black_world
Junior Member
- Messages
- 99
- Joined
- Jul 3, 2009
- Messages
- 99
- Reaction score
- 1
- Points
- 11
ALOR SETAR: Pejabat Tanah dan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah diarah menjalankan kajian ke atas logam berkilau ditemui yang didakwa penduduk sebagai emas sejak Rabu lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri akan mengarahkan PTG menutup kawasan kuari di Kampung Jelutung, dekat Pendang, jika pihak berkuasa mengesahkan logam kuning berkilauan yang ditemui penduduk di situ adalah emas.
Katanya, bahagian teknikal jabatan itu akan menentukan terlebih dulu sama ada logam berkenaan adalah emas atau bahan lain yang menyerupai emas dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri mengenai langkah yang perlu diambil.
“Jika ia mengandungi emas, PTG akan mengawal kawasan itu supaya logam berkenaan tidak boleh dilombong sesuka hati kerana ia hasil kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Mineral.
“Kerajaan juga tidak mahu kegiatan mencari emas itu berleluasa sehingga tidak terkawal seperti apa yang terjadi di Lubuk Mandi, Terengganu, kerana ia akan mengancam keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Terdahulu, beliau mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menyampaikan tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, di sini.
Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam mengenai Kampung Jelutung, Pendang yang gempar apabila beratus-ratus penduduk sekitar menyerbu sebuah tapak kuari seluas satu hektar di kampung itu berikutan penemuan sejenis logam dipercayai emas sejak Rabu lalu.
Penduduk, Yaakub Yunus, 68, dilaporkan berkata, selepas mendapatkan pengesahan di sebuah kedai emas di Tanah Merah, di sini, logam yang ditemui pada batu di situ adalah emas, dia terus ke tapak kuari itu untuk mendapatkan batu terbabit.
Berikutan itu, penduduk menggunakan pelbagai peralatan, termasuk pemahat dan penukul, untuk memecahkan batu yang mengandungi emas di situ.
Azizan berkata, setakat ini kerajaan belum dapat memastikan sama ada kawasan sekitar tapak kuari itu mengandungi deposit emas yang boleh dikomersialkan.
Katanya, jika logam itu disahkan emas dan ia mempunyai deposit tinggi serta boleh dilombong secara komersial, kerajaan negeri bersedia memanfaatkan sumber galian itu supaya memberi hasil kepada negeri ini.