strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
WASHINGTON – Seorang bekas pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mendesak Washington turut menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) yang kini dilihat menguasai perang propaganda di internet.
Seorang jeneral bersara AS, John Allen berkata, kumpulan itu kini mempromosikan satu bentuk peperangan yang dahsyat di internet dengan merekrut anggota baharu dan mempengaruhi orang ramai yang tidak berdosa.
“Kita perlu menentang kehadiran IS di internet dan menafikan semua dakwaan dan mesej yang disampaikan mereka kepada golongan muda yang mudah dipengaruhi.
“Kumpulan IS hanya benar-benar ditewaskan apabila kita berjaya melakukan perkara ini,” katanya.
Sebelum ini beberapa negara sekutu AS mendesak beberapa langkah diambil bagi meningkatkan usaha untuk menghalang IS merekrut militan termasuk melalui internet.
Sebelum ini timbul kebimbangan pengaruh kumpulan itu di internet mampu menarik golongan muda menyertai perjuangan IS dan menggalakkan serangan oleh individu yang terpengaruh di beberapa negara di Eropah.
Tentera AS dan beberapa negara sekutu sebelum ini melancarkan serangan udara terhadap kedudukan IS di Syria dan Iraq selepas kumpulan berkenaan menguasai sebahagian besar wilayah di kedua-dua negara tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu di Kobani, Syria, pejuang Kurdis masih bertempur sengit dengan militan IS yang masih berusaha untuk menawan bandar berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Tentera AS memberitahu beberapa pesawatnya melancarkan empat serangan udara terhadap kedudukan IS berhampiran bandar tersebut pada Ahad dan Isnin lalu. – AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
SEKUMPULAN penduduk Kobani hanya mampu melihat kepulan asap di bandar mereka sejurus pesawat tentera AS menyerang kedudukan militan IS di Syria kelmarin.