BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal usul nama negeri/tempat

RAUB : Namanya dikaitakan dengan lombong emas disana. kerana banyaknya emas dimasa itu. Boleh "diraub" maksudnya diambil dengan tangan contoh kita minum air dengan menggunakankan kedua tapak tangan itu dinamakan RAUB.
 
Asal usul nama Selangor tak dok ke...kalo Sabak Bernam ngan Sungai Besar aku tau le...
 
Asal Usul Nama Kajang

Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut :

PENDAPAT PERTAMA :
Adalah dipercayai Kajang telah diterokai oleh orang-orang suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

PENDAPAT KEDUA :
Batin Berenggai Besi merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong. Pernah mendirikan pondok-pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang lipat kajang pondok yang didirikan itulah lahirnya nama Kajang.

PENDAPAT KETIGA :
Menurut satu riwayat, maksud perkataan ' berkajang ' bagi orang Mendailing berpondok. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang

PENDAPAT KEEMPAT :
Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong @ Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai KAJANG.

PENDAPAT KELIMA :
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya datang ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.
 
Asal usul nama Selangor tak dok ke...kalo Sabak Bernam ngan Sungai Besar aku tau le...


Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan.

Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni 'sahabat berenam'.

Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.


Shah Alam

Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km di barat Kuala Lumpur.

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga.

Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Shah Alam diistiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Nama Shah Alam sendiri adalah pilihan dan perkenan Baginda.

Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).

Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000.


Seksyen Shah Alam
Shah Alam mempunyai nama jalan dan tema yang terdapat di seksyen-seksyen tertentu antaranya:

Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) bertemakan pendidikan
Seksyen 2 bertemakan jenis bunga
Seksyen 3 bertemakan jenis pokok
Seksyen 4 bertemakan jenis buah-buahan
Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) bertemakan pentadbiran
Seksyen 6 bertemakan jenis burung
Seksyen 7 bertemakan jenis permata dan galian
Seksyen 8 bertemakan bentuk muka bumi
Seksyen 9 bertemakan Kesultanan Melayu Selangor
Seksyen 10 bertemakan jenis pakaian
Seksyen 11 bertemakan kebudayaan dan kesenian
Seksyen 12 bertemakan salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
Seksyen 13 bertemakan sukan
Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat
Seksyen 15 bertemakan alatan tangan
Seksyen 16 bertemakan perlombongan bijih timah
Seksyen 17 bertemakan jenis ikan
Seksyen 18 bertemakan tumbuhan di kawasan pantai
Seksyen 19 bertemakan jenis pekerjaan di kawasan pantai
Seksyen 20 bertemakan jenis haiwan
Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) bertemakan perkuburan
Seksyen 23 bertemakan perusahaan
Seksyen 24 bertemakan jenis sayur-sayuran
Seksyen 25 (Taman Sri Muda) bertemakan nilai-nilai murni
Seksyen 26,27 dan 28 bertemakan daerah dan nama tempat di Selangor
Seksyen 31 (Kota Kemuning) bertemakan bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
Seksyen 32 (Bukit Rimau) bertemakan sungai-sungai yang terdapat di Selangor
Seksyen 33 bertemakan jenis alatan muzik
Seksyen 34 bertemakan jenis bahagian dalam kereta
Seksyen U1 (Glenmarie) bertemakan kerjaya
Seksyen U2 bertemakan kesussasteraan
Seksyen U5 bertemakan bumi dan alam semesta
Seksyen U8 bertemakan bahagian-bahagian dalam rumah
Seksyen U10 Bertemakan pulau-pulau
Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) bertemakan gunung-gunung yang terdapat di Selangor
 
Asal usul nama Selangor tak dok ke...kalo Sabak Bernam ngan Sungai Besar aku tau le...

selangor berasal dari gabungan perkataan salai+jemor(jemur)
=sala+or...lama kelamaan,ia disebut salangor dan menjadi 'selangor'
klu x silap la...sape2 yg tau lbh details leh ler bg komen...:):)
 
Hmmm...baru ku tahu...
Sejarah Sabak Bernam tu seperti yang telah diveritakan oleh kawan kita "butterland"....itulah juga cerita yang aku dengar....

Sekadar info...

SUNGAI BESAR

Menurut cerita dari datuk dan orang2 tua kawan aku serta yang ada kat kg aku tu...Nama Sungai Besar diambil sempena sebatang anak sungai yang bercantum dengan sungai Bernam dan laut selat Melaka...sesiapa dari KL/Klang ke utara atau dari Utara ke KL/Klang yang melalui jalan Teluk Intan > Klang..pasti akan melalui Pekan Sungai Besar selepas pekan Sabak Bernam yang mana bila sampai di pekan Sungai Besar...anda akan berhenti di lampu isyarat...kalau dari KL/Klang...anda akan nampak padang tonggak 10 di sebelah kiri dan IPD sabak Bernam di sebelah kanan....kalau dari Utara..anda akan berhenti betul2 di atas jambatan...jambatan itulah yang merentangi yang mana di katakan suatu ketika dahulu sebagai sungai yang paling besar di kawasan itu...sebab itu kawasan itu dinamakan Sungai Besar...tapi sekarang penduduk situ tak panggil sungai dah...mereka panggil parit je...

Itu cerita yang aku dengar...mungkin ade yang lebih tahu kot...
 
TAIPING- town of "EVERLASTING PEACE"

'Taiping' yang bergelar 'Bandar Warisan' merupakan salah sebuah bandar yang tertua di Malaysia. Bandar yang kedua besar di negeri Perak ini pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum pusat pentadbiran berpindah ke Ipoh.

Bandar Taiping dibuka pada tahun 1874 oleh peniaga Cina setelah bijih timah ditemui di Kamunting. Tai Ping bermaksud "Aman selama-lamanya". Sebelum ini Taiping dikenali sebagai Klian Pauh. Taiping adalah permulaan penghijrahan secara beramai-ramai kaum Cina yang terdiri daripada golongan pelombong dan peniaga.

Nama ini di beri disebabkan sering berlaku pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap Cina kerana berebut kawasan lombong bijih timah.
 
Awat skrg ni tak tukar jer nama Taiping tu kpd Kelian Pauh...
 
Back
Top
Log in Register