Salam,
Mungkin link ni boleh memberi manfaat berkaitan sebutan dan panggilan nama yg berlainan utk Isa ->
http://en.wikipedia.org/wiki/Jesus
X salah kalau setiap bangsa dan negara mempunyai panggilan berbeza. Ada rakan sy yg berbangsa Cina yg memanggil Kelantan sebagai "Kelantan", dan ada juga yg memanggilnya sebagai "Chi Lan Tan". Adakah ini bermakna mereka merujuk kpd 2 tempat yg berbeza?
Satu lagi, sy rasa x perlulah menulis di thread ini mengenai isteri anda ketawa apabila membaca bible kerana mungkin geli hati membaca kandungannya. Cuba fikir perasaan penganut Kristian apabila kita mentertawakan kitab yg dianggap suci kpd mereka? Bagaimana pula kalau mereka menulis dalam forum mereka dan mengatakan tertawa geli hati apabila membaca Quran kerana menurut pandangan mereka kandungan Quran itu mengarut?