BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS cipta bom raksasa

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
lu_04.1.jpg

Ilustrasi yang disediakan oleh Boeing Co. menunjukkan bom MOP atau ‘penembus ordinans raksasa’ yang kini sedang diuji dan dijangka mula dibina menjelang pertengahan 2010, sekali gus menjadi bom konvensional terbsar dalam peralatan perang tentera Amerika Syarikat.

WASHINGTON 13 Okt. - Pentagon mahu mempercepatkan penyediaan bom raksasa yang direka untuk memusnahkan kubu-kubu senjata yang tersembunyi di bawah tanah dan dilindungi dengan konkrit bertetulang seberat 4.5 tan.

Bom tersebut boleh disifatkan sebagai Pelan B atau pelan alternatif untuk menangani program nuklear Iran.

Teheran baru-baru ini mendedahkan kewujudan tapak nuklearnya yang tersembunyi jauh di dalam sebuah gunung dekat kota suci Syiah, Qom.

Bom seberat 15 tan itu, dikenali sebagai 'penembus ordinans raksasa atau MOP' akan menjadi bom bukan nuklear terbesar dalam persenjataan Amerika Syarikat (AS).

MOP yang mengandungi 2.4 tan bahan letupan adalah kira-kira 10 kali lebih kuat daripada bom yang bakal digantikannya.

Pentagon sudah memberi kontrak bernilai hampir AS$52 juta (RM182 juta) untuk mempercepatkan pemasangan bom berkenaan di dalam pesawat pengebom Stealth B-2, dan pegawai menjangka senjata itu boleh dipasang seawal pertengahan tahun depan.

Pegawai Pentagon mengakui bom baru itu bertujuan untuk meletupkan tapak-tapak berkubu seperti yang digunakan oleh Iran dan Korea Utara untuk program nuklear masing-masing, tetapi mereka menafikan ada sasaran tertentu yang termasuk dalam perancangan.

"Saya tidak fikir ada sesiapa yang boleh meramalkan sasaran yang berpotensi diserang. Bom ini hanya memberikan keupayaan yang kami anggap perlu disebabkan situasi dunia yang kita hadapi sekarang," kata setiausaha akhbar Pentagon, Geoff Morrell.

Pentadbiran Presiden Barack Obama masih menghadapi kesukaran untuk menangkis tanggapan yang timbul sejak zaman Presiden George W. Bush bahawa AS sama ada merancang untuk mengebom kemudahan nuklear Iran atau akan membiarkan Israel melancarkan serangan sedemikian. - AP
 
ya la tak nak serang mana2 lokasi..lahaknat punya negara...
 
jahanam juga bumi ini oleh tangan-tangan manusia....:-?
 
lahanat tol..mesti ada agenda tersembunyi ni..
 
Akan sampai masanya bom ciptaan depa terjatuh kat tempat depa sendiri
 
org lain buat senjata dia sekat sbb kata menggancam negara lain, tapi dia buat senjata boleh pulak..tujuan keamanan konon..
 
dah jadi dah pun boss...bom ekonomi...itu yg cair ekonomi depa la ni....
 
org lain buat senjata dia sekat sbb kata menggancam negara lain, tapi dia buat senjata boleh pulak..tujuan keamanan konon..

Dia kan polis dunia :(scam
 
dah jadi dah pun boss...bom ekonomi...itu yg cair ekonomi depa la ni....

Yang tu kurang jelas..nak tengok 2-3 bandar jadi padang jarak baru best
 
semua yang US buat takpe... hampeh tol
 
Back
Top
Log in Register