BTC USD 83,713.9 Gold USD 4,178.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB haram??

Majlis Fatwa Kebangsaan kata ASB halal.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kata ASB haram.
Negeri-negeri lain ada yang kata halal ada yang kata haram.
Pakar ekonomi & kewangan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam kata ASB haram.
 
sengih aku tengok orang yang dok kuarkan statement asb haram, macamla kami ni tak pernah tengok. korang ingat wang kertas dan bank tu syariah la sangat? benda tu sepatutnya harus saja sebab darurat kerana amerika paksa guna kertas. ada pemimpin islam berani guna dinar dan dirham? kalau tak kena bom dengan amerika.
 
Salam kepada semua pengunjung blog saya. Kali ini saya ingin menghuraikan sedikit sebanyak tentang status hukum pelaburan ASB atau ASNB atau mana-mana saham Permodalan Nasional Berhad.

Saya dahulu pernah membuat pelaburan dengan ASB dengan kepercayaan sepenuhnya pada kenyataan sebuah akhbar tempatan. Saya ingat lagi petikan di akhbar tersebut menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan atau telah mengharuskan orang Islam untuk melabur dalam mana-mana skim pelaburan yang ditawarkan oleh PNB. Pelaburan yang saya buat dalam ASB selama setahun dan saya pernah memperolehi dividen atau keuntungan saham tersebut sebanyak sekali. Tetapi selama saya melabur dalam ASB saya ragu-ragu dan ingin menyelidiki benarkah pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan harus atau masih kekal dalam status haram disebabkan ramai sahabat-sahabat saya menyatakan haram dengan hujah tertentu.

Untuk kepastian saya tanya kepada Ustaz Rosli Al-Bana iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang menyatakan bahawa ASB masih dalam status haram. Saya tanya lagi “tapi ustaz pernah masuk dalam surat khabar menyatakan harus dan dibolehkan melabur oleh Majlis Fatwa Kebangsaan”. Ustaz Rosli menjawab “begini ceritanya “memang benar Majlis Fatwa kata boleh diharuskan dengan syarat mesti pihak PNB mesti menyalurkan dana pelaburan itu ke tempat-tempat yang halal dan tidak melaburkan dana kepada tempat-tempat yang haram, pihak akhbar potong cerita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Fatwa telah meluluskan atau menyatakan pelaburan ASB adalah harus”. Setelah saya tahu cerita yang sebenarnya dan mengambil tindakan tutup terus akaun ASB tersebut.
 
sengih aku tengok orang yang dok kuarkan statement asb haram, macamla kami ni tak pernah tengok. korang ingat wang kertas dan bank tu syariah la sangat? benda tu sepatutnya harus saja sebab darurat kerana amerika paksa guna kertas. ada pemimpin islam berani guna dinar dan dirham? kalau tak kena bom dengan amerika.
betul tu tuan ... huhuhu

satu cara jer nak lari dari RIBA` dan BACKDOOR RIBA` ...

TINGGAL DALAM HUTAN ... :eek:

tapi selagi tinggal dan berurusan di dalam TAMADUN skang nie ,... anda takkan lari dari RIBA` .... huhuhuhu ...
 
Back
Top
Log in Register