BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arqam .... Rufaqa .... Global Ikhwan ..... Hashim Jaafar ?????

ilhamjabil

Super Active Member
gem
Messages
7,119
Joined
Jul 27, 2008
Messages
7,119
Reaction score
1,693
Points
151
Arqam .... Rufaqa .... Global Ikhwan ..... Hashim Jaafar ?????
318170_453372751341029_6140166_n.jpg


Disember 1985 adalah kali pertama saya mengikuti Kursus Kefahaman Islam anjuran Al Arqam di Sungai Penchala. Dari situ saya berkenalan dengan Fadzil Hanafi, Arabi, Nordin, Abdullah Ariffin, Abu Muhammad Nasr (malangnya Abu Muhammad Nasr telah lupa saya pernah bertemu dengannya walaupun dia mendakwa dia mampu menghafaz Al Quran dalam tempoh yang singkat).

Sewaktu kursus berlangsung, pada hari Sabtu malam Ahad, diadakan program Fardhu Ain mingguan percuma kepada masyarakat Kuala Lumpur. Perkampungan Al Arqam Sungai Penchala malam itu meriah bagaikan pesta. Banyak gerai-gerai jualan, Di situlah saya memperolehi buku-buku tulisan Ustaz Asaari Mohamad dan kaset-kaset ceramahnya. Saya masih ingat llagi buku-buku yang saya beli, Shoutul Arqam Pimpinan Ummah, Ibadah Menurut Islam, Iman Dan Persoalan, Mengenal Diri Melalui Rasa Hati, dan saya masih ingat lagi kaset-kaset yang saya beli Mencari Kebenaran, Ibadah dan Jahiliah, Mencari Kebahagiaan, Islam Laksana Sebatang Pokok.


1986, saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi USM cawangan MRSM Kulim. Hampir setiap bulan, hari Jumaat, Fadzil Hanafi akan menziarahi saya bersama Mohd Fadli Yusof di MRSM Kulim. Mereka membawa bersama-sama mereka lebih banyak buku-buku dan kaset-kaset. Antaranya Islam Agama Dagang, Taqwa Nilai Manusia di Sisi Tuhan, Gunung Tujuh, Inilah Jalan Kita, Matlamat Perjuangan Menurut Islam, Huraian Ke Arah Membangun Masyarakat Islam dan lain-lain. Dari buku-buku dan kaset-kaset ceramah itulah saya mengenali konsep perjuangan Al Arqam yang pada nilaian zahir ku satu usaha murni dalam membangunkan hablumminallah dan hablumminannas.


Pada awal 1987, tercetusnya isu Ustaz Mokhtar Yaakob. Persoalan siapa Sheikh Suhaimi dan Aurad Muhammadiah disensasikan oleh pihak media. Sheikh Suhaimi beryaqazah dengan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam, Sheikh Suhaimi belum mati dan ghaib, Sheikh Suhaimi adalah Imam Mahdi, kalimah syahadah bersambung, Imam Mahdi adalah khalifah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam dan lain-lain dijadikan isu dan asas membuat tuduhan. Bila berlaku isu panas ini, tempat saya merujuk ialah datuk saya yang bertanggungjawab mengajar ilmu fardhu ain sejak saya kecil. Saya masih ingat, saya senaraikan isu-isu yang digembar-gemburkan oleh akhbar. Sewaktu cuti semester saya balik ke kampong. Saya bertemu dengan datuk saya, dan bertanya serta berhujjah dengannya. Datuk saya memberikan jawapannya. Isu Aurad Muhammadiah, secara zahirnya yang menjadi penyebab mengapa saya terus focus dan cenderung kepada Arqam waktu itu, walaau pun ketika itu saya bergiat dalam jemaah Tabligh.



Pertengahan 1987 saya ke Penang melanjutkan pelajaran di USM. Disebabkan isu Aurad Muhammadiah dan pertalian datuk saya dengan amalan tersebut, saya mula berjinak-jinak dengan Al Arqam yang mempunyai markaz di Kampung Jawa, Bayan Baru. Pada tahun ini juga saya berusaha mengikuti style gaya hidup orang Arqam. Setelah bersama Arqam Penang beberapa lama, saya mula mengalami ketidakselesaan. Mengapa ? Kerana apa yang ditulis dan disyarahkan oleh Ustaz Asaari Mohamad tidak sama seperti yang diamalkan. Banyak berlaku perlanggaran syariat, banyak berlaku penzaliman pemimpin ke atas ahli, tetapi segala-galanya terselindung di sebalik jubah, serban dan purdah serta motto “sami’na wa ata’na” (kami dengar dan kami patuh). Hatta, bila pemimpin menonton video lucah pun, pengikut dilarang untuk menegur kemungkaran pemimpin tersebut. Pemimpin hidup bermewah-mewahan. Pengikut terpaksa ikat perut. Ma’asy yang sepatutnya diagihkan berdasarkan keperluan, tak terlaksana secara reality. Saya sendiri melihat bagaimana markaz siswa dijadikan tempat penempatan empat kelamin. Saya sendiri melihat, pemimpin mengaibkan ahli-ahli kerana kesempitan hidup ahli. Saya sendiri melihat pemimpin rasa iri hati dengan pengikut lantaran masyarakat lebih kenal pengikut dari pemimpin. Saya sendiri pernah diminta oleh BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS SYUYUKH untuk mendapatkan video lucah lantaran keupayaan mempunya akses dari orang bawahan hingga orang atasan masyarakat di Penang.


Bila berlaku kepincangan begini dan berlaku pertembungan serta percanggahan antara ketaatan kepada pemimpin dan ketaatan kepada ALLAH dan Rasul, tempat saya mengadu ialah datuk saya. Dari datuk, saya dinasihatkan untuk TERUS taat kepada hukum syariat, bukan kepada pemimpin yang melanggar hukum syariat. Sambil pesanan datuk .... carilah ustaz-ustaz pondok dalam Arqam. Mungkin dia orang boleh bantu bila aku tak ada ....


Hasil pesanan datuk, saya cuba mencari dan mengenali ustaz-ustaz pondok dalam Arqam. Baru saya sedar, ustaz-ustaz pondok ni tak ramai. Yang ramai dalam Arqam dan dipanggil “Ustaz” adalah orang-orang secular macam saya. Namun hasil pesanan datuk saya, barulah saya sedari, sepupu Ustaz Saleh Adam telah bernikah dengan makcik saya. Ustaz Salleh Adam adalah antara ulamak pondok yang menjadi ahli Arqam. Melaluinya, saya kenal lebih ramai Ustaz/ ulamak pondok, antaranya Ustaz Khalil Yusof (Al Fatihah kepada almarhum), Ustaz Hamim Rahmat ( Al Fatihah kepada almarhum), Ustaz Pak Long (tak tahu sama ada beliau masih hidup atau tidak) dan Ustaz Zaidun Batu Hampar (Al Fatihah kepada almarhum). Saya menjadi rapat dengan mereka atas dasar ilmu. Kalau hendak dikenang saat memori indah bersama mereka, saya ingin senaraikan seperti berikut :

a. Dengan Ustaz Khalil, saya biasa diurut olehnya. Seorang Tuan Guru mengurut kaki anak murid.Pernah naik kereta duduk di belakang dengannya, dia berkata .... Kalau enta tak pakai serban, silap haribulan orang kata ana bawa perempuan. Rambut enta ni panjang sangat.
b. Dngan Ustaz Hamim, kami selalu memasak bersama, bergurau senda atas isu munakahat, dan kami selalu juga tidur sebantal. Saya ingat lagi kata-kata Ustaz Hamim .... Walau rambut enta panjang macam pontianak, Anatak takut kalau tidur sebantal dengan enta. Kutu enta tak kan datang kat ana. Sebab ana botak.
c. Dengan Ustaz Pak Long, ana biasa memicit-micit kepalanya yang sakit. Pun ada pengalaman manis. Dia pernah berkata kepada saya .... Enta ni sesuai dengan orang Ganu. Nanti mudoh picit paler amber.
d. Dengan Ustaz Zaidun, antara Tok Guru dalam Arqam yang ana respect. Pernah dia tanya saya tuan punya kereta buruk yang hampir nak lerai bumper depan.... Enta tahu ke siapa punya kereta buruk ni ? Kereta ni walau pun buruk dan uzur macam tuannya, tapi engine masih kuat.
Tak lama saya kenali mereka, Datuk saya kembali ke rahmatullah (Alfatihah kepada Raden Haji Ehsan a.k.a. Embah Kassan Gersik, Muar)


Sejak kewafatan datuk saya, saya kerap merujuk kepada Ustaz Khalil dan Ustaz Zaidun. Pandangan mereka bila saya suarakan kepincangan dan perlanggaran syariat di kalangan pemimpin dan “budak-budak” pemimpin, mereka hanya berkata .... “Bersabarlah. Enta sedang diuji. Enta jaga syariat enta. Biarkan mereka. Ini bukan didikan Syeikhul Arqam.” .... Lantas saya membisu dan memendam perasaan, sambil ingat pesanaan Ustaz Khalil ...ini bukan didikan Syeikhul Arqam.... Nasihatnya saya telan sebab memang sukar hendak jumpa Ustaz Asari yang ada di luar Malaysia berada di Thailand, Indonesia dan lain-lain Negara. Sejak itu, berlaku “perang dingin” antara saya dan barisan kepimpinan Penang. Sekali-sekala saya sengaja membuat provokasi dengan bertanyakan soalan sinis kepada barisan kepimpinan, khususnya Dr Mansur, Ibrahim Mohamad, Sobri Ghani, Kudus Ayam, Hashim Jaafar dan "budak-budak" mereka.


1988 – bermulanya era yaqazah versi Arqam. Ahli-ahli ”diyaqazahkan” secara beramai-ramai. Penang merupakan negeri kedua diyaqazahkan selepas Sungai Penchala. Saya masih ingat lagi, sewaktu saya sedang bercuti semester, saya menerima telegram dari Setiausaha Arqam Penang, menyuruh saya ke Sungai Penchala untuk kembali ke Penang. Setiausaha tersebut ialah saudara Tajuddin, seorang Pembantu Farmasi di Hospital Penang. Selepas Arqam diharamkan, beliau mengikuti ajaran sesat Al Mansur oleh Azhar Wahab yang juga tuan punya Pusat Tahfiz Amal, Kedah.


Sewaktu saya tiba di Sungai Penchala, melalui kawasan surau, saya lihat ramai orang menangis dan meraung. Ada yang berguling-guling di atas tanah sambil meraung. Saya makin confuse. Namun saya maintain cool. Petangnya, saya bertolak ke Penang dari Sungai Penchala bersama van milik Al Arqam Penang.
397213_500304729981164_1016270774_n.jpg

Hj Halim Abbas orang yang mengendalikan Majlis Yaqazah Al Arqam

Di Penang, semua ahli lelaki dikumpulkan di Markaz Al Arqam, Solok Kampung Jawa, Bayan Baru. Kemudian masuk dua orang yang akan mengendalikan majlis yaqazah tersebut. Seorang bernama Abdul Halim Abbas (orang kanan Ustaz Asaari) (https://www.facebook.com/abashalim?fref=ts ) , seorang lagi ialah Mujahid (https://www.facebook.com/habibbani.yaman ) seorang bangsa Moro. Majlis pun bermula. Maka disebutlah oleh Mujahid, ketibaan Imam Shafie ke majlis tersebut, disusuli oleh Saidina Abu Bakar, kemudian Sheikh Suhaimi seterusnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Kemudian Mujahid yang menjadi perantaraan mula memanggil beberapa ahli berdiri seorang demi seorang. Kemudian Mujahid menyatakan kesalahan mereka satu persatu dan apakah kepala mereka kepala anjing, kepala ****, kepala monyet atau kepala kuda. Kesemua dakwaan itu disandarkan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan Syeikh Suhaimi. KONONNYA, itulah yang dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan Syeikh Suhaimi kepada Mujahid Moro untuk disampaikan kepada ahli. Teruk ahli-ahli tersebut dimarahi......... Tak taat. Tak kuat berkorban. Tak yakin dengan perjuangan........ Ahli-ahli pun menangis meraung. Kemudian "ubat" diberi oleh "Syeikh Suhaimi" yang masuk ke badan Mujahid Moro. Agak hairan. Ahli-ahli yang dimarahi itu, sebahagiannya pernah bekerja dengan kerajaan dengan gaji bulanan yang tetap. Mereka berhenti kerja makan gaji, menjadi full timer dalam jemaah dengan bayaran ma'asy yang hanya cukup makan. Mereka dituduh oleh "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam" dan "Syeikh Suhaimi" sebagai TAK YAKIN dengan perjuangan ??? Tok Naqib Penang yang makan gaji, kuat keyakinan itu pun masih enak makan gaji.
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-
prn1/23946_500304109981226_1041547147_n.jpg
Mujahid Moro yang beryaqazah dengan Rasulullah SAW, Imam Mazhab, Imam Hadis, Syeikh Suhaimi

Habis sessi pertama, berlangsung pula sessi kedua. Saya yang duduk betul-betul bertentangan dengan Mujahid Moro dipanggil berdiri bersama-sama ahli-ahli yang lain. Antaranya Mohamad Kamil dan Dr Abdul Rahim Tahir. Saya menjangkakan, saya akan dimarahi teruk sebab saya tahu, saya tidak yakin 100% dengan perjuangan Al Arqam, memandangkan perang dingin antara saya dengan kepimpinan Penang khususnya Dr Mansur dan Haji Kudus Ayam. Tetapi alangkah terkejutnya saya, dalam majlis tersebut “Sheikh Suhaimi” berkata saya adalah seorang yang paling percaya dengan perjuangan Al Arqam dan Ustaz Asaari. Itulah yang dimaklumkan oleh Mujahid. Saya terus "thought block". Speechless. Tak boleh nak fikir. Yang saya tahu adalah menangis. Saya sendiri tak tahu apasal saya menangis. Nak kata rasa bersalah, saya adalah "ahli yang yakin dengan perjuangan Arqam" walau dalam hati saya menyampah kepada pemimpin Arqam. Nak kata saya insaf, tak juga sebab saya masih dan semakin menyampah dengan pemimpin Arqam.


Selang beberapa minggu, saya rujuk perkara ini kepada Ustaz Khalil yang datang ke Penang untuk program Fardhu Ain, katanya kita tawaqquf sahaja dan jaga syariat. Sekali lagi saya membisu, memendam rasa, sambil memikirkan peluang untuk membalas perbuatan pemimpin Arqam. Sejak Majlis Yaqazah itulah, cold war antara saya dan pemimpin Arqam khususnya pemimpin Penang semakin terserlah dan dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan Al Arqam. Pernah di markaz Arqam Machang tahun 1991, di depan mejistret Zabidi Mohamed, Ibrahim Mohamad berkata kepada saya .. "Ana nak uruskan perkahwinan enta" .... dan saya jawab ... "Bukan ana tak nak kahwin, tapi ana rasa ustaz tak layak nak uruskan hidup ana" ... hehehe
 
Sejak peristiwa yaqazah, saya semakin kurang bercampur dengan ahli Arqam. Saya lebih rapat dan lebih mesra dengan kawan-kawan yang secular dan satu jurusan di USM berbanding ahli-ahli Arqam. Saya cuma jumpa ahli Arqam waktu malam di markaz Siswa atau program fardhu ain, tahlil dan usrah. Selebih masanya, saya bergaul dengan orang luar. Hikmahnya, saya kenal ramai orang di Penang.


Hinggalah pada tahun 1992, bila Ustaz Asaari sendiri mendakwa dirinya dijanjikan jawatan Perdana Menteri dan daulah lagi tiga bulan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan beliau berjuang di atas landasan hadis palsu yang dicipta oleh menantunya, maka apa yang terpendam di hati saya meletup. Setelah lebih 4 tahun saya pendam rasa. Saya mendengar sendiri dari mulutnya. Tawaqquf saya atas dasar “ini bukan didikan Syeikhul Arqam” berakhir. Lantas saya bersuara lantang menentang, akhirnya saya dibuang dari Al Arqam, diaibkan, dihina dan difitnah. Tapi tak berkudis pun.


Sejak itu banyak cerita-cerita dusta yang KONONnya dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam disebarkan oleh Asaari Mohamad. Lebih malang, cerita-cerita dusta dan pendustaan atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam itu dikaitkan dengan Aurad Muhammadiah. Sehingga Aurad Muhammadiah terfitnah.


Pada tahun 1993 buku Aurad Muhammadiah Hijau dikeluarkan oleh Arqam atas restu Ustaz Asaari Mohamad. Buku Aurad Muhammadiah Hijau itu mengeluarkan nama Sheikh Khairullah dan memasukkan nama Lebai Ibrahim dan ustaz Asaari, serta mengisytiharkan secara rasmi bahawa Ustaz Asaari adalah Amir Aurad Muhammadiah. Secara rasminya, Ustaz Asaari sendiri memutuskan sanad ijazah dengan guru yang membimbingnya.


1994, Asaari Mohamad ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia. Seandainya dulu beliau mendakwa, “Rasulullah memberi jaminan hatta sehelai bulu roma abuya pun orang tak boleh sentuh.”, sewaktu ditangkap dan dalam tahanan ISA, habis licin janggutnya dicukur. Kalau ingin ikutkan hati, mahu saja saya cukur kening dan segala bulu-bulu yang ada dibadannya.


Terfikir juga. Ke mana pergi Hashim Jaafar dan Shuib Sulaiman ? Apa komen mereka atas pendustaan atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam yang dibuat oleh Ustaz Asaari ini ? Mengapa nak salahkan Ummu Jah saja ?


Arqam mati. Dihidupkan semula. Benda mati dan hidup balik ni biasanya hantu. Maka Arqam mengalami penjenamaan semula. RUFAQA. Benda mati yang dihidupkan semula adalah hantu, maka banyaklah hantu-hantu dalam Rufaqa. Bila berlaku insiden kemalangan helicopter di Bario, Tabib langit Rufaqa mengaku secara bertulis dalam buku tulisan mereka, bahawa mereka sembelih kambing untuk dipersembahkan kepada jin agar helikopter yang terhempas di Bario di temui. Seperti biasa, saya antara orang yang kuat menentang. Seperti biasa pihak Rufaqa masih mempertahankan dan menghalalkan sembelihan untuk dipersembahkan kepada jin. Hinggalah berlaku insiden, Tabib Langit Rufaqa ditangkap polis kerana merogol pesakit dengan bantuan isterinya. Kes jenayah rogol ini mendapat liputan akhbar dan TV. Maka terbuktilah kewujudan hantu dalam Rufaqa, iaitu hantu orang minyak yang merogol wanita. Insiden ini menyebabkan aktiviti Perubatan Langit Skylab Rufaqa terus senyap.


2000 - Dato Kahar Mokmin membawa Asaari Mohamad dan Hatijah Aam bertemu Dr Mahathir di Putrajaya. Mereka disambut dengan baik. Tidak pernah ada seorang penjenayah diraikan oleh seorang Perdana Menteri. Dalam majlis tersebut, Ustaz Asaari dan Hatijah tidak bersuara. Hanya menikmati juadah yang dihidangkan. Sekembalinya mereka dari Putrajaya, mereka singgah di Kajang bertemu ahli. Terus dimaklumkan ... "Rasulullah janjikan Abuya jawatan PM. Lagi 3 bulan Mahathir akan serah jawatan PM kepada Abuya" .... Hmmmm .... berapa kali mahu tipu guna nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam daaaa ? In reality, Dr Mahathir serah jawatan PM kepada Pak Lah.


Kemudian pada tahun 2005, Asaari Mohamad menulis buku Nasihat Buat Mu. Mengaibkan dan memfitnah bekas-bekas pemimpin Arqam yang tidak mengikut perjuangannya dalam Rufaqa. Ada pihak cakap, buku tersebut bukan tulisan Asaari Mohamad. Tetapi, tercatat tandatangan beliau di buku tersebut sebagai tanda redha. Satu lagi bukti bahawa buku itu ditulis oleh Asaari Mohamad ialah Cikgu Hashim Jaafar yang dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Ummu Jah menguruskan jemaah Asaari. Cikgu Hashim Jaafar membuat siaran video 6 siri memburukkan Ummu Jah dan memfitnah Ummu Jah. Kononnya segala kesesatan yang berlaku dalam Arqam, Rufaqa dan GISB adalah berpunca dari Ummu Jah. Malah ramai pemuja-pemuja Asaari Mohamad ini mengamalkan uslub yang sama. Membuat fitnah ke atas musuh mereka.


Pada tahun 2006 juga, diadakan pula majlis mengijazahkan ilmu dari lauh mahfuz di Nilai.Dalam majlis itu, Asaari Mohamad yan masih sihat waktu itu, mengijazahkan "tongkat garu belakang" kepada ahli-ahli dan dikatakan bahawa tongkat tersebut ada POWER yang boleh menyucikan dosa dan dijual kepada ahli dengan harga ratusan RM. Untuk makluman, tongkat kayu garu belakang tu boleh dibeli di kedai RM 2.

Untuk makluman tuan-tuan pembaca, cerita tentang power bermula sewaktu 'era kuarantin'. Waktu itu semua ahli Rufaqa diwajibkan melalui satu proses 'suluk' untuk sekian-sekian waktu yang ditentukan oleh prestasi dan tahap seseorang dalam membaiki diri. Setiap ahli ditempatkan mengikut zon / tempat tugas masing-masing. Kemuncaknya ialah di rumah di Nilai tempat Asaari duduk ketika itu. Ketika ditempat kuarantin masing-masing itu, semua ahli Rufaq akan buat program taubat, merintih, tawasul. Setiap orang ada fasilitor yang khusus, iaitu mereka-mereka yang sudah 'lulus' prosesnya untuk 'merawat' ahli2 yang di peringkat permulaan..

KONONNYA Ilmu yg dianugerahkan kepada Asaari ketika itu ialah Ilmu Rawatan Ikhwan yang sumbernya dari Loh Mahfuz. Ilmu itu gunanya waktu itu untuk merawat serangan-serangan sihir dan bisa yang menyerang semua ahli tak kira siapa. Dan inilah yg menjadi kayu pengukur seseorang untuk berjaya atau gagal, iaitu sejauh mana seseorang itu dapat membersihkan unsur-unsur sihir dan bisa dari dirinya. Dengan bisa yang ada itu dapat diukur tahap mazmumah seseorang. Semakin naik mazmumah seseorang, semakin naik 'meter' bisa itu tadi. Begitu juga sebaliknya. Ahli-ahli Rufaqa diminta usahakan supaya 'meter' bisa itu turun sampai tahap 0, baru dikira lulus. Para-para "scanner" akan berada di pintu pagar rumah Asaari untuk menilai. Siapa yang 'lepas' boleh masuk rumah dan akan terus ke peringkat seterusnya. Ahli-ahli yang 'gagal' kena patah balik ke rumah kuarantin masing-masing dan sambung proses rawatan seperti biasa.

Setiap hari di luar rumah itu akan penuh dengan kereta-kereta beratur yang membawa ahli untuk menunggu giliran. Cara tawasul: Assalamualaikum Abuya, saya mohon diberikan kepada saya power karamah Putra Bani Tamim, dan power karamah Aurad Muhammadiah untuk (sertakan hajat).

Ini ringkasan lafaznya. Lafaz yang panjang saya tak berapa ingat, cuma kesimpulannya boleh qasad apa sahaja mengikut hajat masing-masing. Jadi power yang dmaksudkn itu tadi di'tarik' dari Loh Mahfuz berserta dengan gerakan-gerakan tangan. Setelah di'tarik' power itu tadi, maka boleh di'hantar' untuk apa-apa tujuan dan hajat. Untuk rawat sakit ke, pagar diri ke, buang bisa ke, pelaris ke, musnahkan musuh dan sebagainya..." demikian kisah pengalaman mereka di era tersebut yang dikongsikan untuk dinilai.

Untuk makluman, saya sebagai pengamal Aurad Muhammadiah yang asal, MENAFIKAN bahawa apa yang didakwa oleh Asaari Mohamad dan jemaahnya sebagai "ilmu Ikhwan AKhir Zaman Sumber Loh Mahfuz" ini adalaah dari Aurad Muhammadiah. Ini adalah satu fitnah yang besar ke atas amalan Aurad Muhammadiah yang di dalamnya terkandung kalimah syahadah, ayat Al Quran dan selawat SAHAJA.


Berikut adalah penddahan tentang Ilmu Ihwan Akhir Zaman Dari Loh Mahfuz seperti diceritakan oleh peserta. Sila ke link di bawah :

http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=248850

Kebetulan, pada tahun 2005, saya bekerja di Nilai Cancer Institute. Saya selalu bertemu dengan orang-orang Rufaqa. Soalan yang saya selalu tanya :

1. Apasal abuya duduk di Nilai lebih waktu musafir, tapi buat jamak qasar ? .... Tiada jawapan selain pusing sana, pusing sini.

2. Apasal Abuya tak solat Jumaat ? ... Dijawab : Abuya uzur, sakit. .... Bila saya jawab semula, Abuya tu sakit buasir saja. kalau macam tu hebat lagi Pak Budin, driver ambulance Hospital seremban yang duduk di Nilai. Dia dah pencen, kaki dua-dua kena potong sebab diabetic foot gangrene, ada darah tinggi dan sakit jantung. Tapi Pak Budin tu datang mengesot naik ke tangga masjid untuk solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu .... Mereka jawab balik, "Abuya tu Wali ALLAH, dia solat Jumaat kat Mekah depan Kaabah" ... Saya tanya balik, waktu solat Jumaat kat Malaysia ni sama ke waktu solat Jumaat kat Mekah ? ... terus mereka cabut ... hmmmm

3. Dan banyak sekali soalan-soalan provokasi yang saya lontarkan kepada budak-budak Rufaqa.

Ada yang tak puas hati, mereka mengugut ... "Nanti kami hantar power kepada enta biar enta mati ".... Hibat. Hantar power. hehehe dari tahun 2004 hinggalah sekarang Alhamdulillah, saya masih bernyawa.

Ada yang hantar orang untuk pukul saya pun ada. Saya senyum aje.

Kemudian keluar pula rakaman video Mejar Abu Dzar ... Abuya boleh pindahkan ajal. Patutnya yang mati adalah Nizam anak Abuya. Tapi dipindahkan ajalnya kepada Walidah ..... Saya cakap kat dia orang, Nak buat business tak ? Business pindah ajal. Kat Nilai Cancer Institute tu ramai jutawan yang kena kanser tunggu masa nak mati. Buat business pindah ajal. Pindahkan ajal pesakit kanser kat ayam ke, kat kambing ke. Kemudian suruh jutawan tu bayar RM100,000.00. Boleh cepat kaya. Tak pulak dia orang nak buat. Nampak sangat auta temberangnya dia orang tu.

Abuya terima wahyu. Itulah kata2 Mej Abu Zar

Mejar Abu Dzar kata lagi .... Abuya boleh halang tugas malaikat Izrail, Abuya boleh halang malaikat Mungkar dan Nakir menyoal di alam kubur. WOW ... powerrrrr .... saya cakap kat dia orang, boleh buanglah kitab Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sebab ASWJ meyakini, malaikat ni makhluk yang HANYA tat kepada ALLAH, bukan Abuya.

Mejar Dzar kata lagi ... minda Abuya tu adalah Wahyu .... WOW ... nak jadi Rasul Melayu ke ? Nak compete dengan Kahar Klang ke ?

Dalam majlis tarbiah Mejar Abu Dzar tu, Ustaz Asaari Mohamad ada sama dan mendengar. Waktu itu Ustaz Asaari masih waras, masih sihat dan masih boleh marah orang walau mulutnya mempunyai ulcer dan sukar berbicara. Ummu Jah kalau salah translate apa yang dia cakap, Ustaz Asaari boleh marah dan bagi penampar. Tapi pelik, mengapa Ustaz Asaari tak bagi penampar kepada Mejar Abu Dzar ? Hmmm mungkin dia syok dengan statement Mej Abu Dzar yang menjadikan dirinya manusia magic.

Akibat video berkenaan, Rufaqa terus kena ambush dan diharamkan oleh pihak kerajaan.


Terfikir sekali lagi. Ke mana pergi Hashim Jaafar dan Shuib Sulaiman ? Apa komen mereka atas pendustaan yang dibuat oleh Mejar Abu Dzar sambil diredhai oleh Ustaz Asaari Mohamad ? Mengapa tak salahkan Mejar Abu Dzar dan salahkan Ustaz Asaari Mohamad yang meredhai perbuatan yang menyesatkan ini ?


Seperti biasa, syaitan ni takkan mati hinggalah hari kiamat. Maka Rufaqa ini dihidupkan semula atas nama Global Ikhwan Sdn Bhd. Penghinaan ke atas Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam diteruskan. Rasulullah dilabel sebagai simbol sex. Pendustaan atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dilakukan sewenang-wenangnya. Dihalalkan dan disuruh ahli-ahli menjatuhkan talak banyak mana pun kepada isteri-isteri. Masih boleh rujuk katanya. Hingalah Ustaz Asaari Mohamad mati pada 13 Mei 2010, ajaran sesatnya diteruskan oleh isterinya Hatijah Am atau Ummu Jah atau Puan Khaty.

Kemudian timbul pula jagoan-jagoan yang ingin membela Abuya Asaari. Mereka mendakwa, kesesatan yang berlaku adalah dibawa oleh Ummu Jah, bukan Asaari Mohamad. Mereka adalah Hashim Jaafar dan Shuib Sulaiman. Mereka menyalahkan Ummu Jah 100%. Hashim Jaafar keluar dalam youtube, menyalahkan Ummu Jah 100%. Maklumat yang diterima oleh orang yang rapat dengan Hashim Jaafar, ada beberapa isu yang menyebabkan Hashim Jaafar tak berpuas hati dengan Ummu Jah. Antara yang disebut-sebut di kalangan pengikutnya sendiri ialah, Hashim Jaafar marah kerana tidak dilantik menjadi mursyid selepas kematian Asaari Mohamad pada 13 Mei 2010. Kemudian dinyatakan Hashim Jaafar yang mempunyai kepentingan dalam AFT Powertech yang memberi rasuah kepada para pegawai Indonesia, memenangi tender projek pembekalan, lantas duit Tabung Taqwa diperlukan untuk membiayai projek tersebut. Umu Jah tak mengizinkan penggunaan tabung Taqwa. Maka mengamuklah Hashim Jaafar lalu melancarkan perang dengan Ummu Jah, janda Asaari Mohamad. Harap Hshim Jaafar boleh memberi klarifikasi atas isu ini.
 
Hashim Jaafar & Soid Sulaiman. Benarkah mereka membawa kebenaran atau satu lagi sandiwara ?

Benarkah Hashim Jaafar dan Soid Sulaiman aka Shuib Sulaiman benar-benar hendak mempertahankan Islam dan membela ARWAH Asaari Mohamad ? Hashim Jaafar dan kuncu-kuncunya menuding jari 100% menyatakan bahawa SEGALA KESESATAN yang berlaku adalah berpunca dari Umu Jah.Katanya lagi ARWAH Asaari tak terlibat dalam sebarang kesesatan WALAU sedikit pun.

Tapi mereka lupa ke :

1. 1991 siapa yang buat hadis palsu ciri-ciri pemuda Bani Tamim dan siapa yang menghalal dan meredhakannya ? Jawapannya : Asaari Mohamad

2. Mereka lupa ke 1992, Ustaz Asaari berdusta atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam sambil menolak sifat wajib bagi Rasul iaitu Siddiq, Fatanah. Kemudian menolak sifat Ilmu, kudrat dan iradat bagi ALLAH ? Jawapannya Asaari Mohamad.Semua dilakukan oleh Ustaz Asaari Mohamad, bukannya Ummu Jah.

3. Mereka lupakah, siapakah yang meredhakan statement yang dibuat oleh Mejar Abu Dzar ; Abuya boleh pindahkan ajal, Abuya boleh negotiate dengan Izrail, Abuya boleh haling tugas Mungkar dan nakir, Abuya terima wahyu ? Jawapannya, Asaari Mohamad, bukan Ummu Jah. Asaari Mohamad sendiri ada dalam majlis berkenaan.

4. Mereka lupakah, siapa yang menulis dan meredhakan tulisan mendedahkan aib serta fitnah ke atas bekas pemimpin Arqam dalam buku Nasihat Buat Mu ? Jawapannya : Asaari Mohamad.

5. Mereka lupakah, siapa yang “mengijazahkan” tongkat garu belakang dengan harga yang tinggi, kononnya tongkat tersebut boleh sucikan dosa ?Jawapannya Asaari Mohamad, bukan Ummu Jah.

6. Hashim Jaafar lupa ke, siapa yang endorse Azhar Wahab sebagai Al Mansur ? Jawapannya : Asaari Mohamad. Asaari Mohamad sendiri yang sebut ... Inilah Al Mansur yang disebut dalam hadis (merujuk kepada Azhar Wahab) ... Hashim Jaafar sendiri cium tangan Azhar Wahab sebagai tanda hormat.

Hashim Jaafar lupa ke, siapa yang suruh tulis buku Nasihat Buat Mu ? Lupa ke siapa yang suruh cetak buku amalan Aurad Muhammadiah Hijau ? Lupa ke ?

Bagi saya, ajaran berdusta atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam ini dimulakan pada tahun 1988, di era Majlis Yaqazah Arqam yang dipimpin oleh Abdul Halim Abbas. Kemudian diteruskan oleh Azura. Kemudian Ustaz Asaari Mohamad sendiri "beryaqazah". Bila Ustaz Asaari Mohamad mati, isterinya yang taat kepada suami iaitu Umm Jah telah meneruskan ajarannya.

Sifirnya mudah :

A - berdusta atas nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam

B - marah kepada A

C - marah kepada B atas alasan tak beradab

Bila A mati , D sebagai isteri menyambung ajaran A.

C - marah D dan ceritakan kesesatan ni D yang buat sedangkan kesesatan ni bermula dari A dan pernah ditegur oleh B.

Orang yang waras akan kata :

D - salah sebab teruskan ajaran sesat A

C - salah sebab HIPOKRIT, halalkan kemungkaran A tapi haramkan kemungkaran D. Padahal sama saja kedua kemungkaran tu.

A - jariah dosa mengalir kepadanya sentiasa.


Tapi ramai pemuja-pemuja berhala Asaari Mohamad ini cuba mengelak dari menjawab soalan dari sifir yang mudah ini ini. Antaranya Murad Murid, Walid Syahid dan lain-lain lagi.


Persoalannya, mengapa perjuangan Al Arqam yang lahir pada tahun 1968, mampu menzahirkan amalan hablumminallah dan hablumminannas, dengan pendidikan, dengan system kesihatan, dengan system ekonomi, dengan system penyiaran, dengan system percetakan akhirnya berkubur pada tahun 1994, jadi hantu Rufaqa tahun 1998 dan jadi hantu GISB 2006 ?


Jawapannya mudah. Kerana tidak merujuk kepada yang haq atau tersalah rujuk kepada orang yang bukan haq.


Begitulah kita. Jika kita ingin tahu hal ehwal elektronik, maka rujuklah kepada pakar elektronik, bukannya tukang gunting rambut. Ingin tahu hal ehwal kesihatan, rujuklah kepada doctor, bukannya jurutera. Hendak tahu hal ehwal hukum halal dan haram, rujuklah kepada alim ulamak, bukannya pemandu teksi. Hendak tahu hal ehwal perniagaan, rujuklah kepada orang berniaga, bukannya tukang kutip sampah. Rumah-rumah amal dan anak yatim dibuka tetapi dihuni oleh anak-anak ahli GISB yang ibu ayahnya masih hidup segar bugar tetapi malas bekerja. kerja mereka hanyalah menunggu Abuya hidup balik dan bangkit dari kubur.


Kita guna Samsung Galaxy Tab 7.7, tapi manual operasi kita rujuk kepada Apple dan guna manual operasi Iphone4. Maka tak berfungsi dan rosaklah Samsung Galaxy Tab 7.7.


Begitulah juga, kita hidup di dunia ni, adalah atas ciptaan ALLAH. ALLAH yang jadikan dunia. Allah yang jadikan alam ini. maka kita rujuklah kepada manual operation proccedure yang telah ALLAH bekalkan. ALLAH telah sediakan manual operation procedure iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Maka kita kita berpandukanlah kepada keduanya. Jangan kita guna ikut rasa hati kita atau minda Abuya.


Jadi jika para pemuja Arwah Ustaz Asaari ingin membalas jasa2nya. Terimalah hakikat kegagalan Arwah Ustaz Asaari. ALLAH jadikan Arwah Ustaz Asaari sebagai contoh manusia yang pada awalnya cantik amalan Islamnya tetapi menerima kesudahan yang buruk di akhir hayatnya.


Bagaikan Tsa'labah yang peringkat awal dianggap bagai merpati masjid. Seorang yang sangat ahli ibadah, tetapi setelah beroleh kejayaan di dunia, lupa tangungjawab ke atas agama, hingalah Tsalabah mati dalam keadaan terhina. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan Saidina Abu Bakar As Siddiq enggan menerima zakat dari Tsa'labah.


Jika benar ingin membalas jasa Arwah Ustaz Asaari, ayuh hentikan ajaran sesatnya dan halang orang dari meneruskannya. Jangan sesekali bersikap hipokrit. Apa yg baik dan selaras dengan syariat darinya kita amalkan. Yang buruk dan sesat kita hancurkan.

Kematian Asaari Mohamad sendiri menjadi perbincangan di kalangan bekas-bekas Arqam. Ada di kalangan bekas-bekas Arqam mengatakan bahawa kematian Asaari adalah disebabkan overdose Pethidine yang disuntik oleh doktor peribadinya.

Berapa caj yang perlu pertubuhan haram GISB bayar bagi setiap suntikan Pethidine yang diberi kepada Asaari Mohamad ?

Bagi setiap suntikan Pethidine kepada Asaari, caj sebanyak RM 400 dikenakan oleh doktor terbabit.

Berapakah harga 1 ampoule (suntikan ) Pethidine 100mg ? Harganya HANYA RM 2.30 satu ampoule.

Satu suntikan yang bermodalkan RM 2.30, caj yang dikenakan ialah RM 400.00. Ianya memberi untung ke atas setiap ubat sebanyak RM 397.70.

3000 suntikan yang diberi kepada Asaari, telah memberi keuntungan sebanyak : 3000 X RM 397.70 = RM 1,193,100.00.

SYABAS kepada doktor yang menyuntik Asaari dengan Pethidine. Anda sudah menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat.


Dalam video youtube Pulanglah Abuya Part 2, Ummu Jah sendiri menyebut Asaari Mohamad disuntik Pethidine overdose sebanyak 3000 suntikan. Berikut adalah link pengakuan Ummu Jah bahawa Asaari Mohamad disuntik dengan pethidine secara overdose sebanyak 3000 ampoule.

http://www.youtube.com/watch?v=vB5Jb-mjwi4

Dr Abdul Hamid yang menjadi doktor peribadi Asaari Mohamad ketika itu mengaku kepada Puan Azian Ahmad bahawa beliau menyuntik Pethidine sebanyak 3000 ampoules kepada Asaari Mohamad atas arahan Ummu Jah.
 
Selang beberapa minggu, saya rujuk perkara ini kepada Ustaz Khalil yang datang ke Penang untuk program Fardhu Ain, katanya kita tawaqquf sahaja dan jaga syariat. Sekali lagi saya membisu, memendam rasa, sambil memikirkan peluang untuk membalas perbuatan pemimpin Arqam. Sejak Majlis Yaqazah itulah, cold war antara saya dan pemimpin Arqam khususnya pemimpin Penang semakin terserlah dan dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan Al Arqam. Pernah di markaz Arqam Machang tahun 1991, di depan mejistret Zabidi Mohamed, Ibrahim Mohamad berkata kepada saya .. "Ana nak uruskan perkahwinan enta" .... dan saya jawab ... "Bukan ana tak nak kahwin, tapi ana rasa ustaz tak layak nak uruskan hidup ana" ... hehehe
__________________

yg bold red tu pun dh lama tinggalkan al-arqam
 
tps://www.facebook.com/notes/mat-taiko/arqam-rufaqa-global-ikhwan-hashim-jaafar-/10150981435855769
 
bertaubatlah kamu wahai kaum muslimin yg telah jauh tersesat
 
kalu tak silap Zabidi adalah penulis buku 'Tersungkur di pintu Syurga':D

tatau la plak....tp mmg dia penulis buku dan script writer...byk buat drama2 jugak. dok area rumah akak ni...org kg mertua kebetulannya
 
Back
Top
Log in Register