BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Area 57 - Langkah Strategik, MBOT

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
18.09.2021 - Kuala Lumpur, Pembangunan industri dron melalui Penyelidikan dan Pembangunan Area 57 (Area 57) adalah langkah strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab dron memandangkan perkembangan industri itu mampu memberikan kesan berganda kepada industri lain. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Area 57 yang dilancarkan semalam juga mampu meningkatkan permintaan tenaga kerja mahir.

"Dengan jumlah terkini pendaftaran MBOT sebanyak 44,051 dalam 23 bidang teknologi dan teknikal, pelbagai potensi boleh diteroka dan dikembangkan.

Perkembangan pesat dron telah menjangkaui pelbagai industri yang didukung oleh gabungan beberapa aspek teknologi seperti Analisis Data Raya, Kecerdasan Buatan, teknologi elektronik, teknologi kejuruteraan mekanikal, bateri, perisian komputer, kamera infra-merah dan modul GPS," menurut kenyataan itu. Oleh itu, MBOT menggalakkan semua pihak termasuk pemain industri, institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan latihan semula supaya bakat sedia ada sentiasa relevan dan kompetitif dengan keperluan industri.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba ketika melancarkan Area 57 berkata ia adalah sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan bakat yang dibangunkan Taman Teknologi Malaysia (TPM). Ia bertujuan memajukan perkembangan industri berfokus inovasi pesawat tanpa pemandu (UAV) dan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) dengan penyediaan tujuh nilai cadangan iaitu menyelidik, membangun, menguji, memperakui mengilang, mengkomersialkan dan menyelenggara penyelesaian dan teknologi dron.

Sementara itu, menurut MBOT berdasarkan laporan yang dikeluarkan Drone Industry Insights pada 2020, saiz pasaran dron akan meningkat setiap tahun menjelang 2025 dan Asia akan mempunyai saiz pasaran dron yang paling tinggi di dunia. Kenyataan itu memaklumkan Malaysia berada di tempat ketiga dunia selepas Amerika dan Jepun dalam kalangan penyedia perkhidmatan dron pada 2019.

"Kedudukan di peringkat global ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar mempunyai penyedia perkhidmatan dron yang hebat, bahkan juga mempunyai teknologi dron yang bertaraf dunia," menurut MBOT.​

1631943458730.png
 
Area 57 Sokong Perkembangan Industri Dron Negara

18.09.2021 - Kuala Lumpur, Penubuhan pusat kecemerlangan 'Area 57' berupaya menyokong perkembangan industri dron selain mampu meningkatkan tenaga kerja mahir dalam sektor teknologi dan teknikal. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) berkata, usaha dan fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi berkaitan membangunkan industri dron adalah satu langkah strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai hub dron.

"Sebagai badan profesional yang mengiktiraf profesion Ahli Teknologi dan Juruteknik, MBOT menyambut baik penubuhan 'Area 57' dalam usaha menyokong perkembangan industri dron. Ini kerana perkembangan industri dron mampu memberikan kesan berganda kepada industri lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba menyempurnakan prapelancaran penyelidikan dan pembangunan Area 57 di Taman Teknologi Malaysia (TPM). Dr Adham dilaporkan berkata, penubuhan pusat kecemerlangan 'Area 57' di TPM berkeluasan dua hektar amat bersesuaian untuk menjadi pemangkin teknologi dan penggunaan dron di Malaysia.

MBOT berkata, perkembangan pesat dron menjangkaui pelbagai industri yang didukung gabungan beberapa aspek teknologi seperti Analisis Data Raya (BDA), Kecerdasan Buatan (AI), teknologi elektronik, teknologi kejuruteraan mekanikal, bateri, perisian komputer, kamera infra-merah dan modul GPS. Katanya, berdasarkan laporan dikeluarkan Drone Industry Insights pada tahun 2020, saiz pasaran dron akan meningkat setiap tahun menjelang tahun 2025 dan Asia akan mempunyai saiz pasaran dron paling tinggi di dunia.

"Di peringkat dunia, pada tahun 2019, Malaysia berada di tempat ketiga selepas Amerika Syarikat dan Jepun dalam kalangan penyedia perkhidmatan dron. Kedudukan di peringkat global ini membuktikan Malaysia bukan sekadar mempunyai penyedia perkhidmatan dron yang hebat, bahkan juga mempunyai teknologi dron bertaraf dunia," katanya.

Justeru katanya, MBOT menggalakkan semua pihak termasuk pemain industri, institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan meningkatkan kemahiran serta mendapatkan latihan semula supaya bakat yang ada akan sentiasa relevan serta kompetitif dengan keperluan industri.​

1631943597951.png
 
Membawa Inovasi Anda ke Ketinggian Baru
1631943703253.png

Area 57 menyediakan infrastruktur dan kemudahan bersepadu untuk inovator, pemaju dan pengeluar UAS. Dapatkan sokongan dalam setiap langkah siklus pengembangan drone dari peringkat reka bentuk, ujian hingga servis dan penyelenggaraan semua di bawah satu bumbung.

Prasarana dan Kemudahan;​
  • Hangar UAV / Drone​
  • UAV / Drone Runaway​
  • Kawasan Terbang Bersih​
  • Laman Mockup Ujian Drone​
  • Makmal dan Peralatan Reka Bentuk dan Simulasi​
  • Peralatan Pembuatan Pembangunan Prototaip​
  • Bengkel Perkhidmatan dan Penyelenggaraan​
  • Bilik Latihan dan Makmal Praktikal​
  • Kemudahan Ujian dan Persijilan dan Makmal Drone Living​
  • Rumah kelab​
  • Pejabat​
 
Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron

Pada 17 September lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan majlis pra-pelancaran Pusat Kecemerlangan Area 57 di Technology Park Malaysia. Sempena pra-pelancaran itu, satu demontrasi dron telah diadakan. Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan pusat sehenti yang pertama untuk inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV dan UAS) di wilayah tengah Malaysia.

Di kawasan seluas 5 ekar itu, Area 57 juga menyediakan infrastruktur bersepadu bagi perkhidmatan penyelidikan, pembangunan, pengujian, pensijilan, pembuatan, pengkomersialan serta penyelenggaraan penyelesaian dan teknologi berkaitan dron untuk memanfaatkan komuniti pengguna dan pengeluar dron.

Pusat sehenti dron ini dilengkapi dengan landasan dron sepanjang 100 meter, kawasan jaring dron berkeluasan yang 300 meter persegi, tapak mock up pengujian dron, hangar, makmal, peralatan pembuatan, fasiliti latihan dan kawasan pengujian prototaip, pejabat operasi serta bengkel perkhidmatan dan penyelenggaraan dron untuk kegunaan pengendali dron.

Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan salah satu tambahan di bawah penyeliaan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang mempunyai tiga lapangan ujian atau test site lain di FELDA Mempaga Pahang, Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ Iskandar) dan dron penghantaran urban di Cyberjaya.​


Sumber asal https://www.facebook.com/officialmosti
 
Back
Top
Log in Register