BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa yang perlu dilakukan jika terjadi Accident?

real_rolls

Super Active Member
Messages
6,726
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
car-accident.jpg



Cara membuat repot kemalangan jalanraya

Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.


PERINGKAT 1

Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.

Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :

Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam.
Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).


PERINGKAT II

Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.


"Refer to Insurance"

Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.



Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka

Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.


Mengkompaun kesalahan

Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.


Hadir Mahkamah

Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.

Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.


PERINGKAT III

Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan
 
Last edited:
1) Jgn panic ( jika ada yg cedera pastikan selamatkan mereka dahulu, biasanya kita akan panic bila accident, lagi-lagi kaum perempuan....
2) longkai sure serbu tmpat kemalangan
3) jgn tandatangan sebarang kertas atau agreement di tmpt kejadian
4) pastikan kenderaan di tarik ke bengkel panel insurans sahaja
5) jika berlaku di lebuhraya pastikan pihak highway yg tarik kecuali anda mmd yakin dan kenal pasti longkai yg dtg
6) buat laporan polis secepat mungkin
7) jika anda tidak pernah hadapi situasi kemalangan, pastikan anda menghubungi seseorang yg dpt tenangkan anda dan beri panduan
8) pastikan anda berpengetahuan serba sedikit tentang insuran atau bawa seseorg yg arif
9) Pastikan anda tidak keluar duit jika anda telah menginsurankan kenderaan anda
 
Niat dihati nak bukak thread ni sebab pagi-pagi td selepas sahur ada member kena langgar dekat traffic light menghala ke Bukit Jalil.

Member saya tu ketanya telah dilanggar oleh bas polis yang membawa 50 org polis utk rehearsal Merdeka di bukit Jalil. Memang salah bas tu sebab makan jalan sampai terlanggar tepi pintu kawan ni. Lepas tu driver tu boleh tak mengaku salah dia, mentang2 la kawan aku tu perempuan , dia boleh buli ek ~X(

Yang lagi pelik, bas tu bawak polis, kendian polis2 dlm bas tu boleh tengok je dr dalam bas(maybe nak rushing). So mana dia 'Rakyat didahulukan?' ***** betul! ~X(

Then saya ckp kat member amik pic n no plate pastu buat repot kat balai polis sebagai procedure, lepas tu baru settle ngan co insurance...

walaupun kita berhati2 ada je accident......:(
 
Last edited:
standard aa polis... mana nak ngaku salah dlm hal2 mcm nie... kalau langgar siap ckp lagi... "aku polis" dgn bangganya...
 
TQ.. info amat berguna ni.. mana tau besok lusa nasib kita lak :">
 
Back
Top
Log in Register