Dalil Rasional
Orang-orang kafir barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini kepada kebangkitan semula Khilafah.
1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil Hubungan Luar
“Masa depan Iraq samada dinaungi keganasan pengganas dan melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan berdepan dengan kepincangan yang besar”
2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 di Washington mengatakan
“Iraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah untuk kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan memahami”.
Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS.
3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada perkataan)Khilafah dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill September lalu berkata “Mereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum muslim”.
4. Carleton S, ketika memberi komen tentang peradaban Islam dari tahun 800 hingga 1600, menyatakan,
"Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lain….Tenteranya merupakan gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang belum pernah dikenal sebelumnya."
[Ceramahnya pada 26 September 2001, dengan judul, "Technology, Business, and Our Way of Life: What's Next"].
5. George W Bush (Laknatulahi ‘Alaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal yang senada :
"Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali empayar Islam radikal yang akan menyebar dari Sepanyol hingga Indonesia."
Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya round the clock. Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta sokongan dalil naqli seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !
Khatimah
Selain dari dalil kewajiban umat Islam mendirikan semula Khilafah sebagaimana yang dituturkan sebelum ini, hadis 'Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah' (HR Ahmad/Baihaqi) itu juga mengiringi suatu tuntutan.
Sekurang-kurangnya kaum muslimin wajib meyakini bahawa tugas merealisasikan sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan perintah yang terpikul atas bahu masing-masing, bukan dibiarkan begitu saja kepada suatu golongan sedang dirinya hanya sebagai penunggu dan penanti yang setia.
Paling tidak, bangun bersama mengubah pemikiran yang ada ketika ini, belajar dan mengajar, beralih dari yang sesat kepada yang lurus terang, dari yang ragu kepada yakin.
Keyakinan kepada hadis tersebut tidak berdiri sendiri pada periwayatan ahad, bahkan ianya disandarkan kepada keumuman lafaz ayat 55 surah An-Nur.
Begitu juga disokong mafhum (dilalah)nya hingga mewujudkan satu maksud yakni kekhilafahan kembali merupakan suatu kepastian. Kepastiannya merupakan aqidah siyasah umat yang perlu dipikul bersama agar ia terealisasi.
Mengapa Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah?
Kerana lafaz Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam dan juga sikap optimis umat perlu dikembalikan pada kegemilangan Khilafah Ar-Rasyidah.
“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat).” [HR. Abu Daud, dengan sanad hasan]
Wallahu ‘alam bissawaab