BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal -Usul Perkataan MACAI

macai = cai = acai = pencacai

p/s : perkataan ini khas utk geng2 pembela bangsa melayu (pembela la sangat)
 
Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.


masa aku blajar kat U dulu lecturer aku penah cakap mostly nama Ma yg dipakai cina muslim di china menggunakan nama Ma

jadi google dan ni yg aku dpt


Ma (simplified Chinese: 马; traditional Chinese: 馬; pinyin: Mǎ) is one of the most common Chinese family names.

As of 2006, it ranks as the 14th most common Chinese surname in Mainland China and the most common surname within the Chinese Muslim community, specifically the Hui people, Dongxiang people, and Salar people.

However, this surname should not be identified with the Korean surname 'Ma' which has the same pronunciation with the Chinese 'Ma' but has its own distinct history.

This surname literally means "horse". The offspring of Zhao She adopted "Ma" (馬), the first word of the district Ma Fu, as their surname.

Variant spellings of "Ma" include Mah, Beh and Mar.

Hui Muslims, Salars, Bonan and Dongxiang people commonly adopted Ma as the translation for their surname Muhammad. for e.g. Ma Jian, Ma Benzhai, Ma clique.

During the Ming dynasty, the Emperor Zhengde had a Uyghur concubine with the surname Ma.


Ma Laichi established the Hua Si school (menhuan) - the core of the Khufiyya movement in Chinese Islam. The name of the movement - a Chinese form of the Arabic "Khafiyya", i.e. "the silent ones" - refers to its adherents' emphasis on silent dhikr (invocation of God's name).
 
1256513_211142529009414_933174057_n.jpg



MACAI DETECTED :D:D
 
Macai bukan singkatan untuk Malacai

Ini baru betul:

http://duriangood.blogspot.my/2014/01/apa-itu-macai.html#!/2014/01/apa-itu-macai.html

Macai berasal daripada perkataan Kantonis "马仔". Ia tiada kaitan langsung dengan penggunaan perkataan Ma "马" sebagai singkatan perkataan Malai "马来". Jadi Macai tiada kaitan dengan kaum Melayu. Ia bukanlah berasal dari negara Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah blog.




"Macai" ataupun "马仔" banyak digunakan di kawasan yang pesat membangun dalam beberapa dekad yang lalu di negara China, misalnya di Hong Kong dan Guangzhou. Di tempat-tempat ini "macai" digunakan sebagai panggilan kepada anak-anak buah atau tali barut ketua-ketua kongsi gelap. Taiko-taiko kongsi gelap ini selalunya memberi arahan, dan konco-konco mereka yang melaksanakan kerja-kerja yang disuruh. Apabila ditangkap, selalunya yang kena adalah "macai-macai", bukannya taiko yang duduk di sebalik tabir.




Sama juga keadaannya dalam arena politik, "macai" juga boleh diibaratkan kepada penyokong-penyokong kuat pemimpin politik yang melakukan apa sahaja untuk mengampu pemimpin mereka serta mengukuhkan kedudukan politik pemimpin mereka.




Antara kerja-kerja "macai" politik ialah memutarbelitkan kenyataan musuh politik ketua mereka supaya imej musuh terjejas serta menyebarkan propaganda politik parti mereka. "Macai" politik juga rajin menghentam "macai" parti yang lain terutama di alam siber yang dipanggil "cyber bullying". "Macai" politik akan menyokong secara buta apa sahaja yang dibuat oleh pemimpin atau taiko mereka, walaupun benda yang dibuat itu memang ternyata salah dari segi prinsip. Bagi "macai", kentut yang dibuang oleh taiko mereka sentiasa berbau wangi.




Jangan jadi "macai". Gunalah otak untuk berfikir.
 
Maksud Damacai

Dulu Melayu Menentang, Kini Melayu Mempopularkan

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".


:)cgrock:)cgrock


Dama (大马) itu nama singkatan untuk Malaysia. Cai (彩) antara maknanya boleh bermaksud hadiah loteri. Itu sebabnya nama Damacai. Bukan bermaksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda" yang tak masuk akal.

Harap Maklum.
 
Yang aku tahu:
MACAI = Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim. :))
 
Back
Top
Log in Register