BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal usul nama negeri/tempat

Asal usul batang berjuntai...

Aiseh...cam xbrani je nk post...otak aku dh kuning je ni...
 
Asal usul batang berjuntai...

Aiseh...cam xbrani je nk post...otak aku dh kuning je ni...

Kalau benar apakah salahnya.
Post sajalah.
Jika tidak benar, itu hal lain.

TT, asal nama Pekan guane pulok... aok dok crite pon...?

Apa kata saudara bantu cari maklumat mengenainya?
TT mungkin kebetulan tidak menjumpai maklumat tersebut sewaktu dia membuka thread ini.
 
name tmpt aku dulu bunut..skrng da tka benut
sjrhnye psl nme pkok kut.
tp dak2 skrng ske tlis burn-not. X phm aku, mrosakkn nme je #:-S
 
Kuantan

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1851/52 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.........." (1)

Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik (2) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.

Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang disamping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penempatan ialah Perkuburan Cik Timah (3) berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang. Tapak Perkuburan Cik Timah.

Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka diketuai oleh Encik Besar (4). Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan "Kuantan" dan kekal sehingga ke hari ini.

patutlah kompleks teruntum tu ada kat kuantan tue...jenuh aku pk...dari mane ayat teruntum tueh..
 
nice..menarik..info yg berguna tuk anak bangsa
 
Sejarah Kuala Lumpur plak?
Sebab apa panggil kuala lumpur?

sbb banyak lumpur? maklumlah project pembangunan kn banyak skarang ni, =D
 
sejarah Balakong, al-kisah ada 2 kumpulan saling bertelagah nak merebut kawasan. Satu group India yg diketuai oleh Balasundram, satu group Cina yg diketuai oleh Ah Kong...oleh kerana mereka saling bertelagah maka satu hari Bala sendiri nak jumpa Ah Kong utk selesaikan masalah sapa yg patut kuasai kawasan yg tak bernama tersebut...selepas lama berbincang dorang pun berdamai dan letak nama kat tempat tu Balakong...sempena perdamaian antara kedua-dua puak tersebut...

Nie aku dgr citer...tak tau betul ke idak...
 
Back
Top
Log in Register