bro..aku bekas kristian..aku tahu la..seorang pengikut munafik Nabis Isa tuh bernama yudas..tetapi dikalangan pemuka2 yahudi munafik pada zaman tuh...
Injil tidak diubahsuai..kita yang kata begitu..Taurat hilang kerana umatnya tidak mengamalkan ajaranya...Zabur hilang kerana umatnya tidak mengamalkan ajarannya..Injil hilang kerana umatnya tidak mengamalkan ajarannya..al-quran jika tidak diamalkan ajaranya tidak mustahil akan hilang juga..sesuai dengan hadis nabi tentang umat akhir zaman
isi bible tuh depang belakang aku baca..dari bab kejadian sehingga ke wahyu yahya..dari permulaan bumi sehingga ke kiamat (versi bible) aku baca...
jika Isa=Jesus=Yesus..pada anggapan orang kristian..ko menerima bahawa Yesus=Jesus=Isa mati disalib..tak gitu?
syukur klu bro banyak faham tentang kristian... at least penilaianmu akan lebih kritis.
Islam itu cuma satu... berdasarkan alquran dan hadis. lain dari itu tidak ada. Tidak boleh diubahsuai semata2 kerana org kristian nak sangat Islam dan kristian sama. Dalam kes ni sama dr segi fahaman tentang nabi Isa.
[An-Nisa : 157]
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
[An-Nisa : 158]
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.................................................
[AlMaidah : 116]
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
[AlMaidah : 117]
"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
.................................................
rujuk :
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/