BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS patut saman Hadi jika dakwaan bantu tukar kerajaan palsu, kata Ahli Parlimen

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

AS patut saman Hadi jika dakwaan bantu tukar kerajaan palsu, kata Ahli Parlimen​

7d19b059-cbb6-4417-a7db-b5d29d795941-rayer-hadi-awang-tile-resize-050926.jpg

RSN Rayer berkata, dakwaan Hadi Awang bukan ‘dakwaan bersahaja di kedai kopi’, malah ‘dakwaan yang luar biasa serius melibatkan keselamatan negara’.

Katanya, penafian diplomatik Kedutaan AS sahaja tidak mencukupi. Sekiranya pihak kedutaan bercakap benar apabila menolak dakwaan Hadi, Washington perlu mempertimbangkan tindakan undang-undang mempertahankan reputasi serta integriti wakil diplomatiknya.

“Ini perkara yang sangat serius. Setakat penafian diplomatik oleh AS tidak cukup. Jika Hadi bercakap benar, maka pihak AS berdepan persoalan yang sangat serius untuk dijawab berhubung dakwaan campur tangan dalam urusan politik dalaman Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook.

Awal hari ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS David Gamble, berkata negaranya tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Rayer berkata, dakwaan Hadi bukanlah ‘dakwaan bersahaja di kedai kopi’, bahkan ‘dakwaan luar biasa yang serius melibatkan keselamatan negara’ memandangkan Hadi mendakwa pemimpin PAS didekati wakil Amerika dan ditawarkan bantuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 2014.

Hadi juga mengaku ada bertemu dengan duta AS, kata Rayer.
 
Back
Top
Log in Register