BTC USD 83,385.7 Gold USD 4,196.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arah kiblat yg betul...

eilynda

Fun Poster
Messages
358
Joined
Dec 7, 2009
Messages
358
Reaction score
36
Points
20
salam semua...
saya ada kemusykilan sikit dlm menentukan arah kiblat. da tanya beberapa kawan, dan jawapan berbeza2...

sebenarnya mcm mana kita nak pastikan arah kiblat kita tu betul ke tak? yg seingat saya, arah kiblat mengikut pada arahnya terbit matahari dan tenggelamnya. tp ada org plak kata org tu, dia kata, arah kiblat adalah lebih sikit dlm 20 degree ke kanan arah terbenamnya matahari. member lain plak kata ikot pada kompas.

kalau mcm rumah saya, matahari terbit dan terbenam adalah serong lebih kurang 20 degree ke kiri (dari arah tegak. so kalau ikot cara yg 1st tu, meaning saya nyer kiblat arah tegak la kan? selama ni saya guna arah terbit-terbenam matahari jek. kalau ikot kompas plak, arah dia mcm asik ubah2 la....kekadang sampai 90 degree ke kiri dr arah tegak. harap2 la u all paham ayat saya ni...tak le nak lukis plak dlm forum ni...

sesapa yg pakar, harap dpt membantu saya. risau la kita dok solat selama ni tp kiblatnyer tak betul....tq..
 
aku guna google earth je tembak location makkah dr rumah.. tu pun sebab mmg clear nampak rumah aku dlm google earth tu...
 
ambil kompas 295 darjah dari utara...........itu jerk tepat.....

dalam istilah lain antara barat dan utara .......
 
rujuk e-solat... kat situ ada cara-cara nak kira arah kiblat..
 
Tak boleh berpandukan matahari terbenam sebab garisan pusingan matahari berbeza2 macam sekarang ke selatan sikit. Kecuali bila keadaan tertentu bila matahari berada tepat diatas kaabah.

Kalau dah biasa guna Google earth atau Wikimapia, ko boleh tentukan arah qiblat dengan mudah guna ini [URL="http://www.qiblalocator.com/"]http://www.qiblalocator.com/[/URL] klik je, tapi tukar view kepada "hybrid" lebih mudah..

Ko boleh check balik ketepatan arah sekarang di semua tempat termasuk masjid2... harap membantu...
 
Last edited:
org ckp try tgk arah pemancar parabola astro kat rumah. mostly sama kearah kiblat. aku try usha2 kebanyakan rumah n tempat rasa cam betul gak mengadap ke kiblat. wallahualam
 
Kalau guna http://www.qiblalocator.com/ yg aku bagi tu, lebih mudah tukar view kepada "hybrid" & boleh zoom tengok rumah sendiri samada arah qiblat betul atau tidak.... Ko pergi kat gurun ke portugal ke, masih boleh guna untuk dapatkan arah qiblat...
 
Last edited:
huwaou.......tengkiu kawan2.....saya akan cuba kaedah2 yg di berikan...ekcely tak penah try pon guna google n wikipidia...hanya byk bertanya pada org2 jek...tu yg dpt jawapan berbeza2. tp takpa...nak try guna kaedah hybrid tu...
 
berpandukan terbenam matahari hanya betul 2 kali dalam setahun .... so x sesuai berpandukan nya ...


http://www.qiblalocator.com/ yg ni bole dikirakan tepat la ...

Arah Kiblat Berpandukan Kaedah Terbenam Matahari Salah - ILIM

KOTA BAHARU, 8 Okt (Bernama) -- Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, Khamis.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK); Jabatan Mufti Kelantan (JMK); Jabatan Agama Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK); dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

"Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

"Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya.

klu korang duk opis konfius arah .. leh pangil org jakim suruh dtg cek ... FREE jer
 
Back
Top
Log in Register