BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
63d781d3776f8ddaa11e5f69c7d6dddb69fa20adac00c

Kredit: Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan kemasukan 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia, termasuk seorang tekong di perairan Port Dickson awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata tangkapan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 3.40 pagi itu, bot APMM yang sedang melaksanakan rondaan rutin telah memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika barat daya Pantai Cahaya Negeri.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun berada di atas bot berkenaan tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah bagi memasuki negara ini.

"Pemeriksaan rapi ke atas bot tersebut turut menemukan sepucuk pistol jenama Colt yang dileraikan bersama lima butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua individu terlibat dan rampasan dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, serta Akta Senjata Api 1971.

 
Back
Top
Log in Register