mungkin lebih celik kewangan mungkin mempunyai access kpd bursa utk melabur dlm REIT berbanding orang kampung yg tak tahu apa itu REIT, apa itu sukuk, apa itu bond. Unit Trust pun tidak menjamin capital preservation.
 
guidelines SAC dlm kes pelaburan syubhah, tidak melebihi 1/3 (33.33%)

” The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. …………..

….. iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as ‘umum balwa ( common plight ), ‘urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % “is enough” and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive”
 
Salam.

Tak habis-habis bukan, ASB ni dipersoalkan
ada yang tak boleh terima ASB dipertikaikan
masing-masing punya hujah dan kukuh alasan
ustaz zaharuddin dan majlis mufti jadi sandaran.

Saya ada cadangan untuk yang nak kepastian
ambil wuduk dan dirikanlah solat hajat
mohon pada Allah terus mintakan kejelasan
supaya jernih persoalan dengan mendapat hidayat.

Lepas tu terpulanglah kalau masih mahu teruskan
atau apa dapat ditahu dari hidayat perjelaskan
susah-susah sahaja nak perabis berdebat buang karan
PNB ASB Maybank PosMy RHB CIMB tetap kaut keuntungan.

bagai dilema Hamlet nak ke tak nak ungkapan kita
kalau berpegang kata mufti dan cukup alasan dan fakta
kalau banyak tapis dan kaji silang fakta dan kata ulama
ambillah keputusan dan buatlah apa yang dipercaya
mohonlah tak putus pertunjuk dan hidayah dari Ilahi
setiap langkah dan perbuatan diperbetulkan diberkati.

Amin.


Salam.
Aiseh ramai juga phobia dengar kata haram alergik pun ada
acara bidas membidas pun bermula main fakta main ikut sedap rasa
kebetulan juga baru lepas hangat Minggu Amanah Saham
lat-lat heboh balik ASB dikata haram

Satu mamat kata bukankah Islam itu mudah
tapi hukum Allah bukan boleh dipermudah
syubhat lagi kena pertegas apalagi yang haram
patuh hukum itu fardu bagi yang beragama Islam

namun bukan tidak ada jalan mudah dan ringan
kena lihat sebab, syarat dan keadaan
sekarang London dan Amerika pun sudah tubuhkan
kewangan Islam patuh syariah semakin diperkembangkan
jadi tiada sebab lagi nak kata tiada pilihan
kecuali jauh, sukar atau ada halangan.

Kenapa ASB diputuskan harus kerana mengikut keadaan
dipindahkan modal orang Islam ranaplah perniagaan
alim ulama kadangkala lihat mana lebih mudarat
diambil jalan tengah untuk kebajikan umat
sementara belum jalan tegas dapat ditegakkan
diserahkan kembali kepada kita buat pilihan.

Nak kata jawapan mudah lagi pun ada
sebab dengar kata haram itu yang tak suka
cubala cek kat Suruhanjaya Sekuriti laman webnya
ada dikatakan di sana status ASB bagaimana
tak mengikut garis pandu patuh syariah
jadi tak perlu la nak marah-marah
jawapan jelas dan nyata dah ada pun sudah
tinggal mahu pakai atau terus membantah.

Bukan tidak ada cara lain selain ASB
kenala cari, kaji selidiki dan tanya sana sini
tak semesti pilih unit amanah atau beli emas
yang penting bagaimana perancangan wang diperkemas.

Hati-hatilah kalau nak membidas dan membantah
membantah hukum Allah apakah tidak sama membantah Allah
fikir-fikirkan lah...
 
Kajilah sendiri...
Buat keputusan atas apa yang dikaji...
Moga petunjuk dan hidayah Allah bersama...
 
Salam

Betul tu holighoz punya kata
kajilah sendiri dengan teliti dan saksama
baru yakin, kukuh dan benar-benar percaya
moga dipandu oleh pertunjuk hidayah-Nya.

Ada satu link ni boleh dipakai untuk dikaji
( http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=72635 )
tapi tak jamin boleh terima atau tambah-tambah benci.

Terpulanglah.

Salam.

Tak habis-habis bukan, ASB ni dipersoalkan
ada yang tak boleh terima ASB dipertikaikan
masing-masing punya hujah dan kukuh alasan
ustaz zaharuddin dan majlis mufti jadi sandaran.

Saya ada cadangan untuk yang nak kepastian
ambil wuduk dan dirikanlah solat hajat
mohon pada Allah terus mintakan kejelasan
supaya jernih persoalan dengan mendapat hidayat.

Lepas tu terpulanglah kalau masih mahu teruskan
atau apa dapat ditahu dari hidayat perjelaskan
susah-susah sahaja nak perabis berdebat buang karan
PNB ASB Maybank PosMy RHB CIMB tetap kaut keuntungan.

bagai dilema Hamlet nak ke tak nak ungkapan kita
kalau berpegang kata mufti dan cukup alasan dan fakta
kalau banyak tapis dan kaji silang fakta dan kata ulama
ambillah keputusan dan buatlah apa yang dipercaya
mohonlah tak putus pertunjuk dan hidayah dari Ilahi
setiap langkah dan perbuatan diperbetulkan diberkati.

Amin.
 
aku baru je nk reg ASB ni nk wat simpanan duit bulan2... nk bukak kat pejabat POS... hope ASB ni x haram sumber dia...
 
Back
Top
Log in Register