BTC USD 86,026.3 Gold USD 4,344.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

Ia menciptakan langit
dan bumi
dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat

Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
Ia menciptakan manusia dari air benih
tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya

Dan binatang-binatang ternak itu
Ia juga menciptakannya untuk kamu
terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk
dan beberapa faedah yang lain
dan daripadanya juga kamu makan
Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu
keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat
dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi)

Dan binatang-binatang itu pula
membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya
melainkan dengan menanggung susah payah
Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya
Dan kuda dan baghal serta keldai
untuk kamu menunggangnya
dan untuk menjadi perhiasan
dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus
dan di antara jalan-jalan yang dituju
ada yang terpesong dari kebenaran
dan jika Ia kehendaki
tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua


Dia lah yang menurunkan hujan dari langit
sebahagian daripadanya untuk minuman kamu
dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok
untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman
dan pokok-pokok zaitun
dan tamar (kurma)
serta anggur
dan juga dari segala jenis buah-buahan

Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu berfikir.

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang
dan matahari
serta bulan
dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi kaum yang mahu memahaminya.

Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.

Dan Dia lah yang memudahkan laut
supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup
dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya
dan engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya
dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya
dan supaya kamu bersyukur.
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu

dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang
supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
Dan tanda-tanda panduan jalan
dan dengan bintang-bintang mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju


Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu?

Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?

16.3-17​
 
Last edited:
Salam.
Maha suci Allah.
Dengan nama Allah.
Sekadar renungan.
Kita adalah apa yang kita makan, kita adalah apa yang kita baca.
Yang utama berbeza pendapat dalam pokok agama adalah mazhabnya.
Yang penting dalam mazhabnya adalah pengertian.
Yang wajib dalam pengertian adalah Islam menurut Allah.
Yang harus dalam Islam adalah fitrah.
Yang makruh dalam fitrah adalah bidaah.
Kita mungkin mampu baca, dan cerna apa yang ditulis dan tertulis.
Tapi jangan kita lupa kalam Allah makhluk, berkias dalam baris.
Tapi jangkau akal paling utama.
Selesaikan ayat pertama baru seterusnya.
Tiada yang benar atau salah.
Yang silap hanya mukaddimah.
Sanad ilmu perlu kukuh, teguh dan utuh.
Supaya amalan dan taqwa bukan untuk bertaruh.
Tafsir dan takrif boleh berselisih senipis kulit bawang.
Mohon sahabat tak menjadikan agama Islam sebagai medan perang.

Pesanan khidmat masyarakat.

Bgus bro.. Secara xlangsung sbnrnye msing2 membawa kpd perpecahan.. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pd semua.. :)
 
Definisi perpecahan mengikut al-Quran

Itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran <- ukurannya Kitab Allah
dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai kitab
itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (sectarianism)
[2.176]​

jadi ada dua group atau kategori manusia sahaja..

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka <- group 1
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (bantah), dan bukan pula orang-orang yang sesat (jahil). <- group 2
[1.6-7]​
 
Last edited:
oo yer ker.. nak baca bahasa Arab pun sampai menggigil-gigil Rasulullah SAW.. berat pula tu, kadang sampai demam.. berat sungguh bahasa arab nie. :eek:

Hehe.. Bkn berat bahasa arab tue yg jadikan baginda begitu.. :)
 
pergg tngk masa dan post thread, ramai yang tak tidur semalam.:o
mungkin semua kerja sendiri kut termasuk pubin.
semua rezeki datang dari Allah.

sambung balik selepas sembahyang jumaat.:">
 
Hehe.. Bkn berat bahasa arab tue yg jadikan baginda begitu.. :)

pada sesetengah orang "bahasa arab quraish zaman jahilliyah" adalah "Kalamullah".. "makhluk Allah".. jadi berat ler kut pada mereka :))
 
baru aku tahu kenal diri hanya utk keturunan Nabi Ibrahim dan keturunan Rasulullah saw..
rupanya wahyu pertama yg ada dalam Quran yg dibaca seluruh manusia skrg hanya ditujukan pada keturunan tertentu, jd keturunan yg tidak berkaitan boleh ignore aje ler ayat tu..mcm tu?

pegangan ko dan aku utk asas pun dah bercanggah, so tak payah ler nak sembang lebih jauh ke depan, kalu mula2 bab akar dah senget ke laut jgn harap pokok nak jadi sama..

ko punye pegangan ni sampai tahap mana yakin? ada petunjuk ke tarak? kalau takda setakat sangkaan angan2 mat jenin semata2 membazir tenaga jari aku je melayan ko kat sini.. jgn kata ayat Quran kopipes tu sbg petunjuk bg ko beb, wat malu je

Jom bro mengaji bersama-sama.. Aku pn nak tahu juga kefahaman aku dan sama-sama kte menyampaikan.. Jd nak stat dr mne dlu nie? Kalo permulaan @ asas sama baru kte truskan bro.. Kalo x nant pasti akan bercanggah.. :)
 
bro side mana ni?
apa nak di cari?
di mana nak di cara?
pada siapa yg nak ditanya?

boleh tuan yg arif terangkan?

Sy side pd sistem penghidupan @ agama Allah.. Kte nak cari jalan yg lurus.. Jln yg tiap2 hari pling kurang 17x kita minta pd pencipta.. Utk cari tentulah pada Kitab-Nya dan Sunnah Rasul-Nya.. Dan pd siapa nak di tanya tentulah pd penyampai risalah-Nya..

Jd adakah jelas atau masih samar2? :)
 
Ok la kalo bro ckp cmtu.. Skang sy tny bro pula.. Kte tukar tmpt.. Kte tgk bro berpegang pd mne yer.. :)

Ape sumber pedoman utk bro?

Al-Quran, hadis sahih, ijma' ulamak & qiyas...

mudahkan klu dpt jwban straight forward, takde pusing2...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register