balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GEORGETOWN - Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo mempersoalkan status Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikendalikan Kerajaan Pusat.
Menurutnya, sehingga kini kerajaan negeri masih tertanya-tanya, di mana lokasi sebenar perumahan berkenaan.
“Kami mahu tahu status sebenar projek itu, kerana mungkin ada perkara yang boleh dibantu oleh kerajaan negeri dan kita juga perlu pantau projek tersebut, kerana berada di dalam Pulau Pinang.
“Walaupun ini adalah projek perumahan rumah kos rendah yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat, kami sebagai tuan rumah juga bertanggungjawab,” katanya.
Jagdeep juga sudah menulis surat kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu berkenaan.
“Pada saya tindakan cepat perlu diambil memandangkan sudah masuk setahun selepas pengumuman perumahan PR1MA itu akan dibina di negeri ini.
“Sehingga kini kerajaan negeri sudah menjalankan tanggungjawab apabila berjaya menjalankan lapan projek rumah mampu milik, yang mana dapat memberikan 22,197 unit rumah kepada individu yang berpendapatan rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan kunci kepada pemilik rumah kos rendah i-Park.
Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Pangsapuri yang terletak di Sungai Ara itu mempunyai 642 unit dan dijual dengan harga RM42,000 seunit.
Sebelum ini, media melaporkan PR1MA mengenal pasti 10 lokasi pembinaan rumah mampu milik di sekitar negeri ini dengan tiga darinya dijangka mula dibina tahun depan.
Antara lokasinya ialah di Timur Laut, Balik Pulau, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal manakala tiga lokasi yang bakal dibangunkan ialah di Bukit Gelugor.
Ketua Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, pihaknya sudah mendapat kelulusan untuk membina rumah mampu milik di atas tanah seluas 8.09 hektar di Bukit Gelugor.
Katanya, pembinaan rumah mampu milik PR1MA membabitkan tiga blok pangsapuri setinggi 30 tingkat dan lengkap pelbagai kemudahan komuniti, manakala ia dijangka siap sepenuhnya tiga tahun lagi.
Bermula tahun depan, PR1MA akan membina 50,000 rumah mampu milik khusus bagi individu bujang atau berkeluarga yang tinggal di kawasan bandar.
Mereka yang berminat memohon perlu memenuhi kriteria seperti mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan, warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas.
Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, pihaknya akan menggunakan tanah milik Kerajaan Persekutuan termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn Bhd (JKP) dalam melaksanakan pembinaan rumah mampu milik.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/apa-status-perumahan-pr1ma-1.216272