BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

Sifat Pewaris Ahli Kitab

RUJUK SINI dan SINI

Wahai orang-orang yang beriman
janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah
[Al-Maidah:2]

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:
“Ini halal dan ini haram”

untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah
sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya
[Al-Nahl:116]

Katakanlah:
“Wahai Ahli Kitab!
Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam)
kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong
padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)?

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.​

Wahai orang-orang yang beriman!
Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang yang diberikan Kitab itu
nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah
dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)?
Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah
maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
dan janganlah kamu bercerai-berai

dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu)
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu
maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara
Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah)
lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka)
sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata

Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri
dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam
Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya
(mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?
Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya
maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga)
mereka kekal di dalamnya.

Itulah ayat-ayat keterangan Allah
kami bacakan dia kepadamu dengan benar
Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
[Al-i-’Imran:99-109]

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama
maka mereka tidak berselisihan melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran
yang memberi mereka mengetahui kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka
Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu
Kesudahannya Kami jadikan engkau menjalankan satu Syariat dari hukum-hukum ugama
maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
[Al-Jathiyah:17-18]
 
Last edited:
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah
mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat
sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur
[Al-Mumtahana:13]

RUJUK SINI

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari neraka
Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka
[An-Nisaa:145]
 
RUJUK SINI

Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan
kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu
maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar
[Al-Nahl:51]

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah
nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya
[Al-Anbiyaa’:22]

* contoh: perpecahan umat Islam kepada 300 +/- pecahan.. percanggahan hukum etc.

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah
kerana sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya
[Al-Nahl:74]

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran
dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan
dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran
[Al-Israa’:105]

Tugas Rasulullah SAW - RUJUK SINI

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah
selain daripada menyampaikan sahaja

dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[Al-Maidah:99]

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Wahai sekalian manusia!
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya)
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri
dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri
dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal kamu”.
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu

serta bersabarlah sehingga Allah menghukum, kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.​
[Yunus:108-109]

Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?
[Al-Qalam:36-38]

Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
[Al-’Ankabut: 51]

Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya
Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yg diturunkan kpd mereka)
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu
[Yunus:44]
 
Last edited:
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.
7;20
ada sipenerima ayat itu naikkan darjat Rasul2 sebelumnya setinggi Allah

Katakanlah lagi;”Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat
dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
7:21
ada sipenerima ayat itu katakan rahmat dtg darinya

Katakanlah lagi;
“Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah
dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya
7:22
ada sipenerima ayat itu katakan akan beri perlindungan kepada kita

“(Aku) hanya menyampaikan (wahyu) Allah dan perintah-perintahNya
dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan RasulNya
maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam
kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.”

7:23
ada sipenerima ayat itu kata dia ikut hadis Rasul sebelumnya

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja 5:99

dimana kata sipenerima diatas yg kita masih tidak faham lagi???

bila sipenerima taat kepada perintahNya
bagaimana pula cara kita taat kepada sipenerima itu??

taat kepada hadis si penerima??

yg tinggal dlm batu shaja boleh berfikiran begitu!!!
dan sedihnya, byk org mcm tu kat sini

AQ adalah sandaran aku.......... korang buat kelakar lah
 
Quote:
Originally Posted by pubin
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja 5:99


Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu waTa’ala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTa’ala. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] [1]

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-Qur’an juga dapat ditolak dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Qur’anul Karim yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.





10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [az-Zumar 39:41]

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Qur’an). [‘Ali Imran 3:164]

Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur’an. Sepertimana yang kita tahu, al-Qur’an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang mencatitnya manakala yang lain menghafalnya.

[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka. [‘Ali Imran 3:164]

Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut – yakni segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia pada ketika itu.[2]

[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [‘Ali Imran 3:164]

Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca dan mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya.

[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]

Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah Tabaraka waTa’ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.[3] Contohnya al-Qur’an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.

Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang bererti sampaikan atau penyampai.

[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.[4] Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. [al-Baqarah 2:251]

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269]

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab). Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga. Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang *al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil. Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya.[5] Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil.

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitab dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa’ala mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka (masyarakat Arab) adalah orang-orang *****, lalu dengan berkat risalah Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu.[6]

Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang Sahara. Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. [7] Malah dengan risalah Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ![8]

[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam. Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). [9]

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).


[10] Menggubal hukum.


Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. [al-A’raaf 7:157]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan tugas dan kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang memudaratkan.

Demikian antara 10 tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dijawatkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’anul Karim. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-Qur’an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah sekadar membawa al-Qur’an sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.
 
nk memudahkan...cb tuan tempek kn skit cara slt tuan kt sini..
so kitaorg boleh liat & bezakan..
utk mudahkan fikiran tuan,
cakap ajer sy tidak sembahyang

terlanjur tuan tanya pasal solat
blh tak tuan share kat sini camna tuan blh buat solat
sepertimana yg tuan lakukan sekarang??
ini utk kebaikan semua juga utk tahu apa yg diikutnya

ok kita start dgn waktu sembahyang
-dari mana dtgnya semua waktu itu
klau israk mikraj,mcm kelakar plak Nabi blh tawar-menawar dgn Allah
tp klau bukan, apa tujuan israk mikraj
dan dari mana dtg waktu2 solat itu??

rakaat
-takkan ini pun tawar-menawar
klau tidak dari mana pula dtgnya??
takkan dari datuk moyang

bacaan yg dibacakan
-bahasa Arab, ok Allah tahu semua bahasa

tapi kita yg baca, tahu ker maksud ayat yg dibacakan
klau tahu bagus lah, tapi surah2 yg dibaca
kita amek yg senang, contoh surah al-ikhlas
Katakanlah "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


klau sembahyang kita utk Allah
takkan kita nak baca surah itu kepada Dia
betul ker, cam tak masuk akal pulak
kita nak ingatkan Tuhan saper Dia sebenarnya

yg tidak tahu maksud ayat yg dibacakan pulak bagaimana??
kita amek Allah sebagai guru bahasa Arab ker
jd bila kita kembali kepadaNya, Dia akan go through satu persatu mana silap kita
yg betul Dia terima, yg salah solat kita ditolak
kesiannya yg tidak pandai baca Arabnya- solat dorang semua kena tendang
sia2 solat yg dilakukan sepanjang hayat

ada byk lagi tp utk sekarang cukup yg ini dulu
blh kongsikan kefahaman tuan yg ditanyakan diatas.

agak ramai skrg yg masih mcm aku dulu, tidak tau apa yg diikutkan

rasanya org kt amazon tu tk paham kot alquran..
maaf cakap bro, aku betul2 berharap soalan ini tidak timbul
apa hadis dah buat kepada kita??
 
bila sipenerima taat kepada perintahNya
bagaimana pula cara kita taat kepada sipenerima itu??

taat kepada hadis si penerima??

yg tinggal dlm batu shaja boleh berfikiran begitu!!!
dan sedihnya, byk org mcm tu kat sini

AQ adalah sandaran aku.......... korang buat kelakar lah

wajib ada ada puak yang yang membantah kebenaran al-Quran, baru terasa "nikmat" dalam beragama (rujuk sini) :D

Tidakkah engkau mengetahui bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir
untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?

Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu
kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka

[Maryam:83-84]
 
[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam. Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). [9]

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).

panjang nyer bro.. takpa sentuh ni dulu, aku lapar nie.. hehe :))

bro.. aku tak pernah jumpa lagi ayat kewajipan berperang atau berjihad di dalam al-Quran
KECUALI situasi berperang atau bejihad bagi tujuan "MEMBELA DIRI"....

so.. nko ikut ayat mana ni yang kata Allah suruh berperang?
ayat di atas ker?
jelas-jelas dah cakap "MENAHAN SERANGAN" kan? :D

pada aku. .ni rule jihad yang sebenar...

Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi
kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya
dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

[Al-Hajj:39]

so.. rule tu apply bukan kepada orang Islam sahaja
tetapi semua manusia.. hak asasi manusia keseluruhannya
so..kalau nko serang dia orang, dia orang pun boleh berjihad
dan Allah akan membantu mereka mencapai kemenangan.... iaitu ayat "Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka"

so.. nko ikut rule mana yang cakap Allah bagi kebenaran berjihad sesuka hati? :-?

p/s pandai agama Islam version nkorang ni .. nkorang serang orang atas isu agama jadi boleh... orang serang nkorang atas isu agama, jadi tak boleh pula.. kalau nko sendiri tak suka orang serang nkorang atas isu agama, apsal nko pula nak buat kat orang lain? hehe :))
 
Last edited:
[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami

kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan

mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitab dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu

waTa’ala mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui.

Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka (masyarakat Arab) adalah

orang-orang *****, lalu dengan berkat risalah Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan

menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu.[6]

Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang

tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang

Sahara. Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat piawai,

tepat dan berpengetahuan. [7] Malah dengan risalah Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam

inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan

masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ![8]

Rasulullah SAW boleh ajar hikmat?

bila masa dia jadi tuhan? hehehe :))

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya

[al-Baqarah:269]

atau nko yang salah terjemah atau tafsir kut..
ntah-ntah maksud al-Quran itu sebagai kitab hikmah (rujuk sini)
iaitu "mengajarkan kamu kandungan Kitab (yang mengandungi) Hikmah"

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
[Ya Sin:2]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
[Luqman:2]

Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh
[Yunus:1]

so kalau betul hujahan nko Rasulullah SAW "Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui"
cuba terangkan percanggahan hujahan nko dengan di bawah.. cer citer... :D

Dan kalaulah (Nabi Muhammad)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)

[al-Haqqa:44]

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut
, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”

[Yunus:15]
 
Back
Top
Log in Register