BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SFA kaji sumbangan makanan selepas tarikh ‘baik sebelum’

adi19

Fun Poster
Messages
780
Joined
Oct 30, 2013
Messages
780
Reaction score
3
Points
25

SFA kaji sumbangan makanan selepas tarikh ‘baik sebelum’​

istock_food_donations.jpg

Label 'baik sebelum' pada sebungkus roti. (Gambar fail: iStock)

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang mengkaji tahap keselamatan bagi membolehkan makanan yang sudah melepasi tarikh “baik sebelum” didermakan, kata Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan dan Sekitaran Goh Hanyan pada Rabu (9 Sep).

Langkah itu boleh membantu mengurangkan pembaziran makanan dengan membolehkan lebih banyak makanan yang masih boleh dimakan diagihkan semula, berbanding dibuang.

IKLAN

Cik Goh berkata demikian di Parlimen pada Rabu (9 Sep), semasa perbahasan usul yang dikemukakan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kemampanan dan Sekitaran.

Usul itu, yang menggesa pemerintah "memperkukuh daya tahan makanan dan menyokong usaha mengurangkan pembaziran makanan menerusi kerjasama seluruh masyarakat", diluluskan tanpa pindaan selepas lebih empat jam perbahasan.

TARIKH BERASASKAN MUTU BUKAN TARIKH LUPUT

Cik Goh berkata label tarikh berasaskan mutu seperti “baik sebelum” dan “baik digunakan sebelum” berbeza daripada tarikh berasaskan keselamatan seperti tarikh luput.

Pengeluar makanan menggunakan pelbagai jenis label tarikh pada pembungkusan produk masing-masing.

Menurut beliau, ketika ini tiada garis panduan antarabangsa mengenai tempoh makanan kekal selamat untuk dimakan selepas melepasi tarikh tersebut.

IKLAN

Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) menyatakan SFA sudah mempergiat libat urus dengan perniagaan tahun ini untuk memahami amalan pelabelan tarikh dengan lebih baik.

SFA sedang memuktamadkan semakannya dan butiran lanjut akan diumumkan pada 2027.

KURANGKAN PEMBAZIRAN MAKANAN

Singapura menjana sekitar 790,000 tan sisa makanan pada 2025, iaitu kira-kira 11 peratus daripada jumlah sisa yang dijana di negara ini.

Pengerusi GPC bagi Kemampanan dan Sekitaran Poh Li San berkata jumlah itu bersamaan kira-kira 128 kilogram sisa makanan bagi setiap orang.

IKLAN

Beliau menggesa "dasar import makanan yang lebih terselaras serta ekosistem pengagihan semula makanan yang lebih kukuh".

Cik Poh turut mencadangkan agar data import makanan dan sisa makanan daripada pelbagai agensi dihubungkan bagi meningkatkan pemantauan serta pemahaman mengenai jumlah makanan yang dibawa masuk ke Singapura.

Antara cadangan lain yang dibangkitkan para Anggota Parlimen (AP) ialah menyediakan lebih banyak sokongan kewangan dan logistik kepada kumpulan penyelamat makanan, termasuk ruang penyimpanan serta pengangkutan sejuk beku.

Cik Goh berkata pemerintah akan mengambil kira saranan itu dalam semakan berterusan Pelan Induk Tanpa Sisa Singapura.

Beliau menambah bahawa pendekatan pemerintah mengutamakan pencegahan pembaziran makanan, diikuti usaha mengekalkan makanan yang masih boleh dimakan dalam sistem, sebelum mendapatkan semula nilai daripada sisa makanan yang tidak dapat dielakkan.

IKLAN

KUKUHKAN PENGELUARAN MAKANAN TEMPATAN

Selain pengagihan semula makanan, beberapa AP turut menggesa lebih banyak sokongan bagi pengeluaran makanan tempatan dan pengukuhan rantaian bekalan.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pemerintah sudah menyemak semula sasaran pengeluaran tempatan untuk membina keupayaan membekalkan 20 peratus penggunaan serat makanan tempatan dan 30 peratus penggunaan protein tempatan menjelang 2035.

Beliau berkata pengeluaran makanan tempatan merupakan satu daripada empat teras utama di bawah strategi 'Singapore Food Story 2' bagi memperkukuh daya tahan makanan.

Sejak 2019, lebih S$240 juta sudah diperuntukkan bagi menyokong pengeluaran tempatan.

IKLAN

 
Back
Top
Log in Register