BTC USD 85,624.5 Gold USD 4,169.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal Usul Perkataan Syurga

lokman1970

Fun Poster
Messages
819
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Tidak ada dalil adanya syurga dalam quran atau hadis. Yang ada hanyalah Jannah iaitu taman atau kebun.

Perkataan syurga berasal dari kata”svarga” yang berasal dari bahasa sangskrit. Kata svarga bermaksud svar ialah cahaya dan ga ialah perjalanan. Dan dimelayukan menjadi syurga. Dan dek kerana agama asal melayu adalah hindu maka ia terbawa perkataan ini dalam menterjemahkan makna Jannah yang berlainan maknanya.

Dalam kepercayaan agama Hindu, diatas dunia ini dan diatas angkasaraya yang terbuka, terdapat dunia ketiga. Dunia yang penuh dengan cahaya dan sinar. Matahari tidak pernah tenggelam. Jadi dalam agama hindu, perjalanan menuju ke dunia ketiga iaitu dunia cahaya disebut sebagai svurga. Dan cahaya didunia ketiga yang kemudian dinamakan svurga itu tak pernah sedikit pun padam atau kegelapan. Didalam svurga ini ada pula svurgaloka iaitu tempat makhluk yang bercahaya seperti dewa maharesi dan orang-orang yang suci yang telah mencapai keabadian. Jadi svurga adalah satu alam dan loka adalah tempat kediaman yang disebut svurgaloka.

Dalam pemahaman hindu, alam ini ada 3 bahagian (triloka) dan syurga adalah alam atas tapi masih dalam lingkungan dunia dan syurga bukan tempat terakhir tetapi hanya sebagai transit sebelum mereka meneruskan perjalan. Syurga juga tempat para dewa yang juga disebut kayangan. Tetapi dialam syurga ini masih ada kegoncangan itu sebab ia hanya tempat transit sahaja dalam menuju alam lain. Dalam buku hariwangsa menceritakan “sang hyang ring swargalokaanghili makabarasat kaladan meh ketunwan. Maknanya: para dewa yang berada di syurga melarikan diri megungsi, terjilat api hampir terbakar.

Dalam hindu, perjalanan akhir spiritual manusia ialah bersatunya “atman” dan brahma. Menyatunya jiwa individu ke alam universal.

Tidak ada perkataan syurga dalam quran atau hadis. Tetapi lebih kurang 145 kali perkataan JANNAH disebut dalam quran yang bermakna kebun atau taman. Bila disebut kebun atau taman maka yang ada tentulah pohon buah-buahan, sungai-sungai untuk rekriasi, adanya tempat tinggal yang mempunyai kamar-kamar istirehat dan dipan-dipan yang bertakhta dengan anggun. Tiada terik matahari dengan pohon-pohon yang banyak dedaun yang manusia tidak akan merasa haus dan dahaga. Buah-buahan boleh dipetik dengan mudah tanpa dipanjat, air sungai yang tidak tercemar atau kotor, tentu manusia boleh minum tanpa rasa sangsi.

Dari sudut bahasa, kata JANNAH berasal dari kata kerja Jan-na yang bermaksud menutupi, menyembunyi atau terlindung. Jadi dalam bahasa kiasan, JANNAH merupakan sesuatu yang masih tersebunyi, yang masih tertutup dari mata kasar. Al-Quran hanya menggambarkan sahaja bagaimana JANNAH dengan “perumpamaan” untuk kita mudah faham. Walaupun namanya “sungai” tetapi sungai didunia dan sungai di Jannah amatlah berbeza dan kita tidak boleh imagin.

(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya? (Muhammad : 15)
 
Last edited:

aderkah sdr ingin mengatakan bhw perkataan "jannah" perlu diubah kpd "kebun" atau "taman" dlm terjemahan Al-Quran???...
 
aduh...mcm2 la perangai org islam nk mengelirukan umat islam y lain, kan...
 
makin byk plak thread agama yg isinya bole bg org keliru
 
svarga tu perkataan hindu, dan syurga itu perkataan melayu islam yg membawa maksud jannah.
 
Celah mana plak ko dapat tafsir macam ni. Ini menyesatkan orang lain lah.
 
Back
Top
Log in Register