BTC USD 83,924.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah maksud BITCOIN dan kelebihannya?

Apa beza yg kumpul bitcoin dengan cara collect beberapa satoshi lepas tu dia direct payout dekat bit coin wallet?
 
Apa beza yg kumpul bitcoin dengan cara collect beberapa satoshi lepas tu dia direct payout dekat bit coin wallet?

Maaf, agak kompius soalan ni..:))...1 Bitcoin = 100 juta Satoshi...mungkin hanya beza pada matrix pengiraan...
 
Last edited:
Tp dah ada org promosi bitcoin, tp kenapa nak kena cari downline plak utk dptkan
monthly income..
Sbh cth 1bit(rm2200)=return rm600 pm..so goyangg kaki lah smpi bila2 kita dpt gitu..
2bit(rm4400)= '' rm1320 "
dan seterusnya??

Mohon pencerahan, adakah ini scam atau kisah benar?

Buleh dikategorikan dlm HYIP:D....tiada downline cuma referal program...
Tuan buleh check di Bitcoin Monitor untuk lihat miner yg dikatogorikan sebagai scam....
 
Last edited:
Siggy updated, nilai semasa 1 BTC=RM2,303:D
 
Sebenarnya ramai jutawan senyap yang sudah pun lahir dengan memiliki BITCOIN. Sampai ade masanya mereka juga tidak tahu menahu bahawa BITCOIN yang mereka ade itu sebenarnya sudah berlipat ganda nilainya yang mana permintaan BITCOIN itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Seperti contoh seorang pemuda yang telah membeli hanya USD27 untuk 5000 BITCOIN pada 2009 tidak menyangka bahawa BITCOIN yang dia miliki itu telah meningkat dan bernilai USD980k 4 tahun kemudian.

rujuk sini http://www.coindesk.com/bought-bitcoin-2009-now-worth-983000/

Kita dapat bayangkan lagi 5-10 tahun akan datang, berapa agaknya nilai 1 BITCOIN bila ia telah menguasai pasaran dunia, dan secara perlahan akan menggantikan matawang dunia. Ia tidak mustahil berlaku jika kita perhatikan semua negara besar dunia termasuk USA, China dan negara negara EURO sudah membuat pelaburan besar dan mula mengumpul BITCOIN.

saya dah ada bitcoin wallet di bitx (kalau salah tolong betulkan). duit dalam tu adalah MYR = 0.18
BTC Account = 0.00270400.
adakah jika saya biarkan saja duit dalam tu, jumlah dia akan meningkat dalam masa 4 tahun lagi?
 
saya dah ada bitcoin wallet di bitx (kalau salah tolong betulkan). duit dalam tu adalah MYR = 0.18
BTC Account = 0.00270400.
adakah jika saya biarkan saja duit dalam tu, jumlah dia akan meningkat dalam masa 4 tahun lagi?

BITX tu hanya wallet tuan erti kata lain bank account/paypal/moneybookers dan sebagainya...

BTC 0.00270400 tu kalau ikut nilai semasa bersamaan RM6.22 so akan berubah ikiut nilai btc la....

Hashocean, nexusmining dan sebagainya pula ialah cloud mining dimana bitcoin digali secara sharing...cth tuan beli power/kuasa di Hashocean untuk mengali bitcoin....bitcoin yg digali akan dipindahkan secara auto ke dlm account BITX tuan...:)paid
 
Last edited:
Boleh rujuk di sini tuan.

13335927_227530907633398_657692189073543762_n.jpg

unjuran BITCOIN yg dilombong setakat hari ini dan masa hadapan:D
 
Last edited:
Kebaikan Menggunakan Bitcoin:

1. Tidak perlu membuat transaksi melalui bank.

Sekiranya sesuatu transaksi dibuat melalui bank, anda akan dikenakan caj dari bank, sama ada kadar tetap atau peratus daripada jumlah transaksi anda. Ipay 88 mengenakan caj sebanyak 3% daripada jumlah transaksi anda. Sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM 1000.00 , anda harus membayar caj sebanyak RM 30.00 �� . Dengan menggunakan Bitcoin, kita dapat mengelak daripada dikenakan caj seperti ini.

2. Mudah, cepat dan senang untuk membelanjakan wang di seluruh dunia.

Konsep yang digunakan ialah “cashless expenditure” iaitu membuat pembelian menggunakan kaedah elektronik. Bitcoin diterima di seluruh dunia. US Dollar pun tidak diterima di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu pergi ke luar negara, dia boleh menggunakan Bitcoin sebagai matawang elektronik supaya tidak perlu menukar matawang untuk membeli belah.

3. Boleh dikeluarkan di ATM yang terpilih.

Bitcoin boleh dibeli ataupun dijual di mana mana ATM di negara- negara yang menyediakan perkhidmatan ini. Di Malaysia, buat masa sekarang terdapat 2 tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, iaitu di Gurney Plaza dan Bangsar Shopping Centre. Pengguna Bitcoin boleh membeli dan menjual Bitcoin dengan lebih mudah dengan menggunakan Bitcoin ATM.

4. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengawal aliran wang anda.

Pengguna Bitcoin mempunyai hak penuh ke atas Bitcoin yang dimiliki oleh pengguna itu sendiri. Sekiranya di akaun bank anda terdapat RM10,000 , adakah semua RM 10,000.00 duit anda? Menurut laporan, hanya 8% adalah duit anda. Maksudnya hanya RM 800.00 adalah duit anda , yang selebihnya digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam bank

5. Boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Dunia akan menjadi tempat yang lebih aman dan selamat kerana tiada transaksi wang, semuanya secara elektronik dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin dapat menjamin keselamatan seseorang daripada dirompak atau dicederakan .

6. Boleh digunakan di mana-mana tempat termasuk pusat beli-belah dan sebagainya.

Bitcoin boleh digunakan semasa membeli belah dengan lebih mudah kerana amaun yang perlu dibayar boleh dibayar dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin juga boleh digunakan semasa berurusan dengan Expedia, Microsoft, Apple dan lain lain lagi.

7. Anda tidak perlu menyerahkan maklumat peribadi dan kami menjamin hak peribadi anda terpelihara.

Dengan menggunakan Bitcoin, hak peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak bank sepertimana yang dibuat sekiranya anda mempunyai kad kredit. Anda akan “remain anonymous”. Sekiranya anda mempunyai kad kredit atau kad debit, maklumat peribadi anda akan disimpan oleh pihak bank. Ada kemungkinan akaun anda boleh digodam, menyebabkan akaun anda kehilangan duit atau kad kredit anda dimanipulasi oleh pihak atau individu tertentu.

sumber bitcoinmalaysia
 
Back
Top
Log in Register