BTC USD 81,405.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ape hal ni nurse!!!???&^%$$

ok la, aku cerita sikit.

aku bukan nak stereotype semua nurse, tapi tak dinafikan beberapa hospital tertentu memang (mungkin secara kebetulan) dipenuhi ramai nurse yang celaka.

panjang sangat ceritanya, aku ambil intisari buat pengajaran.

sebelum member aku bawa baby dan bini dia masuk, sebelumnya ada pasangan muda lain bawak baby. diorang tertinggal sarung tangan baby, nurse tu boleh bukak pintu, lepas tu jerit "ini siapa punya nih?!" lepas tu campak ke lantai koridor. emak budak tu dah la tengah dukung anak, mana la nak cangkung ambil benda tu kat lantai.

tak reti ke adab sopan melayu, kasi le elok-elok.

aku ada masa tu, tunggu kat luar. nak kata diorang tu tengah sibuk, aku tengok kat belakang kaunter boleh bertenggek mengumpat.

kalau hospital ampuan rahimah kelang, memang dah famous. dulu pernah ada seorang perempuan mat salleh terlanggar seorang mamat ni naik motor. dia nak hantar naik kereta dia tak tahu hospital kat mana, yang dia tahu jalan dari rumah nak ke tempat kerja kat cyberjaya. dia terlanggar kat highway klang-klia.

dia telefon sana sini, akhirnya dapat le jugak nombor telefon hospital klang, banyak kali telefon takde orang angkat, lepas sekian lama cuba, ada perempuan yang jawab kata takde ambulans. itu pun jawab acuh tak acuh lepas tu letak telefon.

akhirnya ada juga orang lalu kat situ dan tolong tunjuk jalan (ikut sekali). waktu itu dah tengah malam, tak ramai orang lalu.

bila sampai, dia pergi kat kaunter yang ambil panggilan kecemasan, dia tengok budak tu tengah bercinta dengan sorang staf lain, dok gelak-gelak kena ngorat, konon malu laa. apa lagi, mat salleh tu berang la... dia pergi check, ambulans ada sebenarnya malam tu.

macam mana dengan kes dekat kedah? kes budak lemas hari tu? mak bapak budak tu dah papah sampai pintu pusat kesihatan, jeriji pintu dah berkunci, tapi kakitangan ada lagi kat dalam. boleh staf buat bodoh je...

kalau gaji kira komisyen berapa pesakit diorang rawat sehari mungkin diorang rajin.
 
ini satu lagi cerita, hospital yang sama dengan kes pertama (kes member aku dan babynya).

cuma kali ni yang kena housemate aku sendiri. housemate aku ni kerja gaji hari jadi mekanik.

member ni demam, pergi la hospital buat pemeriksaan, sekali kena tahan sebab suspek denggi.

badan member aku ni kurus macam papan lapis, rendah pulak tu. kira badan kecik la.

ambil darah 6 kali, kalau ikut cerita member aku ni sekali ambil tak hingat dunia punya ambil, lepas 4 hari kena tahan boleh pulak hospital kata penyakit misteri.

carakerja staf hospital ni memang misteri.
 
nurse??? xleh nak kata apa...muahmuahmuah.(utk yg muda dan cun saja):D
 
ambik jer insurance..
tapi kalau bersalin mana bleh claim insurance.. tapi apa salahnya hantar ke hospital swasta.. selesa sikit bini nak bersalin

insurans memang bagus, tapi sistem kesihatan awam jangan diabai sangat...

lihat negara-negara eropah... semua dah tak percaya dengan sistem kesihatan swasta. maksud aku bukan tak percaya dari segi kebolehan dan layanan, tapi dari segi kesan ke atas keselamatan masyarakat.

di british, kalau kau pergi hospital sebab sakit, kau boleh mintak resit dengan teksi dan tuntut balik dengan cashier hospital.

ya, kau boleh claim duit pengangkutan ke hospital.

sebabnya? mereka percaya kesihatan rakyat adalah tanggungjawab negara. jika kau sakit di rumah, mereka patut datang ke rumah dan rawat. sekiranya kau memilih untuk proaktif, tanggungjawab mereka untuk gantirugi kos kau pergi hospital.

mungkin negara kita masih belum mampu untuk buat begitu, tapi seharusnya contoh seperti ini yang jadi panduan arah kemajuan kita.

lihat amerika, apa jadi bila kau sakit dan takde insuran. boleh muflis, kau mungkin selamat dan terus hidup, tapi kalau hidup 200 tahun belum tentu dapat bayar kos rawatan.

mungkin insuran adalah jawapan yang akan anda berikan.

insuran adalah perniagaan. pengalaman di negara maju, syarikat insuran akan mengelak menerima pelanggan berisiko tinggi, atau yang dilahirkan dengan keadaan yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi. ada juga syarikat insuran yang cuba mengelak seupaya mungkin dari menanggung kos pelanggan.

dah tengok filem sicko?
 
seghopa la kite...:D

congrats bro :D ...tp mmg diakui laa nurse otai mmg garang...kalau tak caya tanya nurse junior kompom semua takut jerr kalu wat mistake...budaya senior dlm nursing mmg ada dan satu lagi presure kerja diaorg mmg heavy laa...

1. terlibat ngan nyawa org
2. kerenah pesakit
3. kerenah saudara mara
4. kerenah doktor
5. kerenah suami kat umah :p

tu yg kekadang loss control tuh ..~X(

 
refer to reply megat sri rama

kem kesihatan dah byk dah berbelanja utk menjaga kesihatan rakyat

cuba pikir kalau setiap ubat tuh di charge mengikut harga pasaran mmg nangis lerr nak bayar..so gomen sediakan ubat ni FOC shj kalau admit ward pun kena RM 30 shj(kalau tak silap)

tp yg paling aku tak setuju bila bangla, indo, myanmar dan segala jenis PATI diberi layanan yang serupa oleh gomen.. so hak kita kat situ dah dicurik oleh geng2 PATI neh :mad:


p/s: bukan nak pomot gomen cuma diskusi shj :D

kalau lerr aku dpt tunjuk bil pharmaniaga mesti korang terkejut tgk cost ubat satu2 hospital huhuh tp malangnya rahsia negara heheheh :P
 
refer to reply megat sri rama

kem kesihatan dah byk dah berbelanja utk menjaga kesihatan rakyat

cuba pikir kalau setiap ubat tuh di charge mengikut harga pasaran mmg nangis lerr nak bayar..so gomen sediakan ubat ni FOC shj kalau admit ward pun kena RM 30 shj(kalau tak silap)

tp yg paling aku tak setuju bila bangla, indo, myanmar dan segala jenis PATI diberi layanan yang serupa oleh gomen.. so hak kita kat situ dah dicurik oleh geng2 PATI neh :mad:


p/s: bukan nak pomot gomen cuma diskusi shj :D

kalau lerr aku dpt tunjuk bil pharmaniaga mesti korang terkejut tgk cost ubat satu2 hospital huhuh tp malangnya rahsia negara heheheh :P

ya, betul dan aku sedar.

malah, aku kagum kerajaan masih (sudi) mempertahankan sistem kesihatan awam walaupun sejak 10 tahun lepas dah berbagai cubaan untuk meng"liberal"kan sistem kesihatan kita.

memandangkan sistem insuran semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, aku takut itu akan jadi alasan untuk merobohkan sifat sosialsme dalam perkhidmatan kesihatan awam kita.

kalau sistem kita masih mampu, kenapa ada skim Sihat Malaysia? benda dah ada, bagus la... tapi kena cemburu juga apa motif yang mendorongnya di sebalik tabir. Di Amerika orang insuran juga kuat melobi kuasa politik, dan mereka melobi kiri kanan. Sudah acap kali sistem kesihatan awam dikekang untuk memberi jalan kepada sistem swasta.

jangan sampai jadi macam US. Orang kanada takut nak pergi US kalau tak beli takde insuran jangka masa pendek.

Hospital swasta boleh ada sebagai saingan kepada hospital kerajaan, tapi bukan sebagai ganti. Untuk itu jangan ditanam dalam minda "kalau nak best jangan pergi hospital kerajaan tapi pergi la swasta".

bahaya.... kita tak tahu anak kita nanti hidupnya senang atau susah.

Soal PATI tu, mana-mana negara yang mengamalkan sistem kesihatan awam ala-ala sosialis, seperti UK, Poland, Kanada, Cuba, tidak membezakan harga untuk orang luar.

ada tidak, kenalah tambah kos levi.
 
Last edited:
Salam...Memang aku dgr juga dr member2 lain pasal nurse ni...So far wife aku dah lahirkan 2 org anak...So far ok aje...Tak de masalah...Alhamdulillah...
 
Untuk itu jangan ditanam dalam minda "kalau nak best jangan pergi hospital kerajaan tapi pergi la swasta".

bahaya.... kita tak tahu anak kita nanti hidupnya senang atau susah.


setuju sangat2 pasal hal neh...takleh bayang laa kalau dah jadi mcm US huhuh
 
Back
Top
Log in Register