BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah maksud BITCOIN dan kelebihannya?

Anda akan mengenali apakah itu bitcoin melalui artikel ini. Jadi selepas ini, anda akan betul-betul faham tentang Bitcoin dan kelebihannya.
Video dibawah untuk menerangkan tentang Bitcoin.

http://www.youtube.com/watch?v=Um63OQz3bjo

Video dibawah pula menerangkang bagaimana Bitcoin digali.

http://www.youtube.com/watch?v=GmOzih6I1zs

Di dalam artikel ini, saya tidak mahu membuat anda pening kepala dengan segala terma dan bahasa yang berbelit-belit. Secara dasarnya, anda perlu memahami Bitcoin :

•Bitcoin adalah matawang digital.
•Matawang dan emas adalah berbeza sifat.
•Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
•Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
•Bitcoin dilombong secara digital
•Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).
•Sekiranya anda obses mengenai pelaburan emas dan betapa memikirkan bahawa emas suatu hari akan naik lebih dari 1000%, janganlah anda terkejut apabila mengetahui pada tahun 2011, 1 unit Bitcoin hanya bernilai $0.10 dan pada hari ini telah naik menjadi $250 untuk satu Bitcoin (melebihi 1000% dalam waktu 4 tahun) dan nilai ini akan terus menaik.
•Perniagaan menggunakan emas telah dipraktikkan sejak azali lagi. Sekarang adalah masa untuk menggantikan wang kertas dengan bitcoin yang menggunakan konsep yang sama dengan emas.
•Kesedaran mengenai bitcoin masih sangat minimum bukan sahaja di dalam negara tetapi secara global.


Sumber: bitcoinmalaysia.my
Terbaik tuan:)cgrock

Tujuan asal thread ini ialah untuk memberi pendedahan dan info pasal Bitcoin..

Terdapat dua cara menggali Bitcoin iaitu:

1. Menggali sendiri dari PC anda atau,
2. Menggali menggunakan Cloud Mining provider. Anda cuma perlu membeli power atau kuasa untuk menggali..terdapat beberapa Cloud Mining provider diluar sana seperti berikut; Walau bagaimanapun saya memilih HashOcean untuk menggali..

Antara senarai Cloud Mining provider:
-HashOcean
-NexusMining
-Gigahash
-MiningSweden
-HashFlare

Untuk rujukan bagaimana untuk ber'cloud mining' buleh baca di thread ini http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=625795&highlight=hashocean

Secara ringkas, langkah yang perlu diambil untuk memulakan penggalian Bitcoin di HashOcean adalah seperti berikut:

1. Buka akaun HashOcean
2. Beli KH(power at kuala untuk menggali)
3. Untuk membeli anda perlu memindahkan dana/fund ke dlm HashOcean account
4. untuk itu, anda memerlukan digital wallet. Buka digital wallet anda di http://www.bitx.co buleh guna promo code Y4MAE:D
5. Transferkan duit kedalam akaun BITX anda(melalui Maybank atauu CIMB). Kemudian melalui BITX hantarkan ke HashOcean.
6. Selesai....

Jika anda masih pening dan kompius setelahmembaca info di thread HashOcean dan diatas, boleh la pm saya...saya akan cuba menerangkan apa yg patut...:D

Lihat siggy saya untuk nilai BITCOIN pada hari ini 1/6/2016:D
 
Last edited:
lebih minat kepada urusniaga menggunakan currency botcoin ni paal dia international.
pada pemahaman aku.. mula2 kene register bitcoin wallet.

soalan 1
lepas tu dah bule terima transaction bitcoin dari org lain ke? (konsep sama ke mcm org trasnfer paypal ke kita?)

soalan 2
mcm mana kita nak tuka bitcoin ke Ringgit Malaysia? supaya bule buat belanja beli barang dapur kat pasar?

mohon pencerahan dan kepakaran dari otai

terima kasih
.
.
.
.
.
 
lebih minat kepada urusniaga menggunakan currency botcoin ni paal dia international.
pada pemahaman aku.. mula2 kene register bitcoin wallet.

soalan 1
lepas tu dah bule terima transaction bitcoin dari org lain ke? (konsep sama ke mcm org trasnfer paypal ke kita?)

soalan 2
mcm mana kita nak tuka bitcoin ke Ringgit Malaysia? supaya bule buat belanja beli barang dapur kat pasar?

mohon pencerahan dan kepakaran dari otai

terima kasih
.
.
.
.
.
Jawapan:
Soalan 1- Buleh, Bitcoin buleh dipindahkan dengan mudah ke account bitcoin yg lain.

Soalan 2- Di wallet digital anda seperti Bitx.co anda buleh menukar bitcoin ke tunai atau pun sebaliknya..kemudian dari akaun tunai anda bulehlah pindahkan tunai ke bank anda seperti maybank dan cimb untuk kegunaan dapur:D
 
Last edited:
Sebenarnya ramai jutawan senyap yang sudah pun lahir dengan memiliki BITCOIN. Sampai ade masanya mereka juga tidak tahu menahu bahawa BITCOIN yang mereka ade itu sebenarnya sudah berlipat ganda nilainya yang mana permintaan BITCOIN itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Seperti contoh seorang pemuda yang telah membeli hanya USD27 untuk 5000 BITCOIN pada 2009 tidak menyangka bahawa BITCOIN yang dia miliki itu telah meningkat dan bernilai USD980k 4 tahun kemudian.

rujuk sini http://www.coindesk.com/bought-bitcoin-2009-now-worth-983000/

Kita dapat bayangkan lagi 5-10 tahun akan datang, berapa agaknya nilai 1 BITCOIN bila ia telah menguasai pasaran dunia, dan secara perlahan akan menggantikan matawang dunia. Ia tidak mustahil berlaku jika kita perhatikan semua negara besar dunia termasuk USA, China dan negara negara EURO sudah membuat pelaburan besar dan mula mengumpul BITCOIN.
 
Last edited:
boleh convert jadi REAL CASH ke???

boleh
nk buat jadi debit kad visa/mastercard pun boleh

dengan syarat ada wallet bitcoin laa
byk wallet bitcoin skrg ni

utk malaysia :
bitx - beli BTC di sini**
coinbox - jual BTC di sini**
wirex - hari ni baru official launch (sapa register smlm, dpt debit kad free, rate jual beli belum study lagi)

**den buat camtu sbb nk take advantage rate yg ditawarkan
 
Rate semasa 1 BTC = RM 2290
 
Last edited:
skrg byk ponzi skim melibatkan bitcoin...
aku dah jual rig mining aku sebelum habis study..
zaman awal2 mining seronok..
 
Tp dah ada org promosi bitcoin, tp kenapa nak kena cari downline plak utk dptkan
monthly income..
Sbh cth 1bit(rm2200)=return rm600 pm..so goyangg kaki lah smpi bila2 kita dpt gitu..
2bit(rm4400)= '' rm1320 "
dan seterusnya??

Mohon pencerahan, adakah ini scam atau kisah benar?
 
Back
Top
Log in Register