BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

begitu jg ttg hadis2 Imam Bukhari, persoalannyer bkn blh atau bln membantah pendpt para ulama...

tp persoalannyer adalah aderkah ilmu kiter setanding dgn mrk utk membantah pendpt mrk...

aku x nak sentuh terlalu byk bab akhlak sbb nnt ulasan aku jd terlalu sensitif plak, tp itu sebhgian drpd aspek yg dinilai utk menerima pendpt seseorg...

klu nko dpt buktikan dr bhw hujah nko berdsrkan ilmu & bkn andaian2 dr teori yg blm terbukti kendian di sokong plak dgn akhlak yg elok, انشالله, aku sendiri akan jd pengikut nko...

jika point sebenar adalah ketaatan kpd qjjl SWT maka aku kater "ketaatan" itu sendiri adalah perkara yg subjektif bergantung kpd tafsiran setiap individu...

aku kater "taat" itu ditunjukkan melalui patuh kpd Al-Quran & sunnah, jika terdpt percanggan antara Al-Quran dgn sunnah [hadis] cari jln penyelesaian & bkn dgn mudah menolak hadis...

krn menurut ulama [mrk yg lbh berilmu & x bersandarkan teori semata] hadis sahih jg sebhgian drp wahyu qjjl SWT maka mustahil ia berttgan dgn Al-Quran...


kiter yg melihatnyer bercanggah dgn Al-Quran krn kiter x melihat dr sudut ilmu yg objektif, tp dr sudut perasaan yg subjektif...

kalau aku gelak pun nko kategorikan sebagai caci maki, mamposlah.. :eek:

balik pada perbincangan
ayat ini dah jelas cakap pasal "Allah maafkan"
jadi sikit pun aku tak perlu risau apa yang ulama nkorang cakap...
sikit pun aku tak perlu risau sekalipun satu dunia berselisih hukum dengan al-Quran


Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan (kamu) dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar
5.101​

Ini dinamakan "wilayah kemaafan"...
dan mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Salman r.a.

Apa yang Allah halalkan dalam KitabNya, beerti halal
dan apa yang Allah haramkan, itu adalah haram
Serta apa yang tidak diperjelaskan, itu dimaafkan
Maka terimalah pemaafan ini daripada Allah
Sesungguhnya Allah tidak akan pernah lupa akan sesuatu​

Jadi tak perlu bersengketa bagi perkara yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran
Allah memberi kelonggaran supaya manusia itu boleh bersatu
supaya tidak berbunuh-bunuhan sesama sendiri
dan Allah tidak pernah lupa janjiNya untuk memaafkan mengenai perkara itu

tiadalah Tuhanmu itu lupa
19.64​

maka itu persoalannya bukan "salah" atau "benar"
persoalannya ialah apa yang ditetapkan (perintah) dalam "al-Quran"
kalau tiada, jangan adakan
kalau silap, Allah maafkan.. janji Allah
yang pentingnya.. apa yang ditetapkan (perintah) dalam "al-Quran"
yang pentingnya.. jangan menetapkan/menidakkan apa yang Allah tetapkan


Allah tidak sekali-kali mensyariatkan
Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam​

Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta (cth:bunuh penzina) terhadap Allah
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada RasulNya (ie. Kitab Allah)”
mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya” (cth: Kitab Hadis)
Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa
dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
5.103-104​

ini kaedah yang Allah tetapkan, dan yang pentingnya.. ialah apa yang diperintahkan
bukan samada "benar" atau "salah".. sebab "kebenaran" itu hanyalah daripada Allah...

dan sama seperti cerita Iblis, Malaikat dan Nabi Adam
Malaikat sujud pada Nabi Adam
Iblis sujud pada Allah semata-mata, dan tidak mahu sujud pada Nabi Adam
Adakah ini perbuatan menyekutukan Allah?

Pada pemahaman kebiasaan, ini perbuatan menyekutukan Allah dengan Nabi Adam, dan adalah salah

Tetapi persoalannya bukan "salah" atau "benar"
persoalannya ialah apa yang ditetapkan (perintah) dalam "al-Quran"
kalau silap, Allah maafkan.. janji Allah
yang pentingnya.. apa yang ditetapkan (perintah) oleh Allah

dan kalau ada perselisihan.. tetap Kitab Allah menjadi penentu, bukan orang lain, sekalipun Rasulullah SAW
RUJUK SINI: Bagi isu perselisihan hukum dan kembali merujuk kepada al-Quran

Jadi mana alasan nkorang untuk jatuhkan hukuman bunuh ke atas penzina?
Allah tak pernah tetapkan benda ni...
pada aku nkorang yang mengada-adakan hukuman ni..


. . .

krn menurut ulama [mrk yg lbh berilmu & x bersandarkan teori semata] hadis sahih jg sebhgian drp wahyu qjjl SWT maka mustahil ia berttgan dgn Al-Quran...[/COLOR]


so menurut nkorang "HADIS YANG SAHIH" juga adalah "WAHYU"
dan yang menentukan SAHIH adalah Imam Parsi
untuk memilih lebih kurang 23,000 hadis daripada melebihi 4 juta hadis pada zaman tu

mereka ini "menyempurnakan Islam" melalui "tugas-tugas memilih dan mengklasifikasikan cerita"
lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw
hanya setelah itu Islam menjadi sempurna
padahal Allah kata...

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu
dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu
5.3​

Klako tak? :))

mana buktinya yang kata cerita pihak ketiga adalah wahyu?
yang ni ker?

Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

53.5-4​

authority yang diputarbelitkan semenjak beribu-ribu tahun dahulu oleh ulama-ulama muktabar
padahal ayat tersebut takda langsung kaitan dengan apa yang mereka dakwakan...

Demi bintang semasa ia menjunam
Rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat.
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya dengan rupanya asal
Sedang ia berada di arah yang tinggi;
Kemudian ia mendekatkan dirinya, lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit
Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya apa yang telah diwahyukanNya.
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
53:1-12​

see? bukan aku reka cerita ni...
jelas-jelas ayat tu mengenai fakta khusus Jibrail menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW
tetapi ayat tu diputarbelitkan ulama nkorang untuk dakwa hadis juga adalah "wahyu"
apa benda nie sampai Rasulullah SAW kencing pun jadi wahyu Allah? :eek:

tapi jika nko nak kata macam tu.. buktikan melalui al-Quran
bagi ayat al-Quran yang kata segala hadis itu adalah wahyu

aku dah lama buktikan semua ni.. RUJUK SINI
 
Last edited:
ayat ini dah jelas cakap pasal "Allah maafkan"
jadi sikit pun aku tak perlu risau apa yang ulama nkorang cakap...
sikit pun aku tak perlu risau sekalipun satu dunia berselisih hukum dengan al-Quran

DEFINISI orang jahil di dalam al-Quran (2:67-71)

Orang-orang yang mengada-adakan hukum dan mengakibatkan perselisihan umat manusia

Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (2:67)​

Kejahilan Peringkat 1

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” <- perintah Allah dijadikan lawak, sebab tak bagi detail perintah Allah
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. sembelih
2. lembu betina​

"...Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil..." <- sebab question perlaksanaan perintah Allah (minta detail)


Kejahilan Peringkat 2

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman:
Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua
dan tidak terlalu muda
pertengahan (umurnya) di antara itu
maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.​

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. pertengahan umur​

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur​


Kejahilan Peringkat 3

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”​

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu warna kuning tua
2. orang suka melihatnya orang suka melihatnya warna kuning tua itu​

Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu​


Kejahilan Peringkat 4

Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu?
Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya)
dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang)
dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman
ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”​

Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
2. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
3. lembu yang tidak cacat
4. lembu yang tidak ada belang pada warnanya​

Jumlah rukun pada peringat kejahilan ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya​


Kejahilan Peringkat 5

Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut
dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
"...hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu...." <- rukun menjadi susah, sebab banyak bertanya


Perbandingan Rukun pada Peringkat 1 dan Kejahilan Peringkat 5

Rukun pada Peringkat 1 (ie. telah pun Allah terima jika terus dilaksanakan)
1. sembelih
2. lembu betina​

Rukun pada Kejahilan Peringkat 5
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya​

Nampak bagaimana Allah menerangkan siapa orang jahil?

Jika tidak bertanya dan terus menyembelih lembu betina
Allah pasti telah pun menerima korban mereka
Tetapi mereka ini suka bertanya, dan akhirnya dua rukun telah menjadi 12 rukun
Inilah yang dikatakan orang jahil

Begitulah juga dengan hari ini..
Mereka ini mengada-adakan hukum melalui pertanyaan yang diluar daripada ketetapan Allah
Akibat daripadanya cara hidup Islam itu menjadi sukar
dan mengakibatkan perselisihan manusia

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:
“Ini halal dan ini haram”​
untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah
sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya
[Al-Nahl:116]

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum):
“Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu
sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal?”​
Katakanlah lagi:
“Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”​
[Yunus:59]​


hasilnya? Akan mengakibatkan ketegangan dalam masyarakat..
dan mewujudkan "perkauman", "perpecahan" etc dan masyarakat tidak dapat bersatu.

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”​
mereka menjawab: ”
Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.​
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan
tetapi mereka tidak menyedarinya.
2.11-12​

RUJUK SINI

Contoh isu-isu yang dibincangkan oleh orang jahil
padahal al-Quran sekadar memberikan panduan asas untuk solat
dan kita bebas melakukannya solat mengikut panduan asas tersebut

sebaliknya, mereka ini menjadi melampau sehingga ke satu tahap yang tidak masuk akal
mereka sanggup kafir mengkafirkan semata-mata perbezaan solat
dan percayalah semua ini mengakibatkan peperangan dan bunuh membunuh...

http://www.youtube.com/watch?v=MlcBQo5O388
 
Last edited:
Memorandum PUM vs Penulis Hina Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bermula memorandum ini disampaikan kepada Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu
untuk dipanjangkan kepada Pengerusi Majlis Raja-Raja Melayu, pelbagai reaksi
telah dilontar kepada tindakan ini.

Seperti yang dijangka media massa menjadikan ianya isu panas tetapi dengan
olahan yang tersendiri untuk menggambarkan tindakan ini sebagai tindakan yang
sempit dan dianggap menyekat perkembangan minda di kalangan umat Islam. Reaksi
dari kalangan ahli politik, pemimpin kerajaan, jurnalis, ahli akademis, aktivis
masyarakat dan orang perseorangan di dedahkan dalam akhbar harian, bukan sahaja dengan nada membidas
malah cuba mengalih isu ini kepada isu politik.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berserta 7 NGO Islam yang lain dituduh bermirip
pembangkang. Tindakan PUM dituding sebagai tidak adil dan didakwa pro
pembangkang. Konflik antara parti politik cuba diheret ke dalam isu ini dengan
menuduh PUM tidak mengambil pendirian terhadap isu yang lain sebelum ini.

PUM dan 7 NGO Islam yang lain menganggapi bahawa mereka yang bersikap dan
berpendirian negatif terhadap tindakan ini jelas mempunyai agenda tersendiri
iaitu agenda untuk memberi laluan kepada arus sekularisme dan liberalisme di negara
ini dengan cara meminggir dan menekan suara ulama' . Istilah-istilah yang diguna
untuk menyudutkan golongan ulama seperti ulama politik,ulama ortodoks, ulama
fundamentalis dan ekstremis dan ulama militan, adalah pendekatan untuk
merendah dan menakut-nakutkan masyarakat terhadap golongan ulama.

Di samping kami percaya mereka yang melontar reaksi negatif ini mempunyai agenda
tersendiri, kami juga yakin mereka tidak membaca ( malah tidak mahu mengambil
tahu) kandungan memo tersebut. Kami percaya rencana-rencana yang ditulis dan
diterbitkan ( umumnya diterbit dalam bahasa Inggeris) tidak dibaca oleh
kebanyakkan masyarakat.

Kami juga yakin pihak seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, Menteri di JPM Brig.Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin dan lain
tidak akan menerima kata-katayang ditulis oleh penulis-penulis berkenaan sebagai
"kata-kata intelektual" ," kata-kata ilmiah" atau hanya "konflik pendapat",
jika mereka benar-benar meneliti kalimah-kalimah menghina yang diguna oleh
penulis-penulis berkenaan. Oleh itu reaksi mereka yang mencadangkan diadakan
perbincangan dengan penulis, bagi kami adalah suatu helah untuk tidak mahu
mendakwa mereka yang bersalah.

Oleh kerana pelbagai reaksi negatif terhadap tindakan PUM telah disiarkan dalam
media massa maka kami membuat keputusan agar masyarakat umum mengetahui
kandungan penuh memo tersebut agar dapat dinilai dengan bijak dan adil oleh
semua pihak.

Kami menyeru supaya semua pihak mengambil perhatian serius terhadap isu ini
dengan memohon Majlis Raja-Raja Melayu sebagai badan yang memegang kuasa
tertinggi menjaga kesucian agama Islam dan institusi-institusinya di negara ini
bertindak sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab menghina dan mencabar
Islam.

Berikut adalah memorandum yang telah diserahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Pengerusi Majlis

Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mengenai isu ini
pada 21 Zulkaedah 1422 bersamaan 4 Februari 2002 di pejabat Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Melayu :



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Pengerusi Majlis Raja - Raja Melayu
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Melayu
482, Jalan Bukit Petaling
50682 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wr.wb.

POHON MENGHADAP KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA,
PENGERUSI MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU UNTUK PERBINCANGAN
DAN PENJELASAN BAGI MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS
PENULIS-PENULIS DAN MEDIA YANG MENGHINA ISLAM DAN
MEMPERKECILKAN RASULULLAH S.A.W SERTA ULAMA.

Dengan penuh takzimnya, Persatuan Ulama Malaysia (PUM),Persatuan Ulama Kedah
(PUK), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Majlis
Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), HELWANI MPMI, Majlis Bertindak Wanita Islam (MBWI), dan
Persatuan Graduan Syariah Malaysia, kami merafak sembah dan menjunjung kasih,
memohon perkenan mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Pengerusi
Majlis Raja-Raja Melayu untuk meneliti, berbincang dan mengambil tindakan ke
atas para penulis dan akhbar yang sudah kerap kali menulis dan menyiarkan
artikel-artikel yang jelas menghina ulama, Rasulullah s.a.w dan Islam sendiri.

Berkaitan dengan ini, kami ingin menjelaskan bahawa pihak kami sudah melakukan
pemantauan dan membuat penelitian yang terperinci mengenai hal tersebut dan
pihak kami dapat merumuskan bahawa dewasa ini ada usaha yang terancang dan
berterusan untuk menghina kesucian agama Islam di negara ini.

Kami dapati usaha pihak-pihak tertentu ini bermula dengan menanamkan keraguan
dan kekeliruan terhadap imej dan status ulama dan seterusnya memberi gambaran
salah mengenai hukum Islam yang dianggap sudah tidak sesuai lagi di zaman moden
ini.

Kami juga merumuskan mereka telah cuba mengelirukan umat Islam dengan
melontarkan pandangan bahawa segala hukum-hukum Islam seharusnya tidak terikat
dengan tafsiran ulama' (termasuk ulama' mu'tabar). Mereka berusaha untuk
mempengaruhi masyarakat bahawa Islam boleh ditafsir mengikut kehendak hati
sesiapa sahaja dengan bebas.

Akibatnya kami dapati mereka menyarankan untuk membolehkan siapa sahaja yang
mahu memberi tafsiran tersendiri mengenai syariat Islam boleh berbuat demikian
walaupun di kalangan yang tidak mempunyai kedalaman ilmu yang asas mengenai
kaedah merumuskan hukum-hukum Syariat.

Kami berpendapat jika hal ini tidak dibendung, kekeliruan yang besar akan
berlaku di kalangan masyarakat Islam di dalam negara ini dan akan mengakibatkan
umat Islam berada dalam dilema dan kekeliruan yang merbahaya. Membiarkan hukum
Islam
dikomentar dan dicabar serta dihina oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai
asas yang betul dalam kaedah ilmu Islam akan mendedahkan masyarakat kepada
kacau-bilau dan porak peranda yang menghancurkan.

Kami dengan penuh rendah diri menghormati kedudukan dan amanah besar yang
dipikul oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia dalam Majlis Raja-Raja yang mengikut
Perlembagaan Persekutuan adalah penjaga kesucian Islam di negara ini. Namun
nampaknya Islam dan institusinya semakin dicabar oleh mereka yang berniat jahat.
Pihak
ini cuba mengukuhkan pendapat bahawa tafsiran mengenai al-Quran dan al-Hadith
boleh dibuat secara liberal dan moden oleh pihak-pihak yang berkenaan dan tiada
pihak pun yang berusaha untuk membendungnya segera.

Kami yakin jika hal ini tidak dibendung, umat Islam akan melalui suatu keadaan
yang cukup bahaya dan berkemungkinan melibatkan penyimpangan dari Aqidah Islam
dan syariat Islam yang benar iaitu berdasarkan nas-nas serta dalil-dalilnya yang
sudah disepakati oleh Ulama mu'tabar.

Kami berpendapat pihak berkuasa perlu bertindak mengikut peruntukan
undang-undang yang ada demi menjaga kesucian dan kedudukan syariat Islam,
Rasulullah SAW serta ulama' dari terus dicerca dan dihina.

Pentafsiran Islam secara liberal dengan mengikut logik dan hujah rasional tanpa
merujuk kepada kaedah dan disiplin Islam secara khusus akan mencemarkan kesucian
hukum Syariat yang telah disepakati oleh para ulama' yang keikhlasan dan
kesolehan mereka tidak dipersoal. Dengan membiarkan pihak yang ghairah
memperdebatkan hukum-hukum Islam sesuka hati mereka akan merebakkan lagi mereka
yang tidak bertanggungjawab untuk mencabar dan mempersoal institusi-institusi
agama Islam di negara ini.

Perkara jelas yang hendak dilakukan oleh mereka ialah menanamkan rasa benci dan
marah serta hilang hormat, kepercayaan dan kasih masyarakat terhadap kewibawaan
ulama' dan institusi-institusi Islam.

Usaha yang semakin berleluasa ini dengan jelas bertujuan untuk akhirnya membawa
negara ini jauh dari tuntutan Islam apabila terdapat ruang seluasnya untuk pihak
awam (yang tidak mempunyai keupayaan untuk membahaskan hukum Islam) dengan
sesuka hati menolak sebarang hukum Islam yang jelas dan nyata. Malah
hukum-hukum Islam seolah-olah ditendang sesuka hati bagaikan bola sepak secara
paling biadab.

Malah dari keadaan yang kami perhatikan bahawa pengawalan kesucian Islam sudah
nampak tidak terkawal apabila ada pihak-pihak yang tidak ada kena mengena dengan
Islam seperti Majlis Peguam (Bar Council) sekalipun sudah berani mendebatkan
mengenai hal ehwal Islam. Padahal tidak terdapat sesiapapun di kalangan individu
atau badan-badan Islam yang mahu memberi komen kepada agama Kristian, Buddha
mahupun Hindu kerana hormat kepada pegangan agama masing-masing.

Soalnya kenapa mereka yang bukan Islam pula berani untuk memberi komen ke atas
hukum Islam? Jelas sekali kesucian Islam sudah terdedah kepada penghinaan oleh
sesiapa sahaja termasuk orang-orang bukan Islam dan ini merupakan trend yang
sangat berbahaya.

Kami dengan ini memohon perhatian yang serius dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
agar tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang yang terdapat dalam Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri diambil untuk membendung perkembangan
yang tidak sihat dan bahaya ini. Kami percaya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
tidak akan membiarkan agama Islam dan institusi-institusinya yang suci di serang dan
dihina.

Kami dengan tulus ikhlas merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
agar mengambil langkah tegas bagi menyekat perbuatan yang kami anggap bahaya dan
jahat ini.

Di samping itu sebagai cadangan kami mengusulkan agar Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah mekanisme sama ada berbentuk
sebuah Forum atau Majlis Khas untuk mana-mana pihak yang ingin menyuarakan
pendapat tentang Islam menyalurkan pandangan mereka kepada badan ini. Sesiapa
sahaja yang ingin memberi pandangan mengenai Islam perlu dihadapkan kepada badan
ini bagi mereka mengutarakan hujah. Kami berpandangan bahawa dengan adanya badan
seperti ini, mereka yang ingin menyuarakan pandangan mereka dapat dibahaskan
melalui saluran badan ini supaya kekeliruan di kalangan masyarakat dapat
dihindari. Badan ini hendaklah secara langsung dipertangungjawabkan kepada
Majlis Raja-Raja sendiri di bawah nasihat mufti-mufti.

Artikel-artikel yang berkaitan telah kami lampirkan untuk penelitian ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia. Berikut adalah antara penghinaan yang dinyatakan dalam
tulisan mereka yang kami dapati menghina ulama', menghina status Rasulullah
s.a.w dan sekaligus menghina hukum-hukum Islam :

1.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR
BELAKANGNYA.


1.1 "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka
sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam
seperti Al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."
(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam :Utusan Malaysia, 26 hb
September 2000)

1.2 "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak
tafsiran klasik (lama )yang telah ketinggalan zaman.... Kepada umat Islam kita
menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran Al Quran berdasarkan
kaedah saintifik."
(Kassim Ahmad, New Straits Times, 12 hb Oktober 2000)

2.0 MENGHINA RASULULLAH S.A.W.


2.1 ".the Prophet known to have had sexual relations with 15 women, which
included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life."
("Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk
seorang wanita bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya")
["Let Islam lead way with its progressive view on sexuality" oleh Farish A. Noor
(NST, 4 Nov 4 2000)]

2.2 ".the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal
leader, and so the early oath of allegiance given to him were given as a tribal
rather than just a religious leader."
(... Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya dadalah seorang pemimpin kabilah, dan
oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah
pemimpin kabilah lebih dari pemimpin agama)

"....Islam is a discourse and all discourses are open, contested and
plastic...."
( Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan
plastik )
["Farish A Noor - Intellectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ("The
Edge" , 3 Dis 2001)]

2.3 "the Prophet was seen by early converts to Islam as a tribal leader and
many of those who rallied to his banner did so according to the logic of tribal
loyalties."
(.Nabi dilihat oleh pengiku-pengikutNya sebagai pemimpin suku dan ramai di
kalangan mereka yang mengikutinya berbuat demikian kerana logik kepatuhan
kesukuan .)
["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor ( NST 1 hb
Disember 2001)

3.0 MENGHINA ULAMA' DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W

3.1 "Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough
oxygen is getting into their brains.They are not thinking straight. "
"From time to time the ulama do not fail to come out with their totally
ridiculous and foolish pronouncements."
(". Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen
masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras ...Dari masa ke semasa
ulama selalu mengeluarkan pengumuman yang tidak masuk akal dan *****.")
["Now the mufti blame Hindi films" Akbar Ali (The Sun, 21hb Februari 2001)]

3.2. "A religious issue is finally being discussed freely by many intelligent
people and not just by men who dislike shaving but are not averse to wearing
dresses.."
"There is also substantial discussion on this issue on the Internet which
usually provides more challenging opinions than what we will hear from the
bearded ones in our neighbourhood".

(".. Isu agama akhirnya dibincang secara bebas oleh ramai bijak pandai dan tidak
hanya orang yang tidak suka mencukur janggut tetapi tidak menentang mengenai
pakaian.
"Terdapat juga perbincangan yang mendalam mengenai isuini di dalam internet yang
kebiasaannya mengeluarkan pendapat yang lebih mencabar berbanding apa yang kita
dengar daripada mereka yang berjanggut")
("Many Sides to tudung issue" oleh Akbar Ali – The SUN, 12 April 2000)

4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD

4.1 The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in
his disbelief"
"No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the
promise that God will never forgive him nor guide him to the right path. This is
God's promise. It is his law."

(..Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai
kafir.

..Tiada hukuman dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain dari janji Tuhan
yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah
janji Tuhan. Ini adalah undang-undangNya.)

(Death For Apostates Unjust oleh Akbar Ali - The SUN, 14 hb Julai 1999)

4.2 "The few women who have spoken in support of polygamy also seem to be
strong supporters of the ulama brand of religion..The ulama in their efforts to
confuse have come out with fancy stories that a wife who consents for her
husband to take another wife is assured a place in paradise"

("Segelintir wanita yang telah mengutarakan pendapat menyokong poligami
nampakanya menjadi penyokong kuat terhadap ugama mengikut jenama ulama . ulama
dalam usaha mereka untuk mengelirukan telah mengeluarkan cerita-cerita karut
bahawa seorang isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lain dijamin syurga.")

(Polygamy in Islam comes with a heavy responsibility - Akbar Ali dalam The SUN
20/1/02)

5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN

5.1 "Therefore the question that should be addressed in our society today is not
whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims,
but whether it should still be continued under the Islamic family law for the
Muslims".

("Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini
bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk
orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam
undang-undang keluarga Islam")

["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10th
January 2002]

5.2 " As for the number of wives allowed in polygamy, the Quran does not
indicate a fixed maximum of four. The phrase "two and three and four " is also
found in describing the wings of angels"

("Mengenai bilangan isteri yang dibenarkan di dalam poligami, Al-Quran tidak
menetapkan bilangan yang terhad kepada empat. Pernyataan "dua dan tiga dan
empat" juga terdapat dalam memperihalkan sayap-sayap para malaikat")

(Polygamy in Islam Comes ith a Heavy Responsibility - Akbar Ali dalam The SUN
20/1/02)

6.0 ISLAM DIPERSOALKAN

Majlis Peguam dengan kerjasama Sisters in Islam dan National Human Rights
Society telah menganjurkan Bengkel Festival Hak Asasi sempena Hari Hak Asasi
Sedunia pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur. Suatu rencana berjudul ISLAM THE
GREAT DEBATE yang ditulis oleh Sarah Sabaratnam dan Loretta Ann Soosayraj dalam
New Straits Times 11 Disember 2001 telah melaporkan beberapa panelis jemputan
memberi tanggapan negatif terhadap sistem keadilan Islam. Antaranya:

Fatwa dianggap menyekat kebebasan individu dan masyarakat

6.1 ".the right to privacy and freedom of choice was seen to have been violated
when the Johor State Government issued a fatwa to compel all Muslim couples
intending to marry to go for HIV testing."

(".. hak kepada kebebasan memilih dilihat sebagai bercanggah dengan Fatwa yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Johor yang mewajibkan semua pasangan Islam yang ingin
berkahwin menjalani ujian HIV..")

6.2 "Islamic discourse is used to police and control the community."

("Islam adalah wacana yang digunakan untuk mengawal dan mengawasi masyarakat.)
[Farish A Noor]

6.3 "He also said that 'public Islam' can erode fundamental liberties, pointing
to the case of a nonMuslim trader in Kelantan who lost his right to livelihood
when he was penalized for selling food to a Muslim during Ramadhan."

(.."Beliau juga berkata 'Islam awam' boleh menghakis kebebasan asasi, dengan
mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Islam di
Kelantan yang hilang haknya apabila beliau didenda kerana menjual makanan kepada
orang Islam di bulan Ramadhan")
[Malik Imtiaz Sarwar]

Menyatakan diri sebagai muslim atau bukan Muslim dianggap suatu diskriminasi

6.4 "In major national exams such as the PMR, she added, students have to
indicate whether they are Muslim or non Muslim. "And yet as many of us know,
Islam abhors the idea of assabiyah or ethnic and nationalistic differentiation."
("Di dalam peperiksaan kebangsaan seperti PMR, beliau menambah, pelajar-pelajar
dimestikan menulis samada mereka Muslim atau bukan Muslim. "Sedangkan kita semua
tahu, Islam menentang asabiyah atau perbezaan etnik dan perbezaan bangsa")
[Dr Patricia Martinez]

6.5 "But when Sisters in Islam made its stand on polygamy, Perlis Menteri Besar
Datuk Seri Shahidan Kassim in 1996 declared that they (SIS) were questioning the
word of God. . Zainah Anwar, executive Director of Sisters in Islam, says that,
because Islam shapes our lives and govern us, it is too important to be left to the
legislators and ulama to define."

(Tetapi bila Sisters in Islam menyatakan pendiriannya terhadap poligami, MB
Perlis Dato Seri Shahidan Kassim pada 1996 mengisytiharkan SIS mempersoalkan
kata-kata Tuhan. Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS, menyatakan, "Oleh kerana
Islam membentuk kehidupan kita, ia adalah terlalu penting untuk dibiarkan hanya
kepada penggubal undang-undang dan ulama untuk menentukannya". )

[Zainah Anwar]

Semua tulisan-tulisan sebegini merupakan suatu penghinaan secara langsung ke
atas Islam, Rasulullah s.a.w.dan institusi ulama.

Selain dari itu badan-badan yang menganjurkan Bengkel tersebut adalah tidak
layak untuk membincangkan tentang Islam dan mereka menjemput para panelis yang
tidak layak untuk membicarakan topik tersebut termasuk dari yang bukan Islam.
Oleh itu pandangan mereka banyak bertentangan dengan Islam dan kadangkala akan
menyerang Islam secara langsung.

Adalah amat dikesalkan apabila semua pihak merasakan mereka layak dan mampu
untuk membicarakan soal Islam dan akhirnya cuma mendatangkan kemudaratan kepada
agama suci ini.

Umpamanya Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HRC) Majlis Peguam Malaysia,
Cecil Rajendra telah mengedarkan surat terbuka dalam Mesyuarat Agung Majlis
Peguam itu pada tahun 2001 yang telah mengkritik dan tidak mengakui serta tidak
mengiktiraf hak kebebasan beragama sebagaimana termaktub dalam Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya beliau dan Jawatankuasa HRC mendesak agar orang-orang Islam boleh
keluar dari Islam tanpa sebarang sekatan.Tujuan surat terbuka ini diedar adalah
untuk meluluskan suatu usul dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu bahawa
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan dengan Deklarasi
Universal Hak Asasi Manusia. (Bersama ini dilampirkan bantahan melalui kenyataan
akhbar dua badan bukan kerajaan Melayu mengenai isu ini).

Kami juga mendapati beberapa akhbar-akhbar dan majalah tempatan berterusan
menyiarkan artikel-artikel dalam bentuk sebegini dan mempersoalkan hukum-hukum
Islam.

Oleh itu kami berpendapat telah wujud suatu perancangan berniat serong dan
seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihak-pihak tertentu untuk menyerang
Islam dan institusi ulama di negara ini.

Buat makluman Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, perkara ini adalah bertentangan
dengan Enakmen-enakmen dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri seperti
yang dinyatakan dalam seksyen 7 dan 8, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Kuala
Lumpur 1997 yang memperuntukkan bahawa sebarang penghinaan terhadap Islam atau
mempersendakan ayat suci al-Quran dan al-Hadith adalah satu kesalahan dan jika
disabitkan boleh didenda sehingga RM 5,000 dan dipenjara tidak melebihi 3 tahun
atau kedua-duanya. Kandungan yang sama juga termaktub dalam Seksyen 7 dan 8
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Buat makluman Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, satu laporan telah dibuat kepada
Jabatan Agama Islam Selangor pada 26 April 2001 mengenai penghinaan Islam
oleh seorang penulis dalam akhbar The Sun yang bernama Akbar Ali sebagaimana
dilampirkan. Namun sehingga kini kami belum mendapat sebarang maklumbalas
mengenai tindakan yang telah diambil tentang laporan yang telah dibuat. Daripada
maklumat tidak rasmi yang diperolehi mengatakan bahawa laporan ini telah ditutup
tanpa diambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Kini kami telah mendapat maklumat bahawa beberapa individu dan pertubuhan telah
tampil membuat laporan tentang penghinaan ulama' dan Islam oleh penulis
seperti Farish A. Noor. Laporan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah , Pulau Pinang , Perak, Negeri Sembilan, dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kami dimaklumkan tindakan untuk menyiasat
dan mendakwa pihak yang berkenaan masih belum dilakukan.

Oleh itu kami dengan ini merayu agar pihak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia dapat
mengambil tindakan tegas ke atas penulis-penulis tersebut serta pihak yang
berkenaan yang menyiarkan tulisan-tulisan tersebut sesuai dengan kehendak agama
dan peruntukan undang-undang.

Kami merayu agar suatu agenda khas mengenai perkara ini diadakan untuk
dibincangkan dan diputuskan tindakan di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Kami dengan ini juga memohon perkenan untuk mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia selaku Pengerusi Majlis Raja-raja bagi membincangkan perkara yang amat
serius
ini.

Semoga pihak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia akan mempertimbangkan permohonan ini
dan kami dengan penuh rendah hati menunggu maklumbalas dari pihak Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia.

Perhatian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Kami amat sanjungi.

Menjunjung kasih.


:D
 
Last edited:
Zaman Pembenterasan Pewaris dan Cucu Cicit Ahli Kitab dah bermula dalam semua agama.. 700 tahun geng jahat dah pegang, tukar kuasa ler pula!!

zaman Allah bayar Cash kat nkorang!! tunggu jer..

aku baru cakap 1-2 tahun lepas..
nampak gaya tahun ni dah pun bermula..
kisah pak kassim pun dah membuka mata
lagi 3 tahun memuncak..
lepas tu dan lebih kurang 5-10 tahun.. besar-besaran, satu dunia :eek:

dan kita pula dapat lihat hari ini Pewaris Ahli Kitab dah desperate dan akan menggunakan kuku besi
malangnya rakyat hari ini dah boleh berfikir dan tidak lagi mudah ditipu
rakyat dah muak dengan sikap Pewaris Ahli Kitab dan pemerintah zalim
agama ciptaan pula menjadi tidak praktikal dan tidak berkait dengan realiti
terpisah sama sekali daripada kehidupan sebenar
kesannya? mendidih ler kut.. :))

 
Last edited:
aku baru cakap 1-2 tahun lepas..
nampak gaya tahun ni dah pun bermula..
kisah pak kassim pun dah membuka mata
lagi 3 tahun memuncak..
lepas tu dan lebih kurang 5-10 tahun.. besar-besaran, satu dunia :eek:

dan kita pula dapat lihat hari ini Pewaris Ahli Kitab dah desperate dan akan menggunakan kuku besi
malangnya rakyat hari ini dah boleh berfikir dan tidak lagi mudah ditipu
rakyat dah muak dengan sikap Pewaris Ahli Kitab dan pemerintah zalim
agama ciptaan pula menjadi tidak praktikal dan tidak berkait dengan realiti
terpisah sama sekali daripada kehidupan sebenar
kesannya? mendidih ler kut.. :))


"Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan, agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada tidak percaya, setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." – (QS.2:109)

Apa yang Allah kata memang betul, kebenaran depan mata tapi mereka cuba tutupkan dan lawan habis habisan supaya kebenaran itu dapat ditutup kerana perasaan dengki hawa nafsunya:))
 
Last edited:
"Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan, agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada tidak percaya, setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." – (QS.2:109)

Apa yang Allah kata memang betul, kebenaran depan mata tapi mereka cuba tutupkan dan lawan habis habisan supaya kebenaran itu dapat ditutup kerana perasaan dengki hawa nafsunya:))

Ini dah jelas berkali-kali disebut dalam Quran

Demi sesungguhnya engkau akan dapati
manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik <- org yg bersifat seperti mereka
5.82​

dan dalam Islam takda cara "kuku besi"
dan tiada paksaan dalam Islam
dalam Islam ada Ijma
dalam Islam ada Qias
alat-alat untuk menyatukan manusia secara perbincangan atau perbahasan, secara yang baik
dan itu yang Allah perintahkan, secara "perbahasan", secara yang baik
mencari titik persamaan.. dan bukan secara memaksa orang lain menerima pendapat satu kaum sahaja

Tetapi bila Islam itu digunakan secara "kuku besi", dan kebenaran hanya satu pihak
jadi kembalilah kita kepada kehidupan zaman "Ahli Kitab" (ie. Pewaris Ahli Kitab)
kalau dah macam tu.. dan kalau dan bercorak kuku besi wahabi yang bertopeng
tunggu berpuak-puak dan berpecah-belah jerlah
dah terjadi pun..
maka tunggu "mendidih" jerlah.. :))

Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (2.256)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (88.21-26)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai mereka. (39.41)
 
Last edited:
p.s. padahal dan dalam keadaan sebenar, mazhab lain boleh mencabar undang-undang peringkat negeri sebagai bercanggah dengan Perlembagan Malaysia kerana mengamalkan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan Sumber Tertinggi Perundangan Islam, iaitu Al-Quran. Fakta-fakta percanggah dibentangkan di Mahkamah menunjukkan bagaimana percanggahan berlaku, iaitu mana-mana hukum, fatwa, tafsiran dan undang-undang yang tidak menepati Islam sebenar, iatu bercanggah dengan Sumber Tertinggi Perundangan Islam, iaitu Al-Quran. Dengan itu.. Undang-undang Kerajaan Negeri atau apa2 yang bertentangan, termasuk fatwa... AKAN TERBATAL !

4. (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.​

Selanjutnya, golongan-golongan yang telah pun dijatuhkan hukuman dan dizalimi oleh penafsiran yang salah melalui Majlis Agama boleh memfailkan saman ke atas Majlis Agama dan menuntut kerugian (tuntutan gantirugi boleh mencecah juta) di atas kausa "professional negligence","false imprisonment", "criminal malicious prosecution", "abuse of legal process" dan kausa tindakan yang selainnya. Ini kerana Majlis Agama adalah sepenuhnya sedar tiada apa-apa hukum yang boleh mengatasi Sumber Tertinggi Perundangan Islam (Al-Quran), tetapi telah bertindak salan menafsir hukum yang melebihi ketetapan Sumber Tertinggi Perundangan Islam (Al-Quran).

dah mula kena dah, lepas ni bertubi-tubi ler Majlis Agama kena saman...
Peguam Negara, PDRM pun kena saman berjuta-juta, inikan JAKIM... halus jer nie
lawan kat Mahkamah Sivil pula tu, bukan Mahkamah Syariah

mmm... geng syiah duit lagi banyak, tukang sponsor pun teguh..
letih ler kena bayar gantirugi :eek:

http://www.youtube.com/watch?v=qWKUOVChsEo#t=32

fakta-fakta macam ni yang akan educate public macam mana nak saman Majlis Agama
boleh pencen dan jadi kaya wooo! :))
 
Last edited:
Ini dah jelas berkali-kali disebut dalam Quran

Demi sesungguhnya engkau akan dapati
manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik <- org yg bersifat seperti mereka
5.82​

dan dalam Islam takda cara "kuku besi"
dan tiada paksaan dalam Islam
dalam Islam ada Ijma
dalam Islam ada Qias
alat-alat untuk menyatukan manusia secara perbincangan atau perbahasan, secara yang baik
dan itu yang Allah perintahkan, secara "perbahasan", secara yang baik
mencari titik persamaan.. dan bukan secara memaksa orang lain menerima pendapat satu kaum sahaja

Tetapi bila Islam itu digunakan secara "kuku besi", dan kebenaran hanya satu pihak
jadi kembalilah kita kepada kehidupan zaman "Ahli Kitab" (ie. Pewaris Ahli Kitab)
kalau dah macam tu.. dan kalau dan bercorak kuku besi wahabi yang bertopeng
tunggu berpuak-puak dan berpecah-belah jerlah
dah terjadi pun..
maka tunggu "mendidih" jerlah.. :))


ahli2 kitab ramai sangat sekarang masing2 berpuak dan merasakan diri mereka benar. al-quran mereka pinggirkan, masing2 menegakkan agama mereka. Aswj,syiah, kristian, yahudi. Bahkan al-quran menyuruh menegakkan keadilan dan pendamaian. Kalau masing2 nk sebarkan bahawa agama mereka sahaja benar dgn peperangan, sampai bila2 tidak aman dunia ni. Islam itu damai dan cara ketetapan hidup untuk semua yang beragama.

al-quran ni final testament sebagai penyatuan umat manusia, bahkan Allah ada turunkan wahyunya sebelum ni tapi diwujudkan sectarianism oleh ulama2 mereka. Dan pemikiran kejahilan mereka menyebabkan wujud bermacam pecahan dan tidak mahu menerima perbezaan pemikiran yang bercanggah dgn aliran mereka padahal tidak bertentangan dengan al-quran. Contoh isu solat.

49:13. Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedarinya.
kalau tak buat keadilan sah tak takut dgn pesanan Allah, macam mana nk jadi paling bertakwa dalam pegangan agama masing2 yang mentauhidkan Allah.:D
yang aku faham takwa tu takut pada Allah, Kalau ayat Allah pun tak nak terima sah orang-orang musyrik. kalau salah tolong betulkan. hehe..

Darjat kemuliaan bukan pada title ulamak atau kekuasaan dalam sesebuah kerajaan tapi takwa sesorang dan melaksanakan keadilan apa yang Allah perintahkan. :D

Aku ada baca ada seorang rabbi yahudi tu, dia tak nak masuk fahaman mana2 mazhab dalam agama yang orang kata islam tu macam syiah atau sunni, kenapa nak ada beza dia kata, saya percaya Allah, saya percaya nabi muhammad dan saya percaya kandungan dalam kitab al-quran ni. Mungkin dia dah faham apa itu Islam.

Allah ni pemberi rahmat pada semua manusia. So tak kira la pegangan agama mereka.
 
Last edited:
Kalau ayat Allah pun tak nak terima sah orang-orang musyrik.

the best part kalau kita semua ingat kembali mengenai ceramah-ceramah agama dari kecil hingga besar
Pewaris Ahli Kitab ni cukup takut nak menceritakan "apa itu orang musyrik" yang sebenar
dan sekadar menerangkan mereka ini menyembah berhala...
takut terkena kat batang hidung sendiri... dan dilabelkan sebagai orang musyrik :eek:

munafik = beriktikad bantah ayat Allah senyap-senyap
musyrik = beriktikad bantah ayat Allah terang-terangan​

dalam keadaan sebenar, Rasulullah SAW sendiri tetap menjadi orang musyrik sekiranya beriktikad melanggar satu larangan kecil daripada Allah

point yang membuktikan "iman setinggi mana sekalipun" tak menentukan seseorang itu masuk syurga. . .

penelitian.. siapa manusia paling mulia dan juga boleh dikatakan paling beriman?

Yup.. . Nabi Muhammad SAW...

[68.4] Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.​

Paling hebat ini, siap jumpa Jibrail dan Isra Mikraj etc...

Iman tip top !

Tetapi.. dan walaupun Nabi Muhammad SAW

..ikhlas beribadah kepada Allah
..Mengucapkan syahadah paling sempurna
..petah berbahasa dan faham arab dialek quraish
..solat paling sempurna
..sentiasa solat berjemaah
..solat setiap malam
..membelanjakan seluruh hartanya ke jalan Allah
..menyempurnakan haji dengan sebaik2nya
..berpuasa seluruh hidupnya
..berzikir setiap masa dan bercakap baik
..berjihad dan ikhlas mengorbankan dirinya kepada Allah
..meneliti semua kata-kata Allah
..apa sajalah... bayangkan, sebagai manusia paling beriman​

Nabi Muhammad SAW tetap akan menjadi orang "kafir" sekiranya membantah "larangan kecil" memakan dari sembelihan binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya

simple punya larangan jer nie... kena reject bulat2....

Iman tip top dia tak laku sama sekali. .

Dan JANGANLAH kamu makan dari (sembelihan binatang ) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya <- ayat larangan, bantah?
kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)
dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu
dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu)
sesungguhnya kamu (Muhammad) tetap menjadi ORANG-ORANG MUSYRIK <- maksudnya Rasulullah tetap kafir sekiranya bantah, walaupun iman hebat
[6.121]​

tudia.. ayat al-Quran sendiri cerita "Tuan Punya" hadis (sangkaan kebanyakkan orang) pun sangkut..
nak cerita hadis apa lagi kalau clear2 Tuan Punya hadis pun boleh tersangkut kalau berselisih dgn al-Quran..

dan.... takkan ulama hari ni pula lagi special daripada Rasulullah SAW kut?

special tahap apa tu?

anak Allah? :))


 
Last edited:
Dan berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya:
“Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan:
`Tuhanku ialah Allah? ‘​
sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu?​

Kalau ia seorang yang berdusta
maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu

dan kalau ia seorang yang benar
nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta
40.28
 
Back
Top
Log in Register