BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah maksud BITCOIN dan kelebihannya?

tumpang tanya...wallet address d coinomi ni memang boleh berubah address ke? dah 3 kali bertukar address secara automatik...address lama tu masih kira boleh guna? tq
 
Terbaik tuan:)cgrock

Tujuan asal thread ini ialah untuk memberi pendedahan dan info pasal Bitcoin..

Terdapat dua cara menggali Bitcoin iaitu:

1. Menggali sendiri dari PC anda atau,
2. Menggali menggunakan Cloud Mining provider. Anda cuma perlu membeli power atau kuasa untuk menggali..terdapat beberapa Cloud Mining provider diluar sana seperti berikut; Walau bagaimanapun saya memilih HashOcean untuk menggali..

Antara senarai Cloud Mining provider:
-HashOcean
-NexusMining
-Gigahash
-MiningSweden
-HashFlare

Untuk rujukan bagaimana untuk ber'cloud mining' buleh baca di thread ini http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=625795&highlight=hashocean

Secara ringkas, langkah yang perlu diambil untuk memulakan penggalian Bitcoin di HashOcean adalah seperti berikut:

1. Buka akaun HashOcean
2. Beli KH(power at kuala untuk menggali)
3. Untuk membeli anda perlu memindahkan dana/fund ke dlm HashOcean account
4. untuk itu, anda memerlukan digital wallet. Buka digital wallet anda di http://www.bitx.co buleh guna promo code Y4MAE:D
5. Transferkan duit kedalam akaun BITX anda(melalui Maybank atauu CIMB). Kemudian melalui BITX hantarkan ke HashOcean.
6. Selesai....

Jika anda masih pening dan kompius setelahmembaca info di thread HashOcean dan diatas, boleh la pm saya...saya akan cuba menerangkan apa yg patut...:D

Boss le terang lagi detail x, ada org ajak join bukan bitcoin tapi cryto currency tp mintak segala pasport bagai, saya pn x fham kalau boleh daftar sendiri lg bagus, mintak pasport katanya nk bantu daftar dan duit pendahuluan sebanyak RM500.00
 
lagi satu saya nak tnya apa tu crypto currency

saja tolong jawab . crypto currentcy = matawang digital . ganti wang fiat.
bitcoin (btc) juga matawang digital. disebabkan btc dah lama wujud dan dipercayai .

nak simpan mesti btc atau alt coin yg lain
1) wallet digital untuk simpan , beli dan jual . kat malaysia wallet luno famous .
2) exchanger untuk jual/ beli .
3) passport / ic /drivering license utk sah ID dan alamat . rasanya luno minta ic dan passport /bil

kalau tak nak bagi ic /passport /etc

1.guna wallet jaxx . app dalam handphone . hilang hand phone = hilang duit / coin

2. wallet coinbase . ada apps handphone dan boleh login kat website
hilang hp , load app , masuk login macam kat website . so lagi bagus .

harap dapat bantu
 
Boss le terang lagi detail x, ada org ajak join bukan bitcoin tapi cryto currency tp mintak segala pasport bagai, saya pn x fham kalau boleh daftar sendiri lg bagus, mintak pasport katanya nk bantu daftar dan duit pendahuluan sebanyak RM500.00

Ha? buat ape passport? Setau aku hashocean dah lingkup.
 
bro . sekarang ni ada dua cara . sama ada nak beli dr penjual sikit2. atau beli mesin itu sendiri.
 
hashflare ok ke tuan? tgk rate ok juga. dah 4 tahun online.

baru ni tgk Omnia Tech pulak.

Risau juge, cloud mining 90% menjurus ke arah scam..

Tengok bitcointalk. hashflare dan Genesis je yang pass.
 
Tak kan takde cap (limit) pengeluaran @ mining Bitcoin ni? :-?
Ada tak satu entiti yang pantau berapa banyak Bitcoin telah dilombong (mining) dari seharai ke sehari? :-?
 
Back
Top
Log in Register