BTC USD 84,613.9 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB haram??

Bersihkan diri dan keluarga kita dulu .. sebelum bersihkan orang lain ....

Kita kata itu HARAM .. ini HARAM .. tapi secara tak sedar .. HIDUP kita sendiri bergelumang dengan benda HARAM ... huhuhu

Duit Fiat dalam dompet itu HALAL ke ? Loan Keter ? Loan rumah ? Loan PTPTN ? :eek: .. Loan ISLAMIK ? Simpanan dalam Bank ? Kompom ke 100% patuh Syariah ? ....

Berniaga Online .. HALAL ke HARAM ?

Jangan kata .. NIAT MENGHALALKAN CARA .... :eek:
 
Last edited:
Salam kepada semua pengunjung blog saya. Kali ini saya ingin menghuraikan sedikit sebanyak tentang status hukum pelaburan ASB atau ASNB atau mana-mana saham Permodalan Nasional Berhad.

Saya dahulu pernah membuat pelaburan dengan ASB dengan kepercayaan sepenuhnya pada kenyataan sebuah akhbar tempatan. Saya ingat lagi petikan di akhbar tersebut menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan atau telah mengharuskan orang Islam untuk melabur dalam mana-mana skim pelaburan yang ditawarkan oleh PNB. Pelaburan yang saya buat dalam ASB selama setahun dan saya pernah memperolehi dividen atau keuntungan saham tersebut sebanyak sekali. Tetapi selama saya melabur dalam ASB saya ragu-ragu dan ingin menyelidiki benarkah pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan harus atau masih kekal dalam status haram disebabkan ramai sahabat-sahabat saya menyatakan haram dengan hujah tertentu.

Untuk kepastian saya tanya kepada Ustaz Rosli Al-Bana iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang menyatakan bahawa ASB masih dalam status haram. Saya tanya lagi “tapi ustaz pernah masuk dalam surat khabar menyatakan harus dan dibolehkan melabur oleh Majlis Fatwa Kebangsaan”. Ustaz Rosli menjawab “begini ceritanya “memang benar Majlis Fatwa kata boleh diharuskan dengan syarat mesti pihak PNB mesti menyalurkan dana pelaburan itu ke tempat-tempat yang halal dan tidak melaburkan dana kepada tempat-tempat yang haram, pihak akhbar potong cerita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Fatwa telah meluluskan atau menyatakan pelaburan ASB adalah harus”. Setelah saya tahu cerita yang sebenarnya dan mengambil tindakan tutup terus akaun ASB tersebut.

Dah tgk penjelasan Dr Maza dlm youtube kenapa majlis fatwa buat keputusan harus...
 
sengih aku tengok orang yang dok kuarkan statement asb haram, macamla kami ni tak pernah tengok. korang ingat wang kertas dan bank tu syariah la sangat? benda tu sepatutnya harus saja sebab darurat kerana amerika paksa guna kertas. ada pemimpin islam berani guna dinar dan dirham? kalau tak kena bom dengan amerika.

Ini yg saya pakai dalam buat keputusan halal @ haram ASB. Mmg ada dalil keras yg menghukum si pemberi dan si pemakan riba. Cumanya, wang fiat kita hanya lar kertas hutang yg tiada sandaran pada apa2 komoditi.

Lihat bagaimana wang dicetak di Amerika utk QE. Kalo gov Malaysia nak debase atau devalue ringgit pon, apa yg kita boleh buat? Dirompak secara paksa.

Apa yg saya nampak ASB atau LASB adalah cara utk kita lawan inflasi, fight fire with fire.

Kalo kita redha dan berserah, pon tiada masalah, pahala bagi mereka yg sabar. Tapi bagi mereka yg dah paham selok belok ekonomi, LASB dan ASB hanya lar sebagai kenderaan utk melawan inflasi. WA.
 
kalau bace, selidik, mentelaah kemudian masih tak jelas, ragu2, was2, lebih baik klur trus dr asb. aku smpi skrg mcm tu walaupon dh lame perati pasal isu ni. berniage goreng pisang lg bagus & halal
:)paid
 
pelaburan asb adalah harus..tabung haji pula halal..takaful cinabeng haram sbb tipu atas kertas jer
 
Kenapa mufti selangor mengeluarkan fatwa sendirian berhad tanpa berbincang dgn majlis fatwa kebangsaan. rokok haram kerana boleh menyebabkan kanser, apa cerita plak dgn gula, kalau hari2 minum air gas berbotol botol, makan manis sesaja, kena kencing manis, potong kaki , so... gula pun mudarat juga. jadinya gula pun haram la kan sang Ustaz yg bijaksana.

jawapan Ustaz = betul juga tu.

Main forex haram kerana untung rugi yg tidak menentu, tapi jika main forex untung sesaja, ruginya kurang, hukum nya harus lah kan Ustaz ?, sama mcm niaga nasi lemak tepi jalan tapi tak laku, rugi buang saja sambal dan nasi hari2, hukumnya jadi haram la kan Ustaz ?

jawapan Ustaz = bori maso den fikir.


Saya bekerja dgn jabatan kerajaan, kerajaan pungut cukai arak dan judi , toto mangnum seme ada kene cukai dari kerajaan, tak percaya tgk kat belakang tiket no tu. Jadinya pendapatan kerajaan bercampur campur dgn sumber halal & haram , termasuk income tax dari taukey genting dan tauke kinzir, jadi nya kan Ustaz, gaji saya ni halal ke tidak ustaz.


jawapan uztaz : tah la den pun dah poning ni..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register