BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha Perangi Rasuah Perlu Dilaksana Tanpa Kompromi - Sultan Ibrahim

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
955fd75f420484e2de3ffd4d60de85dc69952b22ad2df

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz.

 
Back
Top
Log in Register