hab81020
Super Active Member
- Messages
- 5,119
- Joined
- Mar 21, 2010
- Messages
- 5,119
- Reaction score
- 233
- Points
- 83
WASHINGTON: Amerika Syarikat terselamat daripada kegagalan membayar hutang namun kelulusan Kongres terhadap pelan pemotongan defisit gagal menghapuskan kebimbangan penurunan taraf kredit dan masalah cukai dan perbelanjaan masa depan.
Presiden Barack Obama dan penggubal undang-undang tanpa mengira parti menyatakan kelegaan selepas persetujuan dicapai bagi meningkatkan tahap pinjaman negara selepas beberapa minggu berbeza pendapat. Namun, saham Amerika Syarikat jatuh apabila pelabur mengalih perhatian kepada kemuraman ekonomi negara itu serta kemungkinan penurunan penarafan hutang negara itu. Kelulusan Senate dengan undian 74-26 bagi pelan penurunan defisit bernilai AS$2.1 trilion itu mengelak sementara masalah pembayaran hutang AS.
Obama segera menjadikan ia sebagai undang-undang dan mengangkat siling hutang AS$14.3 trilion hanya beberapa jam sebelum kerajaan dijangka kehabisan wang untuk membayar perbelanjaannya. - Reuters