BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aparteid, DAP dan Yahudi

Peecock

Active Member
Messages
1,265
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.

Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.

Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan. Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.

Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia. Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin. Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
 
Nik Aziz: Bukan Islam boleh guna "Allah", tapi serah pada Pusat
[/SIZE]

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.

Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Sementara itu, Nik Aziz berkata, kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.

Nik Aziz berkata, sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya.

"Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik... why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?... u know la... (anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.

Kata beliau, matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperoleh kekayaan secara halal.

"Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.

Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang.

"Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/1/mstar_berita/20090301163610&sec=mstar_berita
 
yeah...yeah... Nik Aziz tak mahu campur..??
kerana takut mengguris hati Khalifah Lim Guan Eng??

Yea lah...nak campur buat apakan??
Nie masalah org Melayu..kan..kan..kan...
Dia pun bukan gemar sangat Melayu niekan..kan..kan..
hmmmm.
 
Aku pun tak mau campur, SEBAB BUKAN AKU YG BUAT KEPUTUSAN, KERAJAAN YANG BUAT KEPUTUSAN. Sama jugak macam rebate minyak, kenaikan harga minyak, kenaikan tol, kenaikan tambang bas, pembayaran gaji, tariff letrik, sistem pendidikan, sistem kebajikan, undang2, PPSMI & mcm2 lagi. Bukan KERA jaan tanya aku pun. Dia buat ikut suka dia, kejap A, kejap B, pastu balik A, pastu No, pastu Yes, pastu No, pastu....pastu.....

Tak leh ke kaji betul2 sebelum buat keputusan????...BN ni betul2 fire fighting...
:(:(:(
 
melayu terus layu kerana berpecah

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu Bersetia Khianat
Cogan Katanya

UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

Melayu harus bersatu bukan menipu, merompak melayu lain.
 
Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman

Lanjusoh
Mon | Mar 02, 09 | 1:23:14 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Mac (Hrkh) - Laporan media yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud sebenar.
Iklan

Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," kata beliau di sini.

Hari ini beberapa akhbar melaporkan Mursyidul Am menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Anual berkata, wartawan yang mentafsir kenyataan Menteri Besar Kelantan agak menyimpang dari maksud sebenar. - mj_

p/s standard wartawan putarbelit kenyataan...:)):))
 
hmm..harap2 begitulah hendaknya...patutnya majlis fatwa perlu bersidang utk memberi fatwa dlm hal nama Allah ini. ulama dari pas dan umno serta NGO2 perlu dipanggil utk memberi input. Ulama dari DAP (jikalau ada) pun boleh beri input. Fatwa peringkat kebangsaan perlu dikeluarkan supaya perkara ini tidak dipolitikkan lagi
 
Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman

Lanjusoh
Mon | Mar 02, 09 | 1:23:14 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Mac (Hrkh) - Laporan media yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud sebenar.
Iklan

Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," kata beliau di sini.

Hari ini beberapa akhbar melaporkan Mursyidul Am menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Anual berkata, wartawan yang mentafsir kenyataan Menteri Besar Kelantan agak menyimpang dari maksud sebenar. - mj_

p/s standard wartawan putarbelit kenyataan...:)):))

Brader,
Are you sure it is putar belit wartawan??
Kalau benar putar belit
...sepatutnya mereka akan keluarkan kenyataan penuh MB yang betul.

Bukan tindakan "damage control" Set Pol MB ker??:">
Hehehehehe.... Set POL terpaksa men"jelas"kan "maksud" kata kata MB.
 
Back
Top
Log in Register