BTC USD 83,324.8 Gold USD 4,127.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple keluar iPhone 4 lebih murah

faiz85

Active Member
Messages
1,039
Joined
Jun 1, 2011
Messages
1,039
Reaction score
17
Points
25
PEMBEKAL Apple Inc bagi pasaran Asia akan mula mengeluarkan versi yang jauh lebih murah bagi telefon pintar terlaris, iPhone 4 dengan menggunakan pemacu 8.0 gigabait (GB) lebih kecil, demikian menurut dua individu yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara itu.

Pemacu bagi iPhone 4 dengan kapasiti 8.0 GB kini dikeluarkan oleh sebuah syarikat Korea, katanya semalam tanpa menamakan syarikat berkenaan.
Apple kini menyumberkan pemacu bagi telefon pintar itu kepada syarikat Jepun, Toshiba dan firma Korea, Samsung Electronics. Sumber itu enggan dikenali kerana maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Apple, yang mahukan tahap kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi daripada pembekal serta pekerjanya enggan memberi komen. Samsung turut enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Telefon pintar iPhone sedia ada dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan versi 16 GB dan 32 BG, manakala versi berwarna putih diperkenalkan April lalu.

Versi 8.0 GB dijangka dilancarkan beberapa minggu lagi, kata sumber itu.

“Apple mahu meningkatkan kehadirannya di segmen pasaran sedang muncul yang mana pengguna mahu beralih kepada telefon pintar daripada telefon berciri tinggi yang biasanya berharga antara AS$150 hingga AS$200,” kata penganalisis Yuanta Securities, Bonnie Chang. – REUTERS
 
heheh..aku yg pakai 16 gb ni pon rasa xcukop..mb 64gb kot pasni haha..games n app syiok2 unlimited free
 
tula..mcm xcukup je..kalo bley tambah external memory kan bgus..
 
hahaha... appel pakai chipset samsung... mane nak komen lebih
 
Back
Top
Log in Register