BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi mula berpuasa hari ini

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

RIYADH 17 Jun - Sebahagian besar umat Islam akan memulakan ibadah berpuasa esok dengan Arab Saudi turut mengumumkan akan mula berpuasa esok.

Mahkamah Diraja Arab Saudi, hari ini mengumumkan bahawa disebabkan anak bulan tidak kelihatan semalam, maka ibadah puasa akan bermula esok.

Pihak berkuasa juga diminta untuk melihat anak bulan menggunakan mata kasar atau teleskop dan sejurus itu terus memaklumkan kepada pegawai jika dapat melihatnya.

Sementara itu, beberapa negara Teluk, termasuk Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan kerajaan Yemen dalam buangan di Arab Saudi, juga memaklumkan bahawa ibadah berpuasa akan bermula esok di negara mereka.

Di Amman pula, pihak berkuasa agama Jordan memaklumkan puasa bulan Ramadan akan bermula esok.

Di Asia Tenggara pula, Malaysia, Indonesia dan Singapura turut mengumumkan akan mula berpuasa esok.

Lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia akan menahan diri daripada makan, minum dan tidak boleh bersetubuh dari subuh sehingga tenggelam matahari dan harus menghindari diri daripada melakukan perbuatan dan berfikiran jahat.

Umat Islam berdepan beberapa cabaran sempena bulan Ramadan ini termasuk penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Korea Selatan, gempa bumi di Ranau, Sabah dan letusan gunung berapi di Sinabung Indonesia, selain cuaca panas melampau di India dan beberapa negara lain termasuk Arab Saudi serta kejadian banjir dan tanah runtuh.
 
Back
Top
Log in Register