Salam semua... saya dah lama x aktif di forum ni.
ok sekadar informasi kawan2 leh baca:
Artikel 1 - Reiki Penyembuhan Alternatif
Artikel 2 - Reiki Tiada Gunakan Jin Atau Sebarang Ritual Agama
Dalam ilmu kuasa minda separa sedar, banyak lagi aspek lain yang 'adik', seperti telepati, telekinesis, aura, kuasa psikik teknik hipnosis, hypnotherapy,
Law of Attraction... Reiki hanya sebahagian dari kuasa minda separa sedar.
Macam juga Astro, ada banyak channel. Ada Astro Ria, Astro Awani, ESPN, HBO dan National Geographic. Kalau TV3, ada Berita Terkini, Samarinda dan Motivasi Pagi. Konsep yang sama diaplikasikan juga pada kuasa minda separa sedar.
Reiki ini bukan satu
pengisian tapi hanya attune (selaraskan cakra) supaya saranan minda kita utk penyembuhan terus ke sel2 tubuh kita or pesakit..
Reiki tiada kaitan dengan sebarang ajaran agama. hanya kaedah penyembuhan menggunakan kuasa niat, penyerahan total kpd Tuhan Yang Maha Esa.
Pernahkah kita alami ketika kaki, siku atau sebahagian anggota tubuh kita terhantuk pd sesuatu tempat keras dgn cepat kita akan menggosokkan telapak tangan kita pada tempat yang sakit? Itulah kaedah reiki - reiki ini dispesifikkan supaya kita lebih fokus jika kita kata rawatan dengan mletakkan telapak tangan pada sesuatu tempat yg sakit adalah reiki.
Contoh yg lain..kita pernah alami suatu keadaan yang amat rileks, tenang dan amat santai sekali ketika berada di tepi pantai di waktu petang dalam jam 6 ptg dengan angin sepoi2 bahasa.. ketika itu minda kita amat tenang tanpa kita fikirkan apa2 masalah. Jika kita nak spesifikkan dalam bab ilmu minda, keadaan yang kita alami itu adalah minda kita dalam gelombang alpha iaitu gelombang minda yg berada dalam keadaan santai, tidak stress... dalam ilmu minda juga diajar utk meditasi/fokus supaya fikiran sentiasa tenang, lapang.... ilmu minda ini saintifik, sesiapa pn blh blajar, tiada kaitan agama skalipun.
Kalau dalam Islam sebab itu seharian wajib solat 5 waktu, bukankah ketenangan itu hanya dalam agama. Dalam meditasi, seeloknya kita yang Muslim ni tumpu pada dzikir qalbi, Allah Allah...jadi x semestinya kita tidak boleh blajar ilmu minda dan x semestinya x boleh jika kita praktikkan dzikir dalam meditasi walaupun dalam pelajaran minda tiada sentuh ttg dzikir...krn ia umum.
Kembali pula ttg reiki, ianya adalah saintifik, iaitu minda boleh keluarkan gelombang ke alam semesta ttg apa yang kita fikirkan...bila sesorang blajar reiki, cakra (pusat2 tenaga) dibuka supaya apa yg kita niatkan utk penyembuhan, insyaAllah terjadi..dan ianya adalah
suppliment treatment bukan bertujuan utk menggantikan ubat-ubat doktor / homoepathy dsb. Ianya berdasarkan prinsip penyembuhan memerlukan energi, maka ianya akan mempercepatkan pemyembuhan. Namun tidak dinafikan ada testimoni-testimoni tentang teknik REIKI yang berupaya menyembuhkan terus sakit-sakit tanpa ubat-ubat fizikal. Semuanya dengan izin Allah jua.
Reiki boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja krn tiada ritual keagamaan di dalamnya...jika seorang Muslim mpelajarinya tidak salah jika disertakan dengan doa, sebelum lakukan rawatan, ambil wudhu (lebih afdhal solat 2rakaat), ditambah dengan ayat2 al-quran....dsb. terpulang kepada persepsi orang utk menerimanya.
Kesimpulannya, reiki ini masih baru di malaysia...mungkin penerimaannya belum diterima sepenuhnya dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.
Sebagai seorang Master Reiki, tidak dinafikan juga ada murid2 saya yang telah berjaya menyembuhkan diri sendiri, keluarga dan kawan2 (walau dgn kaedah jarak jauh)...dapat pulihkan ekonomi sendiri, lebih rileks...dan mcm2 lagi
testimoni.