BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Rampas 1,700 Peket Minyak Masak Bersubsidi Di Sandakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

APMM Rampas 1,700 Peket Minyak Masak Bersubsidi Di Sandakan​

4193acff06421f8ad328ed80f06467a26a40e30fd1c1b

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di perairan jeti nelayan Kampung Combo di sini semalam dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata rampasan pada 3 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

"Sepasukan anggota yang melaksanakan operasi rutin diatur gerak ke lokasi dan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, individu yang berada di perahu terbabit bertindak terjun ke laut serta meloloskan diri ke kawasan bakau berhampiran.

"Pemeriksaan dalam perahu menemukan 100 bungkusan plastik hitam berisi peket minyak masak bersubsidi. Beberapa bungkusan sama turut dijumpai terapung di permukaan laut dipercayai dibuang oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan manakala perahu bersama kira-kira 1,700 peket minyak disyaki disimpan tanpa kebenaran sah itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

 
Back
Top
Log in Register