BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah maksud BITCOIN dan kelebihannya?

Anda akan mengenali apakah itu bitcoin melalui artikel ini. Jadi selepas ini, anda akan betul-betul faham tentang Bitcoin dan kelebihannya.
Video dibawah untuk menerangkan tentang Bitcoin.

http://www.youtube.com/watch?v=Um63OQz3bjo

Video dibawah pula menerangkang bagaimana Bitcoin digali.

http://www.youtube.com/watch?v=GmOzih6I1zs

Di dalam artikel ini, saya tidak mahu membuat anda pening kepala dengan segala terma dan bahasa yang berbelit-belit. Secara dasarnya, anda perlu memahami Bitcoin :

•Bitcoin adalah matawang digital.
•Matawang dan emas adalah berbeza sifat.
•Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
•Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
•Bitcoin dilombong secara digital
•Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).
•Sekiranya anda obses mengenai pelaburan emas dan betapa memikirkan bahawa emas suatu hari akan naik lebih dari 1000%, janganlah anda terkejut apabila mengetahui pada tahun 2011, 1 unit Bitcoin hanya bernilai $0.10 dan pada hari ini telah naik menjadi $250 untuk satu Bitcoin (melebihi 1000% dalam waktu 4 tahun) dan nilai ini akan terus menaik.
•Perniagaan menggunakan emas telah dipraktikkan sejak azali lagi. Sekarang adalah masa untuk menggantikan wang kertas dengan bitcoin yang menggunakan konsep yang sama dengan emas.
•Kesedaran mengenai bitcoin masih sangat minimum bukan sahaja di dalam negara tetapi secara global.

Di Malaysia, Bitcoin buleh dijual atau dibeli disini: LUNO Malaysia

Terima kasih atas pencerahan ini. Saya adalah salah sorang yang tak berapa paham sgt pasal bitcoin ni. Memang dah selalu dgr but susah nak grab concept benda ni. Yang saya tahu nilainya cepat flactuate. Jadi bahaya jugak utk melabur dlm sesuatu yang tak berapa pasti ni. So to me ia bukanlah cara buat banyak duit yang selamat. Unless u are willing to lose some of your money then silakan.
 
sapa yg menjaga bitcoin ni sebenarnya?
klu duit biasa, biasanya bank pusat bank tersebut.
klu emas tu, mmg nilai fizikal dia.

tp klu bitcoin ni dpt mengurangkan atau menghapuskan penguasaan ekonomi oleh bank biasa, aku sokong.

dgr cite takde yg jaga.
pengasas jepun tu pun hilang tanpa dikesan.

selagi bukan yahudi yg cipta sesuatu apapun yg besar yg boleh mengawal ekonomi
dunia, pasti akan berkubur dgn kuasa yg dia ada.
cia, fbi, boleh digunakan utk sekat crypto.

yahudi tak biarkn org lain lg power atau melebihi kuasanya
semua perkara utama dlm dunia die kontrol. cth emas n duit kertas
 
sudahkah anda lupa dgn liberty reserve?
sy tak lupa, duit ada byk dlm tu masa cia tutup web
 
sapa nak beli bitcoin transfer akaun bank malaysia boleh PM. rate murah
 
sapa yg menjaga bitcoin ni sebenarnya?
klu duit biasa, biasanya bank pusat bank tersebut.
klu emas tu, mmg nilai fizikal dia.

tp klu bitcoin ni dpt mengurangkan atau menghapuskan penguasaan ekonomi oleh bank biasa, aku sokong.

Ko x kenal bitcoin maka x cinta bro
 
cnp

Ini ulasan saya...
1) Dalam Islam, matawang mesti diterbitkan oleh kerajaan. Bitcoin diterbitkan oleh individu dan tiada kawalan kerajaan---> gharar. Fatwa ini tidak memberi apa2 penekanan terhadap kawalan kerajaan. Diriwayatkan oleh Al-Baladhuri: Sa'id b. Al-Musayyib mengatakan bahawa mana-mana lelaki mencetak wang jika tidak ada kuasa monetari untuk melakukannya, dianggap sebagai rasuah di bumi.
2) Matawang elektronik diharuskan sebab ia adalah pengganti seunit-dengan-seunit dengan matawang fiat. Bitcoin bukan pengganti seunit-dengan-seunit dengan matawang fiat dan nilai pertukarannya tidak stabil serta tidak menentu —-> gharar. Fatwa ini keliru antara wang elektronik dan wang maya.
3) Pertumbuhan matawang mesti bersifat relatif kepada pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan bitcoin tidak relatif kepada pertumbuhan ekonomi tetapi kepada spekulasi. Pertumbuhan yang tidak terkawal mendatangkan kemudaratan. Fatwa tidak mengambil kira aspek ini.
4) Semua negara mengiktiraf matawang masing2 sebagai sah diperlakukan nilai (legal tender). Tiada negara yang mengiktiraf bitcoin sebagai sah diperlakukan dengan nilai, termasuk Malaysia —-> gharar. Fatwa tidak menyentuh aspek ini.
5) Islam melarang dagangan matawang iaitu menjadikan matawang itu sebagai komoditi dan merosakkan ekonomi. Islam juga melarang menyimpan (ihtikar) matawang untuk menunggu harganya naik —-> mafsadah. Pembeli bitcoin menyimpan bitcoin untuk mengambil untung daripada kenaikan harga bitcoin. Ini tidak diambil kira oleh fatwa ini. Dalam kitab Ihya'ul-uloom (v.4, p.348, Beirut 1997), Imam Ghazali berkata: "Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjual-beli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objektif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) iaitu simpan untuk tunggu naik harga dan jual"
 
Komen saya seperti di bawah

  • Mesti terbit oleh kerajaan? Kalau kerajaan boleh print duit tu bersandar kpd apa? Sbb tulah terjadi inflasi. Emas tu kerajaan terbitkan ke?

2) Matawang elektronik diharuskan sebab ia adalah pengganti seunit-dengan-seunit dengan matawang fiat. Bitcoin bukan pengganti seunit-dengan-seunit dengan matawang fiat dan nilai pertukarannya tidak stabil serta tidak menentu —-> gharar. Fatwa ini keliru antara wang elektronik dan wang maya.

Siapa yg ckp pengganti?

3) Pertumbuhan matawang mesti bersifat relatif kepada pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan bitcoin tidak relatif kepada pertumbuhan ekonomi tetapi kepada spekulasi. Pertumbuhan yang tidak terkawal mendatangkan kemudaratan. Fatwa tidak mengambil kira aspek ini.

Hasil perlombongan emas relatif pd pertumbuhan ekonomi ke? Biarlah kuantiti nya terhad jadinya nilai seunit akan bertambah jika ekonomi meningkat. Xdelah jadi inflasi yg teruk.

4) Semua negara mengiktiraf matawang masing2 sebagai sah diperlakukan nilai (legal tender). Tiada negara yang mengiktiraf bitcoin sebagai sah diperlakukan dengan nilai, termasuk Malaysia —-> gharar. Fatwa tidak menyentuh aspek ini.

Ade dah negara yg iktiraf btc. Central bank negara di dunia ni sape yg kawal?

5) Islam melarang dagangan matawang iaitu menjadikan matawang itu sebagai komoditi dan merosakkan ekonomi. Islam juga melarang menyimpan (ihtikar) matawang untuk menunggu harganya naik —-> mafsadah. Pembeli bitcoin menyimpan bitcoin untuk mengambil untung daripada kenaikan harga bitcoin. Ini tidak diambil kira oleh fatwa ini. Dalam kitab Ihya'ul-uloom (v.4, p.348, Beirut 1997), Imam Ghazali berkata: "Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjual-beli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objektif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) iaitu simpan untuk tunggu naik harga dan jual"

Tak ekslusif kpd btc je. Ni salah org bkn salah btc.
 
Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan sebarang Fatwa ke atas Bitcoin. So, kita harus menggunakannya. Jom melombong bitcoin bersama saya.
 
Back
Top
Log in Register