PeRwaRis
Active+ Member
- Messages
- 3,308
- Joined
- Oct 14, 2007
- Messages
- 3,308
- Reaction score
- 47
- Points
- 30
apa kriteria kaunter syariah?
seingat aku, antara kriteria...kalau syarikat itu produce bahan chemical yg mencemarkan alam sekitar sudah dikira non-syariah compliant (tak ingat, lebih kurang gitu) berdasar dialog saya dgn salah seorang panel syariah. ICI yg produce odorless paint dikatakan non-syariah compliant sbb produk mencemarkan alam sekitar.
begitu jugak BAT.
Bank conventional, sekarang ni....semua major bank mempunyai subsidiary perbankan islam; maybank, public bank, CIMB, bank rakyat, rhb, bank islam etc. Even bank islam pun pemegang saham utama adalah PNB. tanpa PNB, semua bank utama di malaysia tidak akan mempunyai perbankan islam. even sekarang perbankan islam bukanlah 100% syariah compliant; pergilah mana perbankan islam termasuk bank islam; masih banyak "khilaf". persoalannya, mana lagi PNB nak melabur? sedangkan EPF sekalipun mereka terpaksa membenarkan pengeluaran akaun 1 utk pelaburan dana amanah. EPF pun ada melabur dlm BAT (british american tobacco) dan menerima dana/pencarum dari syarikat genting, carlsberg etc. sbb itu kita nampak, syarikat unit2 trust begitu aggresif mencari pelaburan luar negara spt produk global equity, china, japan, korea, asia etc. sebab pelaburan di malaysia terhad.
Semasa mesyuarat MFK dulu, PNB dikatakan mempunyai dana yg sangat banyak 40 billion yg mampu membuka 40 bank lagi. dan dana ini tidak mampu ditanggung oleh Bank Islam secara persendirian. disebabkan itu, MFK mengambil keputusan atas "maslahat" dan PNB tidak boleh melabur yg jelas haram spt carlsberg, genting etc.
saya rasa, kalau bagi kpd mana2 majlis penasihat syariah mana sekalipun, kalau disuruh urus dana yg betul2 100% syariah compliant dan capital preservation; belum tentu mampu dilakukan.
adakah dgn sebb2 spt yg tertera di atas, maka di isytiharkan "harus" atas kerana "maslahat"??
bg aku, sbg seorang pelabur ASB (dulu la
Bila di sebutkan pilihan..byk pilihan yg ada. Kalau syarikat Unit trust memperluaskan portfolio pelaburan mereka shinga ke peringkat global, why not ASB dan EPF...tak semestinya menumpukan 100% kepada ekuities, tp juga bole pergi ke other instrumen cam foreign sukuk dan bond..
Aku dah puas keep sending reminder minta penjelasan ttg current securities hold ke jawatan kuasa pelaburan PNB but no reply until todate. adakah aku perlu tunggu laporan tahunan next yer baru aku nak sedar masih ada unsur "tak patuh syariah" dalam portfolio..?
jgn kita bergantung dan percaya 100% based on kata mufti..tuhan bg kita akal fikiran utk menilai.