contoh..
Pada surah (al-Alaq) Allah perintah baca Quran dulu... ini langkah pertama. Baca seluruh surah untuk dapat gambaran penuh, dan kemudiannya baca surah satu persatu mengikut kronologi turutan ayat untuk mengamalkan ayat Allah. Kalau tak baca Quran, maka beriman dengan siapa? Dengan manusia pendusta?
Bila dah baca Quran, pada surah (Al-Qalam) Allah suruh tetapkan pendirian, jangan endahkan orang yang ingkar ayat Allah. Pedulikan apa saja dan fokus pada ayat2 Allah serta berserah bulat-bulat.
Bila dan baca dan tetap atas ayat Allah, Allah perintah untuk persediaan dan buat solat malam pada surah (Al-Muzzammil).. Ini kerana kita memerlukan bantuan untuk memahami ayat2 Allah. Pemahaman ayat Allah ini berat. Maka itu perlu sentiasa solat malam.
Bila dah baca, tetap pendirian, dan faham.. Allah perintahkan untuk mengamalkan ayat Quran pada surah (Al-Muddathir). Bagi Nabi ianya adalah dakwah, bagi kita ialah mengamalkan sendiri kerana Quran itu adalah wakil kepada Rasulullah SAW. Jadi dah tak perlu dakwah lagi dah. Quran itu mewakili Nabi!
Setelah itu Allah tunjukkan pula cara memohon pertolongan pada surah (al-Fatihah). Iaitu pertolongan itu hanya layak kepada orang yang terlebih dahulu telah mengabdikan diri kepada Allah, bukan kepada orang yang ingkar ayat Allah atau
orang jahil. Allah juga tetapkan matlamat hidup kita ialah "bersyukur" (sunnatullah, melakukan sesuatu pada tempatnya), dan mengatakan jalan untuk berada di jalan yang lurus dan benar adalah hak mutlak Allah.
Kemudian Allah suruh kita mengingati ayat2nya pada surah (At-Takwir) dan memerintahkan kita untuk bersuci diri dengan berzikir dan bersedekah, tolong anak yatim, orang susah etc. Semua ini perlu dilakukan sebelum pergi step seterusnya. Allah juga bagi time masa bila kita kena berkomunikasi dengan Allah, siang kita bekerja.. malam dan pagi kita bersama Allah.
Semua ni kena buat step by step supaya Islam dapat diterap ke dalam diri kita secara betul.
Buat satu step.. dan amalkan.. dah complete, baru step seterusnya... samapailah habis keseluruhan Quran kita amalkan... Slow-slow dan tak perlu lompat2 surah... Kalau dah ikut setiap step ini, tak perlu ada kerisauan.. tak perlu ada kebimbangan. Berserah bulat-bulat kepada Allah
“Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”.
39.12
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah
dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
16.87
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka
16.99
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh <- ada lagi fahaman yang lagi teguh daripada ini ker?
dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan <- jgn takut dgn kesilapan, berserah patuh dan ikhlas.. Allah akan tunjukkan jalan
31.22
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh
Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka kekal di dalamnya
Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh
(Iaitu) mereka yang sabar
dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
29.58-59