Assalamualaikum.
Sekadar berkongsi dan ingin bertanya pendapat.
Saya bersama rakan saya sedang berusaha untuk mengembangkan perniagaan kami yang mana berunsurkan Ternakan Air dan Tanaman. Actually, sebelum ini saya pernah buat system Tanaman fertigasi selama hamper 7 bulan tetapi gagal akibat masalah Kemarau yang panjang. Menyebabkan keseluruhan tanaman Mati kekeringan.
Maka selepas itu, saya beralih kepada system Aquaponic dan masih menggunakan system secara kecil kecilan dengan permulaan menternak Lobster induk sebanyak 40 ekor dan Baby lobster sebanyak 500 ekor.
Kos permulaan yang saya keluarkan adalah sekitar RM1800 hingga RM2500 bagi menyiakan system Aquaponic Milik saya dan rakan di rumah beliau.
Alhamdulillah, percubaan pertama Nampak berhasil dengan Kadar kehidupan tinggi dan jumlah kematian tidak lah besar sekitar 25% ke 30% dalam tempoh 2 bulan. Ini kerana kematian semula jadi akibat udang menyalin kulit. Bagi Tanaman pula, ia tumbuh dengan baik dan tidak mengalami komplikasi yang boleh mencacatkan pertumbuhan.
Buat masa ini, saya mengambil upah menyiapkan tempahan bagi permintaan sahabat2 dan pada masa sama saya mengesyorkan pada mereka menternak udang pada skala besar iaitu permulaan pada 300 ke 500 ekor baby lobster.
Ini kerana harga benih sekitar RM1.50 hingga RM2.00 bagi saiz 2 inci dan apabila mencecah sai 3 inci, boleh mencecah harga RM4.00 seekor.
Sekarang ini, saya dan rakan sedang berusaha untuk mengumpulkan wang hasil jualan tempahan yang di terima bagi membesarkan system ternakan Aquaponic kami yang akan di bina di Tanah saya di Negeri Sembilan.
SIstem tersebut di bina berasaskan POND LINER kerana material yang boleh di dapati tersebut amatlah murah berbanding menggunakan Tangki Fiber. Ia juga boleh di bina pada kadar lebar 6 x 12 x 2....
Saya menganggarkan jumlah baby lobster yang akan di lepaskan ke dalam system Aquaponic itu nanti pada jumlah 5000 ekor yang mana harga seekor benih lingkungan RM0.45 seekor.. Dan melalui pembesaran benih ini kita akan memilih Induk yang sesuai pada saiz mencecah 4 inci bagi pembiakan lobster air tawar.
Di bawah ini adalah salah satu contoh prototype system Aquaponic Lobster yang rakan saya design untuk saya. Saiz ini cukup untuk memuatkan 20 ekor lobster dewasa di bahagian tangki bawah, dan 50 ekor baby lobster di bahagian tangki atas. Juga terdapat beberapa buah pot bagi tanaman yang sesuai dengannya yang mana siraman di kawal oleh system Timer bersekala..
Sistem ini juga masih di uji dengan melepaskan 200 ekor benih udang galah dan masih mengharapkan keputusan Positif dari hasilnya nanti......
https://www.youtube.com/watch?v=efuC70CJUKY
Sistem pertama yang kami bina berasaskan NFT system..
Jenis udang yang kami ternak di dalam system Aquaponic...
Persoalan :
1. Bagaimana untuk saya dapatkan Geran Kerajaan bagi membiayaai project saya ini? Kerana saya bercadang akan membahagikan kepada 2 bahagian iaitu :
I- Ternakan Lobster 5000 ekor
ii- Ternakan Udang Galah 30,000 ekor.
2. Badan yang boleh memberikan khidmat nasihat dari segi penjagaan udang galah dan pemakanan?
3. Badan yang boleh membantu dalam urusan mengkomersialkan product saya nanti.