baca step by step, dan amalkan.. jangan berganjak dari surah asal jika belum mengamalkan..
Lokasi Turutan Sebenar Nama Surah Turutan Quran
Mekah 1 Al-Alaq 96
Mekah 2 Al-Qalam 68
Mekah 3 Al-Muzzammil 73
Mekah 4 Al-Muddathir 74
Mekah 5 Al-Fatiha 1
Mekah 6 Al-Masadd 111
Mekah 7 At-Takwir 81
Mekah 8 Al-Ala 87
Mekah 9 Al-Lail 92
Mekah 10 Al-Fajr 89
Mekah 11 Ad-Dhuha 93
contoh..
di antara salah satu cara terbaik membaca dan menganalisa bagaimana menerapkan kehidupan Islam dan bagaimana satu2 hukum dilaksanakan.. iaitu mengikut turutan surah.. ie. bagaimana Allah memperkenalkan Islam kepada Rasulullah SAW...
Pada surah (al-Alaq) Allah perintah baca Quran dulu... ini langkah pertama. Baca seluruh surah untuk dapat gambaran penuh, dan kemudiannya baca surah satu persatu mengikut kronologi turutan ayat untuk mengamalkan ayat Allah. Kalau tak baca Quran, maka beriman dengan siapa? Dengan manusia pendusta?
Bila dah baca Quran, pada surah (Al-Qalam) Allah suruh tetapkan pendirian, jangan endahkan orang yang ingkar ayat Allah. Pedulikan apa saja dan fokus pada ayat2 Allah serta berserah bulat-bulat.
Bila dan baca dan tetap atas ayat Allah, Allah perintah untuk persediaan dan buat solat malam pada surah (Al-Muzzammil).. Ini kerana kita memerlukan bantuan untuk memahami ayat2 Allah. Pemahaman ayat Allah ini berat. Maka itu perlu sentiasa solat malam.
Bila dah baca, tetap pendirian, dan faham.. Allah perintahkan untuk mengamalkan ayat Quran pada surah (Al-Muddathir). Bagi Nabi ianya adalah dakwah, bagi kita ialah mengamalkan sendiri kerana Quran itu adalah wakil kepada Rasulullah SAW. Jadi dah tak perlu dakwah lagi dah. Quran itu mewakili Nabi!
Setelah itu Allah tunjukkan pula cara memohon pertolongan pada surah (al-Fatihah). Iaitu pertolongan itu hanya layak kepada orang yang terlebih dahulu telah mengabdikan diri kepada Allah, bukan kepada orang yang ingkar ayat Allah atau
orang jahil. Allah juga tetapkan matlamat hidup kita ialah "bersyukur" (sunnatullah, melakukan sesuatu pada tempatnya), dan mengatakan jalan untuk berada di jalan yang lurus dan benar adalah hak mutlak Allah.
Kemudian Allah suruh kita mengingati ayat2nya pada surah (At-Takwir) dan memerintahkan kita untuk bersuci diri dengan berzikir dan bersedekah, tolong anak yatim, orang susah etc. Semua ini perlu dilakukan sebelum pergi step seterusnya. Allah juga bagi time masa bila kita kena berkomunikasi dengan Allah, siang kita bekerja.. malam dan pagi kita bersama Allah.
Semua ni kena buat step by step supaya Islam dapat diterap ke dalam diri kita secara betul.
Buat satu step.. dan amalkan.. dah complete, baru step seterusnya... samapailah habis keseluruhan Quran kita amalkan... Slow-slow dan tak perlu lompat2 surah... Kalau dah ikut setiap step ini, tak perlu ada kerisauan.. tak perlu ada kebimbangan. Berserah bulat-bulat kepada Allah
“Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”.
39.12
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah
dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
16.87
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka
16.99
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh <- ada lagi fahaman yang lagi teguh daripada ini ker?
dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan <- jgn takut dgn kesilapan, berserah patuh dan ikhlas.. Allah akan tunjukkan jalan
31.22
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh
Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka kekal di dalamnya
Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh
(Iaitu) mereka yang sabar
dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
29.58-59
Aku pula, sebesar zarah pun tak ragu-ragu dengan Al-Quran dan hidup bebas bergumbiraaaaa.. bwuahahaha
Tetap teguh di atas ayat Allah dan perintah ini
2.147 : Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu
3.60 : Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu
6.114 : jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu
10.94 : jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu
p.s. "Jangan ragu-ragu" itu atas ukuran apa? Atas ukuran jangan ragu-ragu dengan ulamak? Kalau jangan ragu-ragu ngan ulamak, alamat bertambah-tambah ler keraguan ke atas al-Quran kerana beribu macam ulama ada dalam dunia ini. Sorang kata macam ni, sorang ni kata macam nie sampai melebihi 800 mazhab pada hari ini... Alamat sampai kiamat pun tak abis... dan paling best, masa nko nak mati pun dok fikir, aisey, ulamak ni cakap macam ni pula.. ragu-ragu sampai ke lubang kubur nko ... 
Oleh itu jangan ragu-ragu itu adalah atas ukuran keikhlasan dengan Allah, pergantungan kepada Allah bulat-bulat dan pemahaman individu itu sendiri mencari kebenaran melalui Al-Quran. Selebihnya, berserah bulat-bulat kepada Allah.