BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah perang satu jenayah?

demuara

Fun Poster
Messages
356
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
[SN193] Pada 29 Oktober lepas, satu ‘Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang’ telah dianjurkan oleh Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) di Pusat Dagangan Dunia Putera.

Inti pati kepada persidangan ini adalah untuk menjadikan perang sebagai satu jenayah. Pengerusi PGPO, Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya melahirkan keyakinan bahawa dunia tidak akan dapat menyaksikan terwujudnya satu mahkamah yang bebas dalam masa terdekat, oleh itu PGPO telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu tribunal.

Tribunal yang dinamakan ‘Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT)’ merupakan antara langkah pertama ke arah usaha menghapuskan perang dan menjadikan perang sebagai satu bentuk jenayah.

Ia ditubuhkan kerana dunia sudah tidak boleh menunggu lebih lama untuk melihat kewujudan sebuah tribunal yang bersifat neutral.

“'Tribunal yang ditubuhkan ini dianggotai oleh hakim yang tidak berpihak dan adil. Mereka bertindak berdasarkan undang-undang antarabangsa dan mengutamakan keadilan”, ujar Dr. Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu menambah, prosiding perbicaraan tribunal tersebut akan dilaksanakan secara adil dan seboleh-bolehnya mengikut prosedur sistem Common Law di Britain.

Tambah beliau lagi, PGPO mungkin tidak akan dapat melaksanakan hukuman yang diputuskan oleh tribunal berkenaan, namun beliau berharap kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia akan memberikan perhatian kepada hukuman yang dijatuhkan oleh tribunal ini.

“Sekurang-kurangnya dunia boleh memulaukan pihak yang didapati bersalah, katanya. PGPO ingin mendapatkan kekuatan moral kerana badan berkenaan tidak akan memiliki kekuatan fizikal.

Saya percaya lambat-laun masyarakat dunia akan menerima bahawa peperangan ialah satu jenayah dan mengutuk mereka yang suka mencetuskan perang. Apabila ini berlaku dunia akan menjadi lebih aman,” katanya [UM 29/10/09].

Dalam perkembangan yang sama,

Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) akan bersidang esok bagi mendengar keterangan daripada bekas tahanan Teluk Guantanamo iaitu Tipton Three, Moazzam Begg dan Sami Al Hajj yang dipengerusikan oleh Zainur Zakaria, seorang peguam terkenal negara.

Suruhanjaya itu turut dianggotai oleh Profesor Hans Cristor Von Sponeck (Amerika Syarikat), Dennis Halliday (Irealand), Musa Ismail (Malaysia), Profesor Gurdial Nijar (Australia), Dr. Zulaiha Ismail (Malaysia) dan Profesor Dr. Mohd. Akram Shair Mohamed (Malaysia). KLWCT pula dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; peguam Tunku Sofiah Jewa; peguam antarabangsa terkenal AS, Francis Boyle; peguam terkenal Malaysia, Profesor Salleh Buang dan peguam dan pensyarah undang-undang terkenal India, Profesor Niloufer Bhagwat.

Dr. Mahathir memberitahu, setiap prosedur yang berlaku di dalam KLWCC dan KLWCT akan didokumenkan mengikut standard antarabangsa bagi memastikan ia dapat diterima pakai dan dikuatkuasakan oleh badan-badan berkuasa di seluruh dunia.

Katanya, paling penting apabila penjenayah perang ini didapati bersalah, tribunal ini mahu agar mereka diboikot dan dilarang masuk ke negara-negara yang mengiktiraf tribunal tersebut.

PGPO akan menghantar keputusan KLWCT kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap penjenayah-penjenayah perang tersebut, kata Mahathir [UM 30/10/09].

Di akhir-akhir usia beliau, nampaknya mantan Perdana Menteri Malaysia ini masih tidak penat berusaha untuk mewujudkan keamanan kepada dunia.

Sayangnya beliau, seperti biasa, tidak pernah cuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan jalan Islam.

Dalam pada beliau mengakui kegagalan undang-undang dunia pada hari ini untuk menyelesaikan masalah peperangan, beliau tetap sahaja merujuk kepada undang-undang antarabangsa, yang jelas-jelas diciptakan oleh manusia, yang pasti tidak akan menyelesaikan masalah.

Dalam pada beliau ingin membawa Britain ke KLWCT, beliau tetap sahaja ingin mengguna pakai common law British, sebuah undang-undang kufur ciptaan Britain sendiri.

Dalam pada beliau mengakui bahawa dunia sudah tidak boleh mengharap kepada PBB, namun tribunal yang ditubuhkannya tetap sahaja dibawa merujuk kepada PBB.

Apakah yang dicari Mahathir sebenarnya?

Apakah sehingga ke penghujung usia beliau masih tetap yakin dengan peraturan ciptaan manusia, malah beliau masih tetap berusaha mencipta peraturan sendiri yang bertentangan dengan peraturan Allah?
__________________
 
Back
Top
Log in Register