BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aquaponic, dan apa hebatnya sistem ini dalam ternakan Air.

CRZ

Active Member
Messages
2,455
Joined
Jun 19, 2012
Messages
2,455
Reaction score
23
Points
25
Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi dan ingin bertanya pendapat.


Saya bersama rakan saya sedang berusaha untuk mengembangkan perniagaan kami yang mana berunsurkan Ternakan Air dan Tanaman. Actually, sebelum ini saya pernah buat system Tanaman fertigasi selama hamper 7 bulan tetapi gagal akibat masalah Kemarau yang panjang. Menyebabkan keseluruhan tanaman Mati kekeringan.

Maka selepas itu, saya beralih kepada system Aquaponic dan masih menggunakan system secara kecil kecilan dengan permulaan menternak Lobster induk sebanyak 40 ekor dan Baby lobster sebanyak 500 ekor.

Kos permulaan yang saya keluarkan adalah sekitar RM1800 hingga RM2500 bagi menyiakan system Aquaponic Milik saya dan rakan di rumah beliau.

Alhamdulillah, percubaan pertama Nampak berhasil dengan Kadar kehidupan tinggi dan jumlah kematian tidak lah besar sekitar 25% ke 30% dalam tempoh 2 bulan. Ini kerana kematian semula jadi akibat udang menyalin kulit. Bagi Tanaman pula, ia tumbuh dengan baik dan tidak mengalami komplikasi yang boleh mencacatkan pertumbuhan.


Buat masa ini, saya mengambil upah menyiapkan tempahan bagi permintaan sahabat2 dan pada masa sama saya mengesyorkan pada mereka menternak udang pada skala besar iaitu permulaan pada 300 ke 500 ekor baby lobster.

Ini kerana harga benih sekitar RM1.50 hingga RM2.00 bagi saiz 2 inci dan apabila mencecah sai 3 inci, boleh mencecah harga RM4.00 seekor.

Sekarang ini, saya dan rakan sedang berusaha untuk mengumpulkan wang hasil jualan tempahan yang di terima bagi membesarkan system ternakan Aquaponic kami yang akan di bina di Tanah saya di Negeri Sembilan.

SIstem tersebut di bina berasaskan POND LINER kerana material yang boleh di dapati tersebut amatlah murah berbanding menggunakan Tangki Fiber. Ia juga boleh di bina pada kadar lebar 6 x 12 x 2....

Saya menganggarkan jumlah baby lobster yang akan di lepaskan ke dalam system Aquaponic itu nanti pada jumlah 5000 ekor yang mana harga seekor benih lingkungan RM0.45 seekor.. Dan melalui pembesaran benih ini kita akan memilih Induk yang sesuai pada saiz mencecah 4 inci bagi pembiakan lobster air tawar.





Di bawah ini adalah salah satu contoh prototype system Aquaponic Lobster yang rakan saya design untuk saya. Saiz ini cukup untuk memuatkan 20 ekor lobster dewasa di bahagian tangki bawah, dan 50 ekor baby lobster di bahagian tangki atas. Juga terdapat beberapa buah pot bagi tanaman yang sesuai dengannya yang mana siraman di kawal oleh system Timer bersekala..

Sistem ini juga masih di uji dengan melepaskan 200 ekor benih udang galah dan masih mengharapkan keputusan Positif dari hasilnya nanti......


https://www.youtube.com/watch?v=efuC70CJUKY

Sistem pertama yang kami bina berasaskan NFT system..

IMG-20150422-WA0025%5B1%5D.jpg



IMG-20150426-WA0015.jpg



Jenis udang yang kami ternak di dalam system Aquaponic...

IMG-20150408-WA0027%5B1%5D.jpg





Persoalan :


1. Bagaimana untuk saya dapatkan Geran Kerajaan bagi membiayaai project saya ini? Kerana saya bercadang akan membahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

I- Ternakan Lobster 5000 ekor
ii- Ternakan Udang Galah 30,000 ekor.


2. Badan yang boleh memberikan khidmat nasihat dari segi penjagaan udang galah dan pemakanan?

3. Badan yang boleh membantu dalam urusan mengkomersialkan product saya nanti.
 
Last edited:
Next Project.... Start 22 Jun 2016

Penanaman STEVIA Secara Aquaponic.



picture-stevia-leaf.jpg



Apa itu Stevia?

Kalau anda ingin tahu, Daun Stevia ini sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi. Namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19 selepas pengkaji dan penyelidik Brazil mengetahui bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? memang manis Stevia ni..



Apa itu Ekstrak Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. Stevia adalah berasal dari keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea. Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.


Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan daripada ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu. Walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi ia tidak mengandungi kalori (zero calorie). Ia tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak, dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia ( Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA. Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi ia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia ini selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. Rujuk Khasiat Stevia.


SUmber : http://www.steviamalaysia.com/apa-itu-stevia/


PERHATIAN!!!

Sesiapa yang berminat nat tempeh pokok stevia, boleh book order dari saya. 1 Pokok ketinggian 6cm RM4.50 berserta Pasu bagi minimum Order 50 pokok... Proses penyemaian akan di jalankan tidak lama lagi.

Proses Penanaman dan pembenihan secara Aquaponic akan di UPDATE setiap masa. :)cgrock
 
Last edited:
Reserve... For future Material sharing
 
Terbaik bro...tumpang sekaki bace info yang ade..nak start xde modal..sape ade info ..share la ye
 
Semoga berjaya!!! yg penting istiqomah.
 
Melalui ternakan secara Aquaponic juga, kita boleh menjimatkan ruang dan masa. Pada sekala seperti ini, kita boleh mewujudkan ruang ternak secara angkasa@bertingkat.. ini bagi.membolehkan lebih banyak ternakan di lepaskan di dalam tangki yang di tempatkan.

Melalui pengeluaran udang secara Aquaponic, kita boleh mewujudkan pasaran kita sendiri tanpa perlu bergantung pada mana mana badan yang boleh mempromosikan pengeluaran kita.

CONTOHNYA :

1. Char kuey Teow udang Lobster/galah...
2. Mee udang Lobster/galah...
3. Mee goreng udang lobster/galah...
4. Lobster/galah goreng tepung...
5. Lobster goreng special..

Dan banyak lagi termasuklah pes bagi perisa udang untuk masak tomyam.


Dengan cara ini juga dapat mengurangkan pergantungan pada pasaran semasa yang mana kita bolehenggunakan bahan kita sendiri yang jauh lebih murah dan menguntungkan.
 
Melalui ternakan secara Aquaponic juga, kita boleh menjimatkan ruang dan masa. Pada sekala seperti ini, kita boleh mewujudkan ruang ternak secara angkasa@bertingkat.. ini bagi.membolehkan lebih banyak ternakan di lepaskan di dalam tangki yang di tempatkan.

Melalui pengeluaran udang secara Aquaponic, kita boleh mewujudkan pasaran kita sendiri tanpa perlu bergantung pada mana mana badan yang boleh mempromosikan pengeluaran kita.

CONTOHNYA :

1. Char kuey Teow udang Lobster/galah...
2. Mee udang Lobster/galah...
3. Mee goreng udang lobster/galah...
4. Lobster/galah goreng tepung...
5. Lobster goreng special..

Dan banyak lagi termasuklah pes bagi perisa udang untuk masak tomyam.


Dengan cara ini juga dapat mengurangkan pergantungan pada pasaran semasa yang mana kita bolehenggunakan bahan kita sendiri yang jauh lebih murah dan menguntungkan.

menarik ni TT...smoga berjaya...

dah check dgn moa?...if xsilap diorg ade provide khidmat nasihat dll..bantuan xsure..mungkin ada..

btw n9 kat area mane TT?..boleh site visit ni..xopen jv ke? :cool:
 
Back
Top
Log in Register