jaws_am
CG Top Poster Club


- Messages
- 30,039
- Joined
- May 29, 2008
- Messages
- 30,039
- Reaction score
- 12,430
- Points
- 631
buh halba dalam nasi lemak.. :">
menambah aroma
menambah aroma
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



kat mana nak beli halba ni?

Tapi perut mulas kalau selalu consume halba... Aku nak juga khasiatnya, tapi x tahan...
Halba ni masin kan?
Biasa nampak tapi nama tak tahu.

Khasiat Halba
Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...
Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '
Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.
Cara-caranya :-
Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum Coke yang takde khasiat)
sharing is caring...
p/s.. ambo kopi & pes jah ni![]()


Halba ni takde rasa apa pun... biasa orang campur dalam nasi dagang yang macam warna macam biji perang tu... aku tak pasti khasiat penuh halba ni ..cuma ada orang pesan elok campur dalam nasi ... tuan try google khasiat halba...
Kerabu?
Tak perasan lak.
Nampak gak kapsul bagai.
Tapi musykil juga, katanya khas untuk perempuan; tambah susu badan.
Leh ke lelaki makan? :-?


Ishk... bukan nasi kerabu..tapi nasi dagang
Rupanya halba ni digelar fenugreek..memang herba sejak dari zaman Mesir lagi
Yang aku baca, halba ni membantu menurunkan parasa kolesterol dalam darah, seimbangkan kadar gula dalam darah (kencing manis), membantu pemulihan pedih ulu hati (acid reflux).
Tak dinafikan yang halba ni membantu pengeluaran sus badan bagi wanita yang mengandung. Kita tak kot...haha
Itu antara yang aku baca dan tahu lah..

Halba ni takde rasa apa pun... biasa orang campur dalam nasi dagang yang macam warna macam biji perang tu... aku tak pasti khasiat penuh halba ni ..cuma ada orang pesan elok campur dalam nasi ... tuan try google khasiat halba...