BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu KHILAFAH...???

assalamualaikum...

Sesungguhnya pemerintahan Islam itu adalah Khilafah.

Umat Islam wajib bergabung di bawah satu payung pemerintahan yang bergelar Khilafah dan haram bagi umat untuk berpecah belah di bawah negara-bangsa.

Sedarilah wahai kaum Muslimin bahawa sistem pemerintahan Islam adalah Khilafah.

Telah lebih 1400 tahun Daulah Khilafah memerintah umat Islam di seluruh dunia di bawah kepimpinan seorang Khalifah.

Sungguh, Abu Bakar adalah Khalifah, Umar adalah Khalifah, Utsman dan Ali adalah Khalifah.

Mereka memerintah sebagai ‘Khalifah’ kerana itulah ketetapan (hukum) Allah dan Rasul ke atas mereka dan ke atas kita.

Begitu juga dengan para pemerintah Daulah Umaiyyah, Abbasiyyah dan Utsmaniyyah, kesemua mereka adalah Khalifah kaum Muslimin.

Inilah hukum Allah di mana umat Islam wajib bersatu dan bernaung hanya di bawah seorang Khalifah.

Umat Islam adalah umat yang satu, aqidah mereka satu, Tuhan mereka Satu, Kitab mereka satu, Kiblat mereka satu dan Negara mereka juga adalah satu.

Dan negara bagi umat Islam adalah Negara Khilafah.

maksud saya, siapakah khalifah pertama?
 
maksud saya, siapakah khalifah pertama?

assalamualaikum...

Melalui hadisnya,

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan kaum Muslimin bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir dan setelah baginda, urusan pemerintahan kaum Muslimin akan diambil alih oleh para Khalifah.

Keberadaan institusi Khilafah sebagai kesinambungan kepada Daulah Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah bermula dengan terlantiknya Abu Bakar sebagai Khalifah pertama kaum Muslimin.
 
saya ada satu soalan trick.

saudara kata sistem khalifah ialah sistem Islam. jika sistem ini Nabi yang perkenalkan. dan sepatutnya Nabi yang jadi KHALIFAH PERTAMA. Nabi sebagai pemimpin umat Islam, ketua kerajaan Negara Islam Madinah, kenapa Nabi digelar khalifah sedangkan saudara kata khalifah ialah sistem Islam?

peliknya, "sistem Islam" ini bermula selepas Nabi wafat?
 
KHILAFAH adalah sistem pemerintahan Islam, manakala KHALIFAH pula adalah pemimpin nya. sila bezakan perkataan Khalifah dgn Khilafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.” [HR. Muslim].
 
Dalil Rasional

Orang-orang kafir barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini kepada kebangkitan semula Khilafah.

1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil Hubungan Luar

“Masa depan Iraq samada dinaungi keganasan pengganas dan melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan berdepan dengan kepincangan yang besar”

2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 di Washington mengatakan

“Iraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah untuk kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan memahami”.

Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS.

3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada perkataan)Khilafah dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill September lalu berkata “Mereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum muslim”.

4. Carleton S, ketika memberi komen tentang peradaban Islam dari tahun 800 hingga 1600, menyatakan,

"Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lain….Tenteranya merupakan gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang belum pernah dikenal sebelumnya."

[Ceramahnya pada 26 September 2001, dengan judul, "Technology, Business, and Our Way of Life: What's Next"].

5. George W Bush (Laknatulahi ‘Alaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal yang senada :

"Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali empayar Islam radikal yang akan menyebar dari Sepanyol hingga Indonesia."

Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya round the clock. Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta sokongan dalil naqli seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !

Khatimah

Selain dari dalil kewajiban umat Islam mendirikan semula Khilafah sebagaimana yang dituturkan sebelum ini, hadis 'Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah' (HR Ahmad/Baihaqi) itu juga mengiringi suatu tuntutan.

Sekurang-kurangnya kaum muslimin wajib meyakini bahawa tugas merealisasikan sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan perintah yang terpikul atas bahu masing-masing, bukan dibiarkan begitu saja kepada suatu golongan sedang dirinya hanya sebagai penunggu dan penanti yang setia.

Paling tidak, bangun bersama mengubah pemikiran yang ada ketika ini, belajar dan mengajar, beralih dari yang sesat kepada yang lurus terang, dari yang ragu kepada yakin.

Keyakinan kepada hadis tersebut tidak berdiri sendiri pada periwayatan ahad, bahkan ianya disandarkan kepada keumuman lafaz ayat 55 surah An-Nur.

Begitu juga disokong mafhum (dilalah)nya hingga mewujudkan satu maksud yakni kekhilafahan kembali merupakan suatu kepastian. Kepastiannya merupakan aqidah siyasah umat yang perlu dipikul bersama agar ia terealisasi.

Mengapa Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah?

Kerana lafaz Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam dan juga sikap optimis umat perlu dikembalikan pada kegemilangan Khilafah Ar-Rasyidah.

“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat).” [HR. Abu Daud, dengan sanad hasan]

Wallahu ‘alam bissawaab
 
Last edited:
assalamualaikum...

KHILAFAH adalah sistem pemerintahan Islam, manakala KHALIFAH pula adalah pemimpin nya. sila bezakan perkataan Khalifah dgn Khilafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.” [HR. Muslim].

saya memang faham antara Khalifah dan Khilafah, satu mufrad, satu lagi jamak.

well, berdasarkan hadith ini dan relatednya dengan hujah kamu, sistem Khilafah hanya bermula selepas Nabi wafat. ini bermakna, Nabi sendiri tidak menggunapakai gelaran "khalifah" sewaktu baginda memerintah Madinah. dan gelaran khalifah or sistem khilafah ini, obviously hanya wujud selepas zaman Nabi.

persoalan kedua :

apakah sistem pemerintahan yang digunakan oleh Nabi? apakah Nabi juga menggunakan sistem Khilafah ini?
 
Assalamualaikum...

Wahai saudaraku kuhik...

Rasaulullah SAW adalah Rasul serta ketua Negara Islam pertama Umat Islam. Bermakna disamping beliau sebagai Rasul yg mengembangkan agama Islam, beliau juga adalah seorang ketua Negara..

Khalifah dari erti bahasa adalah PENGGANTI, maka Abu Bakar adalah pengganti pertama setelah kewafatan Rasulullah SAW.Dan gelaran Khalifah bagi pemimpin umat Islam itu kekal sejak dari Khalifah arRasyiddin, Ummaiyah, Abbasiyah serta Uthmaniyah.

Khilafah pula adalah gelaran bagi Sistem pemerintahan Islam yg dilaksanakan oleh para Khilafah. dan sistem pemerintahan Islam ini adalah diwariskan dari Nabi Muhammad SAW.

Apakah sistem pemerintahan Islam yg dilaksanakan oleh Rasulullah dan para Khalifah itu sama dengan sistem demokrasi sekarang...????

Apakah yg membezakannya...???
 
kamu tidak menjawab soalan.

saya tanya, apakah sistem pemerintahan yang Rasulullah guna? apakah Rasulullah guna sistem khilafah? sepertimana yang kamu dakwa bahawa sistem khilafah itu ialah sistem pemerintahan Islam?

jika Abu Bakar menggunakan sistem Khilafah, apakah Rasulullah juga menggunakan sistem yang sama, iaitu sistem Khilafah?
 
Saya rasa saya dah jawab soalan sdr Kuhik... sistem pemerintahannya adalah sama, hanya gelaran saja berbeza...
 
Assalamualaikum...

Saya rasa saya dah jawab soalan sdr Kuhik... sistem pemerintahannya adalah sama, hanya gelaran saja berbeza...

aik? pulak dah...
camner ni ada gelaran beza-beza plak?

zaman Nabi gelaran lain, zaman lepas Nabi wafat pakai gelaran lain? boleh tukar nama plak sistem pemerintahan Islam ni yer...

so, zaman Nabi pakai gelaran apa?
 
Back
Top
Log in Register