BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

arah kiblat yg betul

aku baru pindah ke puchong, camner nk tentukan arah kiblat yg betul? saper² ader tips tak?

thanks

Kaedah yang paling tepat tanpa kompas tanpa pi masjid tanpa guna matahari:
Samada anda di darat mahupun di laut mahupun di atas gunung2...

-jgn guna kompas sebab kompas ada 2 jenis (1 ikut graviti 1 ikut utara condongan orbit, boleh jadi kita salah pilih kompas)
-jangan gunakan arah masjid bulat2 kerana bila kita sampai rumah, gangguan imaginasi kita menyebabkan arah kiblat lari juga.
- jangan bulat2 gunakan arah matahari terbenam, kaedah inilah yang paling salah kerana kedudukan matahari terbenam sentiasa berubah setiap 3 bulan akibat orbit bumi yang condong kerana itulah berlaku nya 4 musim di utara bumi.

Kaedah paling tepat:
- cari waktu malam yang cerah tanpa gangguan awan
- cari bintang 3 biji
- bintang ini akan mempunyai garisan lurus sekiranya kita gariskan ketiga2nya melalui tangan atau pembaris
- akhir sekali , halakan garisan itu terus ke horizon, lazimnya ia akan mengarah ke kedudukan kaabah yang paling tepat iaitu arah barat

Perbandingan:
-dengan kedudukan yang sama melalui garisan bintang tadi,
-sila bandingkan dengan kedudukan matahari terbenam pula
-aku jamin kedudukannya lari dan mustahil sama...

Pembuktian:
-boleh ambik kompas jakim dan bandingkan
-akhirnya garisan kedudukan kiblat atas bantuan garis 3 biji bintang itulah yang paling tepat sekali...

Semua ahli astronomi kenal ini bintang...
Dan seharusnya, umat islam sejak muda2 patut tahu apa fungsi bintang ini:

Tanpa bintang ini,
ahli pelayaran pasti sesat di lautan apabila kompas mereka rosak.
Sekiranya sistem GPS dan kompas gagal,
hanya bintang ini lah menjadi asas panduan pelayaran...
Banyakkan mengkaji

Sekian.
Wassalam.
 
yezzza..... so belasah je lah kan... tapi kan, kalau salah kiblat, camne ek? solat tu batal ke?

Insya Allah solat tu diterima Allah asalkan kita ikhlas...
Kaabah hanya sebagai arah panduan dan kesatuan...

Allah yang tentukan ibadat kita...
 
masa aku naik kapal dulu...mule kite ikut kompas la. Tapi bila kapal berpusing ke, tetapkan la semayang, jgn plak nak alih kiblat. Teruskan semayang dan semayang tu diterima.
 
Perhatikan arah matahari terbenam... Arah kiblat (Kaabah) adalah condong kekanan 95 - 100 darjah.

Tanya org dan pergi surau kat kawasan tempat tinggal anda
Pastu esoknya beli kompas arah kiblat utk confirm.

Allahualam

Matahari selalu berubah position. dari hujung ke hujung perubahan derajah adalah
23.5~ kurangkan (-23.5~) hasil dia = 47 derajah.
susah gak ikut matahari tu.

ape apelah
dimana pun mata memandang. Allah ade kat ctu.
Tu pun kalau ko tau dan ade ilmu.
 
Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat ?

* Kaedah (1)

Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (2)

Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (3)

Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

* Kaedah (4)

Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

Sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/arah.html
 
susahnye nak belajar kaedah tgk bintang tu, baik gi cari kompas terus..
 
yezzza..... so belasah je lah kan... tapi kan, kalau salah kiblat, camne ek? solat tu batal ke?

haha... aku pernah sembahyang kat hentian Kulai, masuk je tempat sembahyang nampak sejadah sudah terbentang, terus aku sembahyang.

lepas sembahyang baru perasan rupanya sejadah tu, makmum yang punya, jadi dia letak mengiring, kiblat sebelah kiri aku rupanya.

kena sembahyang lagi la
 
boleh la tengok bintang,
memang boleh cari bintang yang selari kedudukannya... baik cuba, sebab aku dah cuba malam tadi dan memang tepat ke kiblat
 
Back
Top
Log in Register